Logo PGSM

Logo PGSM

Saturday, September 20, 2008

Pengumuman

Pengumuman Kepada Semua Pembaca Blog PGSM

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sebelum ini telah menyiarkan semua maklumat dan artikel dari pihak PGSM menerusi domain ini iaitu http://peguamsyarie.blogspot.com bermula 13 Dis 2007 yang lepas. Semenjak dari tarikh tersebut, PGSM telah menerima lebih dari 19,000 pengunjung. Bilangan tersebut adalah suatu yang sangat memberangsangkan. Justeru, kami di Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan besar hati mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan/puan melayari web kami.

Mulai hari ini 20 September bersamaan 20 Ramadhan 1429H, domain baru Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) akan beroperasi sepenuhnya di alamat http://peguamsyarie.org dan dengan rasminya dimaklumkan bahawa domain di alamat terdahulu tidak akan digunakan lagi. Justeru kami tidak akan upload apa-apa kandungan baru mulai 20 September 2008. Namun begitu, kami tidak akan menutupnya tetapi akan mengekalkan blog ini dengan pengisytiharan berkenaan perpindahan domain tersebut.

Pihak kami mengalu-alukan sebarang maklum balas dan comment dari pengunjung/pembaca berkenaan domain baru ini. Sila hantar sebarang comment ke alamat excopgsm@yahoo.com

Semoga web PGSM akan terus menjadi rujukan semua pengunjung berkenaan undang-undang Syariah di Malaysia serta isu-isu melibatkan perundangan Syariah di negara ini.

Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak

Sekian terima kasih

Puan Nurhidayah Hashim

Exco ICT/Webmaster/Moderator


Sila layari http://peguamsyarie.org

Thursday, August 21, 2008

Hak Muslim

Berita Harian 21 Ogos 08

Hak Muslim: Sumpah ciri unik sistem perundangan syariah


Soalan:

SUMPAH sekarang menjadi isu hangat diperkatakan. Banyak pandangan dan pendapat diutarakan mengenai sumpah hingga menimbulkan kekeliruan. Diharap, tuan dapat menjelaskan pandangan syarak dalam bab sumpah membabitkan kes jenayah adakah dibolehkan atau tidak? Jika dibolehkan, dalam keadaan bagaimana dan siapa yang patut memulakan sumpah? Adakah ia boleh dibuat secara terbuka dan berbalas-balas sumpah? Semoga penjelasan tuan dapat melerai kekeliruan dan menamatkan polemik ini kerana jika dibiarkan berpanjangan akan memberi gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.
Ismail Ahmad

Jawapan:

Saya akan cuba menjawab soalan anda dari sudut akademik dan perbahasan ulama. Sumpah (al-yamin) adalah salah satu cara pembuktian yang diterima pakai dalam sistem keadilan Islam. Di sinilah letaknya keunikan sistem perundangan syariah yang berbeza dengan sivil dan Barat.

Dalam kes mal atau sivil, jumhur fuqaha menerima kaedah sumpah sebagai salah satu cara pembuktian atau keterangan di mahkamah. Bagaimanapun, dalam kes jenayah syariah, tidak semua fuqaha menerimanya. Sesetengah fuqaha hanya menerimanya dalam kes tertentu saja. Sumpah dalam kes jenayah boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu sumpah pihak yang kena dakwa (al-mudda'a alaih), sumpah pihak yang mendakwa (al-mudda'i) dan sumpah saksi. l Sumpah pihak yang kena dakwa (al-mudda'a alaih) Prinsip umum dalam pendakwaan Islam ialah pihak yang mendakwa perlu membuktikan dakwaannya, manakala orang yang kena dakwa boleh diminta bersumpah bagi menafikan dakwaan ke atasnya, jika pihak yang mendakwa gagal membuktikan dakwaan itu.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: "Keterangan di atas pihak yang mendakwa dan sumpah di atas pihak yang menafikan (yang kena dakwa)."Apabila berlaku dakwaan, hakim perlu meminta pihak yang mendakwa mengemukakan segala keterangan untuk menyokong dakwaannya. Dalam satu kes, Nabi SAW bersabda kepada yang mendakwa: "Apakah kamu ada keterangan/bukti? Jawabnya: "Tidak ada." Maka Nabi SAW bersabda: "Jika begitu kamu boleh (meminta) sumpahnya." Ini bererti, sumpah orang yang kena dakwa itu adalah hak bagi pihak yang mendakwa, yang boleh diminta olehnya apabila dia tidak mampu membuktikan dakwaan itu melalui keterangan atau bukti.

Ibnu al-Humam memetik kenyataan dalam al-Kafi yang berbunyi: "Sesungguhnya dijadikan sumpah itu hak bagi pendakwa kerana dia merasa lawannya sudah merosakkan haknya dengan penafian itu. Oleh itu, dia boleh meminta lawannya itu bersumpah kerana jika apa yang dia anggap itu betul, maka lawannya sudah melakukan dua kerosakan. Pertama, membuat sumpah dusta. Sebaliknya pula jika apa yang dianggap itu tidak betul, maka lawannya itu akan mendapat pahala kerana membuat sumpah secara besar dengan menyebut dan membesarkan nama Allah." l Sumpah pihak yang mendakwa (al-mudda'i) Sumpah orang yang mendakwa boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu sumpah yang dipulangkan (al-yamin al-mardudah) dan sumpah al-Qasamah.

Al-Yamin al-mardudah ialah orang yang kena dakwa enggan bersumpah apabila diminta oleh orang yang mendakwa (dalam keadaan tidak cukup bukti dan keterangan), maka sumpah itu dipulangkan kepada orang yang mendakwa, tetapi ulama berbeza pendapat sejauh mana yamin al-mardudah memberi kesan terhadap pendakwaan. l Sumpah al-Qasamah pula ialah sumpah dengan nama Allah yang akan dilakukan oleh pihak keluarga orang yang terbunuh dalam kes pembunuhan bagi membuktikan hak mereka terhadap tertuduh.

Bagi mazhab Hanafi, ia akan dilakukan oleh tertuduh bagi menafikan pembabitan mereka dalam kes itu. Fuqaha umumnya menerima sumpah sebagai keterangan dalam kes jenayah berkaitan hak individu dan awam seperti dalam kes qisas, diyat, serta ta'zir. Sedangkan dalam kes hudud, sumpah tidak diterima. Kata Ahmad Fathi Bahnasi: "Orang yang kena dakwa tidak boleh bersumpah kecuali apabila diminta oleh pendakwa. Pendakwa tidak boleh berbuat demikian kecuali dalam kes yang keputusannya boleh dibuat apabila orang yang kena dakwa enggan bersumpah.

Oleh itu, tidak boleh diminta bersumpah dalam kes hudud, kerana hakim tidak boleh membuat apa-apa keputusan apabila berlaku keengganan (nukul). Keengganan bersumpah (nukul) sudah disifatkan sebagai pengakuan dalam kes hudud yang menjadi hak Allah secara mutlak. Membuat pengakuan sesudah menafikannya tidak boleh diterima lagi. Oleh itu hudud tidak sabit apabila berlaku enggan (nukul)."

Kesimpulannya, sumpah perlu dibuat di hadapan hakim (mahkamah), bukan di tempat awam atau secara berbalas umpah. Sumpah dimulakan oleh pihak yang kena dakwa, selepas kes dibicarakan dan orang yang mendakwa gagal mengemukakan keterangan dan bukti, atau dalam keadaan tuduhan tanpa ada keterangan dan bukti. Dalam keadaan demikian, orang yang mendakwa boleh meminta supaya orang yang kena dakwa bersumpah, dengan kebenaran hakim.

Tetapi jika orang yang kena dakwa enggan bersumpah, orang yang mendakwa dibolehkan bersumpah, tetapi dalam kes qisas, diyat, serta ta'zir. Sumpah tidak diterima dalam kes hudud.

Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Peguam Menulis

BH 20 Ogos 08
Peguam Syarie Menulis: Jenayah syariah tak terikat bukti sumpah
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

Keputusan hakim masih bergantung kepada bukti, saksi pihak pendakwaSUMPAH yang dibuat pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bahawa dia diliwat terus menjadi perbualan serta liputan meluas. Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bersumpah atas nama Allah sambil memegang al-Quran pada upacara berlangsung di Dewan Solat Utama sambil disaksikan beberapa pegawai masjid serta ahli keluarganya. Saiful bersumpah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas mendakwa diliwat pemimpin PKR itu.

Sumpah dibuat Saiful mengundang pelbagai polemik berkaitan status sah sumpah itu sendiri. Ada pendapat mengatakan sumpah itu tidak mengikut syariat Islam, malah ada menyatakan sumpah berkenaan tidak menepati apa dikehendaki hukum Islam dan beranggapan sumpah yang ada dalam Islam ialah hanya li'an membabitkan suami isteri. Li'an ialah tuduhan seorang suami bahawa isterinya berzina serta menafikan kandungan anak yang dikandung isterinya itu bukanlah daripada benihnya.

Namun, semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah, iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran. Perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya orang Kristian bersumpah memegang Bible.


Hakikatnya, sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis. Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat jika tidak bercakap benar. Sumpah itu kemudian diikuti oleh pihak satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan jika beliau tidak berkata benar, maka laknat Allah akan turun padanya di dunia dan akhirat.

Dengan kata lain, kedua-dua pihak akan saling bersumpah dan mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong. Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat. Bagaimanapun, sumpah seperti itu adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang daripada sebarang tohmah dan bukan satu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.


Dalam Islam serta perundangan negara, ada kaedah serta undang-undang yang digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan terletak kepada orang mengemukakan dakwaan dan mengkehendaki mahkamah percaya akan kewujudan perkara dalam dakwaan berkenaan.

Ini selaras peruntukan Seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan: "Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman mengenai hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud." Selanjutnya, akta sama menyatakan cara memberi keterangan kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan: "Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah."

Oleh itu, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan di mahkamah menerusi proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya sama ada bukti itu berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini penting bagi menyokong dakwaannya dan bukan hanya bersumpah. Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu 'keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya'.

Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat, sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat pendakwa ke atas tertuduh.

Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh saja. Kes membabitkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama dalam kes tertentu seperti qazaf dan mencuri saja. Sementara dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie jika pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu.

Bagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf. Kes membabitkan curi, menurut Mazhab Shafie, jika kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan, maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah (sumpah menolak dakwaan). Tetapi pandangan itu tidak diterima mazhab lain.

Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes mal atau sivil saja. Dalam kes mal atau sivil yang membabitkan pertikaian suami isteri, rumah tangga atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam mahkamah selepas diperintahkan hakim untuk berbuat demikian.

Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan: "Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut hukum syarak. Jika defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak. Jika defendan enggan mengangkat sumpah, maka mahkamah bolehlah meminta plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima."

Kesimpulannya, dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian. Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Sunday, August 17, 2008

Temubual Bersama Presiden_Isu Forum Memeluk Islam


Disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 17 Ogos 2008.


Majlis Peguam perlu adil
Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

PADA 9 Ogos lalu, Majlis Peguam mengadakan forum ‘Memeluk Islam’. Tindakan majlis berkenaan dikatakan menimbulkan kemarahan umat Islam. Lanjutan itu, lebih 1,000 orang berkumpul membantah penganjuran forum tersebut yang disifatkan sengaja mahu mencemarkan imej Islam.

Mengulas perkara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar menyifatkan tindakan Majlis Peguam tersebut hanya akan mewujudkan tafsiran bahawa majlis berkenaan sememangnya anti Islam.
Bercakap dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HERMAN HAMID, beliau menganggap Majlis Peguam tidak bertindak jujur apabila mengadakan forum seumpama itu.

Ini kerana kata beliau, Majlis Peguam sengaja mempertikaikan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan biarpun majlis itu acap kali membuat kenyataan bahawa Perlembagaan harus dihormati dan diletakkan di tempat tertinggi serta tidak boleh dipertikaikan.

Bagi beliau, isu sensitif melibatkan agama seharusnya dibincangkan secara tertutup kerana ia boleh mencetuskan perbalahan.

Dalam pertemuan tersebut juga, Zainul Rijal turut meminta Majlis Peguam agar bertindak jujur dan ikhlas dalam tindakan mereka serta tidak terus melakukan provokasi dengan menganjurkan forum-forum yang dilihat hanya bertujuan memburukkan Islam. Contohnya, kata beliau walaupun kerajaan dan pelbagai pihak membantah forum tersebut namun Majlis Peguam tetap berdegil dengan meneruskannya.

‘‘Semua ini adalah satu tindakan provokasi yang boleh menimbulkan tafsiran bahawa majlis itu anti Islam dan ini pastinya boleh membangkitkan kemarahan orang Islam,’’ katanya.
Menurut beliau yang juga seorang peguam sivil, jika Majlis Peguam ikhlas mereka seharusnya menganjurkan forum tertutup bagi memberikan kefahaman kepada bukan Islam mengenai perkara-perkara berkaitan Islam. Tetapi malangnya kata beliau, Majlis Peguam tidak berbuat demikian. Mereka sebaliknya seolah-olah hanya mencari keburukan apabila seseorang memeluk Islam.

MINGGUAN: Apakah motif Majlis Peguam mengadakan forum ‘Memeluk Islam’ pada 9 Ogos lalu?
ZAINUL RIJAL: Sebenarnya Majlis Peguam mempertikaikan banyak perkara, tetapi dalam masa yang sama mereka berkata Perlembagaan Persekutuan adalah paling tinggi dan mesti dihormati serta tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi apa yang kita lihat apa-apa perkara mengenai kelebihan Islam dan kedudukan orang Melayu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan seolah-olah dipertikaikan. Ini jelas apabila mereka menganjurkan forum ‘Kontrak Sosial’ pada Jun lalu serta terkini forum ‘Memeluk Islam’.

Begitu juga dalam beberapa kes melibatkan hal ehwal Islam, majlis itu menghantar peguam pemerhati. Mereka bukan sahaja memerhati tetapi juga terlibat sama berhujah. Semua ini memberi gambaran di kalangan orang Islam seolah-olah Majlis Peguam anti Islam.

Pada hal Majlis Peguam mengatakan memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan. Jadi mereka mempunyai pendirian yang berbeza satu masa kata macam ini, satu kata macam lain pula. Ini yang kita tidak boleh terima.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan mesti mengakui hakikat bahawa ada perbezaan antara Islam dan juga agama-agama lain. Tetapi soal ini tidak diketengahkan oleh Majlis Peguam.

Apakah kesannya jika majlis berkenaan terus bertindak demikian?
ZAINUL RIJAL: Kesan segera yang kita dapat lihat ialah pada 9 Ogos lalu apabila umat Islam berkumpul di hadapan Pejabat Majlis Peguam di mana berlangsungnya forum ‘Memeluk Islam’.
Ia menyaksikan bagaimana orang Islam bangkit. Hakikatnya, orang Melayu Islam tidak mudah ‘naik semangat’ tetapi apabila betul-betul marah barulah tercetus suasana seperti mana kita lihat itu. Kita tidak mahu apa yang berlaku pada tahun 1969 berulang, ia tidak baik untuk negara.
Namun bagi orang Melayu apabila mereka melihat kedudukan agama dihakis barulah mereka bangkit. Begitulah juga apa yang berlaku pada 9 Ogos lalu apabila Majlis Peguam dilihat mempertikaikan agama Islam, barulah orang Melayu bersatu.

Secara terperinci apa bahayanya forum seumpama itu?
ZAINUL RIJAL: Pada mulanya saya berpendapat ia hanya satu forum, jadi saya tidak ada masalah. Saya yakin wakil orang Islam di dalam forum berkenaan boleh memberikan perspektif Islam yang betul. Tetapi apabila saya melihat kepada surat jemputan forum berkenaan yang turut tertera mereka yang memeluk Islam dijemput memberi pandangan tentang masalah yang dihadapi, saya mula terfikir mengenai tujuan forum berkenaan. Adalah jelas ia bertujuan untuk mengatakan apabila orang bukan Islam masuk Islam, ia akan ada masalah dan ini seolah-olah ingin menggambarkan memeluk Islam adalah satu kesalahan sedangkan ada ramai lagi yang memeluk Islam tetapi tidak ada masalah.

Namun malangnya Majlis Peguam tidak menjemput golongan yang tidak bermasalah tersebut walaupun mereka memahami bahawa dalam prinsip undang-undang, keadilan harus dilihat dilaksanakan.

Majlis Peguam tidak pernah berusaha untuk menunjukkan kebaikan mereka yang memeluk Islam. Kalau mereka mahu bertindak adil sepatutnya mereka jemput dua peserta yang berbeza iaitu seorang ada masalah apabila memeluk Islam dan seorang lagi tidak ada masalah. Oleh itu maksud sebenar majlis berkenaan mengadakan forum seumpama itu adalah untuk melakarkan bahawa memeluk Islam salah.

Apabila perkara seumpama itu ditimbulkan berkali-kali ia akan menimbulkan tafsiran bahawa tindakan memeluk Islam akan ada masalah. Ini agendanya. Ia akan menghalang orang bukan Islam daripada memeluk Islam. Inilah bahayanya jika kita membenarkan forum seumpama itu diadakan secara terbuka.

Di dalam forum itu mereka menjemput golongan yang memeluk Islam menghadapi masalah, adakah ia wajar?
ZAINUL RIJAL: Kita tidak kata semua orang yang memeluk Islam itu mempunyai niat yang baik. Kita tidak tahu niat orang. Mungkin ada satu dua kes yang dia hendak melarikan diri daripada undang-undang. Tetapi sebenarnya untuk kes seperti itu, orang berkenaan sendiri tidak faham undang-undang Islam kerana berpendapat apabila memeluk Islam dia tidak perlu membayar nafkah isteri dan anak-anaknya yang bukan Islam. Sedangkan jika ikut undang-undang Islam, tanggungjawab dia tidak terputus. Undang-undang Islam mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.

Apakah mungkin tindakan orang Islam yang bercerai dengan mualaf menyebabkan Islam dilihat tidak adil?
ZAINUL RIJAL: Saya pernah cadangkan kepada pihak yang berkuasa bahawa sebelum kita hendak hukum orang yang mahu keluar daripada Islam, kita patut hukum orang Islam yang menyebabkan mualaf itu bertindak demikian.
Sebagai contoh, ada satu kes seorang wanita saudara baru bertunang dengan orang Islam. Belum sempat berkahwin mereka menjadi rakan kongsi dalam perniagaan bagaimanapun si lelaki meninggal dunia. Jadi wanita mualaf itu tidak boleh mewarisi harta yang ditinggalkan si mati kerana mereka baru bertunang. Walaupun ada insurans dan perniagaan, si wanita saudara baru ini tidak mendapat apa-apa kerana dihalang oleh keluarga lelaki. Padahal mereka tahu yang perniagaan diusahakan ialah secara bersama.

Malah dalam afidavit di mahkamah, keluarga lelaki itu menuduh wanita itu bukan Islam. Jadi wanita ini marah kerana dia memeluk Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Lalu wanita itu kata orang Islam hanya menunjukkan dia jalan keluar daripada Islam, tetapi orang bukan Islam termasuk keluarganya yang bukan Islam sanggup mengalu-alukannya kembali. Jadi dalam kes ini kalau wanita itu mahu kembali ke agama lamanya macam mana. Siapa yang salah? Tentulah orang Islam yang zalim kepada wanita itu yang salah. Sebab itu saya cadang sebelum ini jika ada kes macam ini kita hukum orang Islam berkenaan. Ertinya, kalau ada permohonan keluar Islam, kita siasat siapa orang Islam yang menyebabkan orang itu mahu keluar Islam. Kita tuduh dia di mahkamah kerana menyebabkan seseorang keluar Islam kerana seolah-olah orang itu reda kepada orang lain keluar Islam.

Dalam membincangkan masalah sensitif seperti soal memeluk Islam ini, benarkah hujah yang mengatakan tidak ada saluran lain untuk berbuat demikian selain forum terbuka?
ZAINUL RIJAL: Perkara-perkara sensitif seperti itu sudah banyak kali dibincangkan secara tertutup sebelum ini pun saya sudah menghadiri dialog tertutup yang bertajuk ‘dialog kehidupan’. Kami berbincang tidak ada masalah dan cuba memahami permasalahan yang ditimbulkan.

Dialog yang saya maksudkan ialah dialog antara agama dan bukannya seperti mana dilakukan oleh Majlis Peguam yang hanya menyaksikan pandangan satu pihak sahaja. Tindakan mereka seolah-olah menyuruh bukan Islam menunjukkan kepada orang Islam apa yang sepatutnya dilakukan jika ada orang memeluk Islam. Sedangkan dalam hukum Islam semua perkara itu sudah dinyatakan.

Begitu juga orang Islam, kalau kita hendak berdialog, kita tidak boleh mempertikaikan soal agama lain seperti tuhan mereka dan sebagainya. Apa yang boleh kita lakukan ialah menjelaskan sesuatu yang menimbulkan keraguan di kalangan bukan Islam mengenai Islam.

Atas sebab itulah kita tidak boleh menerima penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kerana mereka yang bukan Islam pun boleh jadi pesuruhjaya di dalamnya dan boleh membuat keputusan untuk pihak Islam.

Bagaimana satu hari nanti IFC ini dapat aduan contohnya, solat Jumaat itu menyusahkan bukan Islam kerana menimbulkan kesesakan lalu lintas dan IFC membuat keputusan tidak perlu solat Jumaat. bolehkah orang Islam terima? Jadi semua pihak perlu memahami sempadan masing-masing dan bukannya melepasi sempadan berkenaan.

Bagaimana pula dengan pandangan sesetengah peguam Islam sendiri yang menegaskan forum ‘Memeluk Islam’ itu perlu dibenarkan kerana ia bertujuan membincangkan masalah yang timbul apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk Islam?
ZAINUL RIJAL: Memang permasalahan itu diakui. Namun bolehkah forum itu menyelesaikannya? Yang boleh atasi adalah pihak berkuasa. Sebenarnya masalah-masalah yang dikatakan itu tidak akan wujud sekiranya mereka bersedia untuk ke Mahkamah Syariah. Isunya sekarang mereka tidak mahu. Jadi ini yang jadi masalahnya. Mahkamah Syariah mempunyai mekanisme untuk menentukan soal nafkah, hak penjagaan dan isu-isu lain yang timbul selepas seseorang memeluk Islam.

Kalau setakat anjur forum sampai 20 kali pun, masalah tak akan selesai. Sebab itu yang penting semua pihak mesti beri kerjasama dengan mahkamah. Beri keterangan apabila diminta. Jangan hanya pandai menyalak. Dalam banyak kes, orang bukan Islam enggan ke mahkamah syariah.

Apakah tindak tanduk Majlis Peguam menyinggung perasaan peguam Islam?
ZAINUL RIJAL: Ada kalangan peguam Islam yang bertanya tidakkah ada cara bagi membolehkan mereka keluar dari Majlis Peguam. Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang dilakukan Majlis Peguam khususnya penganjuran forum 9 Ogos lalu.
Tetapi masalahnya undang-undang kita hanya membenarkan satu sahaja Majlis Peguam. Kalau kita keluar Majlis Peguam, kita tak boleh jadi peguam pula kerana kita bukan di Britain yang ada beberapa badan statutori peguam.

Itulah dilema yang kita hadapi. Kalau diikutkan memang ramai yang hendak keluar kerana tidak sehaluan. Malah dalam hal ini peguam syarie pun sedang berjuang menubuhkan Majlis Peguam Syarie tetapi sehingga hari ini belum terlaksana lagi. Jika ia dapat diwujudkan ia setidak-tidaknya dapat mengimbangi pandangan Majlis Peguam walaupun ia hanya untuk peguam syarie.

Apakah nasihat kepada Majlis Peguam supaya mereka menjaga sensitiviti orang Melayu dan Islam?
ZAINUL RIJAL: Sensitiviti masyarakat paling utama. Kalau kita gagal memahami sensitiviti masyarakat, negara akan kucar-kacir. Justeru kena faham dan hormat budaya masyarakat Malaysia. Pada saya, Majlis Peguam boleh buat perbincangan secara tertutup termasuk adakan dialog untuk satu-satu isu.

Sebagai contoh hendak tentukan jenazah orang Islam, kita boleh duduk berbincang. Sebenarnya Mahkamah Syariah hendak pastikan yang orang itu Islam atau tidak pada saat kematiannya. Itu sahaja. Dalam kes yang digembar-gembur seperti kes Moorthy, masalahnya pihak keluarga bukan Islam tidak mahu pergi ke Mahkamah Syariah. Mereka abaikan sapina.

Jadi bagaimana mahkamah hendak buat keputusan yang adil tanpa keterangan daripada keluarga mangsa. Dalam kes Nyonya Tahir, seluruh keluarga tampil ke Mahkamah Syariah dan kemuka keterangan yang Nyonya Tahir tak pernah amalkan Islam. Jadi Mahkamah Syariah putuskan yang Nyonya Tahir bukan seorang Islam di saat kematian. Selesai masalah, ini cara yang paling baik. Tapi oleh kerana orang bukan Islam tak menghormati Mahkamah Syariah, ini jadinya.

Orang bukan Islam perlu faham hukum Islam bahawa adalah satu kesalahan atau dosa kepada orang Islam untuk kebumikan orang bukan Islam ikut cara Islam dan satu kesalahan juga biarkan orang Islam dikebumi cara bukan Islam. Bukan kita hendak rebut semua orang meninggal dunia. Cuma bila ada keterangan prima facie yang si mati pernah peluk Islam melalui perakuan, maka Mahkamah Syariah perlu tentukan sama ada di saat kematiannya, si mati itu Islam atau tidak. Maka bantulah beri keterangan kepada Mahkamah Syariah. Kalau si mati ada pergi ke gereja atau kuil, beritahu mahkamah. Dan jika ini berlaku, mahkamah puas hati yang memang betul si mati tidak Islam, mahkamah akan benarkan keluarga bukan Islam tuntut si mati. Tapi ini tidak berlaku dalam banyak kes cuma segelintir kes sahaja seperti Nyonya Tahir.
Di Selangor, ada juga kes di mana jabatan agama berjumpa keluarga si mati memaklumkan yang si mati telah memeluk Islam melalaui perakuan sijil. Walaupun mayat telah dimasukkan dalam keranda, namun keluarga si mati benarkan untuk mayat itu diuruskan mengikut Islam. Namun mereka letakkan syarat supaya majlis pengkebumian dapat dibenarkan keluarga yang bukan Islam hadir. Jabatan agama tidak mempunyai masalah. Keluarga bukan Islam dibenarkan lihat dari awal proses sehinggalah ke liang lahad. Tidak timbul masalah, keluarga si mati itu berpuas hati bagaimana jenazah itu disempurnakan dengan penuh hormat.

Apa yang menjadi masalah jika keluarga tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa Islam. Sepatutnya inilah yang perlu dilakukan oleh Majlis Peguam iaitu memberikan fahaman kepada bukan Islam. Tetapi malangnya mereka bertindak sebaliknya sehingga dilihat lebih gemar mencari keburukan Islam. Justeru Majlis Peguam seharusnya adil dalam memperkatakan soal Islam.

Kenyataan Presiden berkenaan Sumpah

Pihak Presiden PGSM telah menjawab berkenaan sumpah yang dilaksanakan oleh Saiful Bukhari dan disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada Ahad 17 Ogos. Namun begitu kenyataan beliau hanya disiarkan sebahagian sahaja. Disertakan di sini jawapan penuh beliau berkenaan isu tersebut untuk rujukan semua.

Moderator
________________

Bersumpah dengan memegang Al Quran tidak mempunyai sebarang asas mengikut Hukum Syarak. Apatah lagi apabila Al Quran itu dipegang dengan tangan kiri pula yang tidak menggambarkan penghormatan sepenuhnya kepada kitab suci yang menjadi panduan kepada semua orang Islam.

Dalam Islam, bersumpah menggunakan lafaz wallahi, wabillahi watallahi yang dibuat selepas solat asar di sisi mimbar masjid adalah sumpah yang amat kuat atau dinamakan sebagai taghliz al yamin. Namun sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai nilai di sisi undang-undang Islam. Ia hanya mengikat beliau sendiri sahaja. Ini adalah kerana tidak ada mahkamah yang memerintahkan beliau berbuat sedemikian.

Mengikut undang-undang Islam pula, orang yang mendakwa perlu membawa keterangan bagi membenarkan dakwaannya bukan dengan bersumpah. Keterangan yang dimaksudkan ialah dengan membawa pengakuan orang yang dituduh (iqrar), saksi (syahadah), keterangan lisan atau dokumen (qarinah) yang berkaitan dengan dakwaannya. Di dalam kes-kes berbentuk hudud keterangan yang boleh mensabitkan adalah melampaui sebarang keraguan (beyond any shadow of doubt).

Hak bersumpah jikapun ada adalah hak orang yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun sumpah tersebut mestilah di buat dalam prosiding kehakiman atau majlis al qadha. Oleh yang demikian syor Mufti Perlis supaya Anwar juga bersumpah mubahalah adalah tidak tepat dan tidak didasarkan kepada perundangan syariah. Perintah hakim perlu diperolehi sebelum orang yang didakwa dikehendaki bersumpah bukan sewenang-wenangnya bersumpah.

Jika sumpah yang dilakukan tidak benar, maka laknat Allah akan menimpa orang yang bersumpah tersebut. Laknat dan celaan tersebut boleh dikenakan dengan segera ataupun ditangguhkan di dunia ini ataupun semasa di Hari Penghitungan kelak.

Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Tel: 019 235 1555

Thursday, August 14, 2008

Response Hukuman Jenayah Syariah

Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian pada 14 Ogos 2008. Disiarkan di sini untuk rujukan.

Moderator
___________

'Hukuman sudah tidak relevan'
Undang-Undang Syariah negara kena segera dipinda bendung kes Maksiat
Oleh Mohamed Farid Noh dan Nor Azma Lailabhnews@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Undang-Undang Syariah negara termasuk di negeri-negeri perlu dipinda semula berikutan kadar hukuman serta penaltinya yang dianggap sudah lapuk serta tidak dapat mencegah berlaku pelbagai salah laku dan perlu kepada perubahan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz, berkata langkah itu wajar dilakukan bagi membendung peningkatan kes jenayah syariah termasuk maksiat seluruh negara.

"Semua hukuman dan penalti dalam jenayah syariah sepatutnya dikaji semula dan ia wajar dinaikkan serta diberatkan lagi. Lagipun sudah agak lama undang-undang berkenaan tidak dikaji semula. "Ini kerana semua kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah terikat dengan formula 356, iaitu hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda sehingga RM5,000 serta enam sebatan. "Kadar yang ada sekarang ini adalah kadar yang lapuk dan perlu diubah," katanya kepada Berita Harian dalam satu pertemuan, di sini.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Muhammad Asri Abdullah mencadangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (pindaan) 1984 dipinda sekali lagi supaya hukumannya ditambah.

April lalu pula, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar, berkata kelemahan undang-undang Islam itu adalah kerana bidang kuasa mahkamah syariah amat terhad berbanding mahkamah sivil. Zainul Rijal dilaporkan berkata, lebih memburukkan keadaan hukuman atau denda yang dikenakan kepada pesalah di mahkamah syariah jauh lebih rendah berbanding mahkamah sivil membuatkan ramai memandang ringan keberkesanan undang-undang Islam di negara ini.

"Sudah 20 tahun Akta Mahkamah Syariah 1984 tidak dipinda menyebabkan orang ramai mengambil jalan mudah dengan mengaku bersalah kerana hukuman yang dikenakan ringan berbanding mahkamah sivil," katanya.

Wan Muhammad berkata, sebarang pindaan terhadap undang-undang Syariah Persekutuan perlu dibawa ke Parlimen terlebih dulu dan proses memindanya akan mengambil masa. "Namun pihak berkuasa agama di negeri boleh menambah hukuman bagi jenayah Syariah selaras dengan Akta Mahkamah Syariah 1984 bagi memaksimumkan hukuman yang diberikan. "Ini kerana di negeri, undang-undang Syariah adalah bidang kuasa mereka. Jadi terserah kepada kebijaksanaan mereka untuk menggubal undang-undang Syariah negeri selari dengan akta Persekutuan," katanya.

Anak Luar Nikah

Hak Muslim: Disiarkan dalam Berita Harian 14 Ogos 08

Bapa tidak boleh walikan pernikahan anak tak sah taraf


Soalan:

SAYA ingin berkahwin akhir tahun ini dan sudah menghantar borang permohonan berkahwin ke pejabat agama Islam. Selepas beberapa hari, saya dimaklumkan permohonan tidak dapat diproses kerana pegawai jabatan agama Islam mendapati tarikh lahir saya tidak sampai empat bulan dari tarikh pernikahan ibu dan bapa. Saya dikatakan sebagai anak tak sah taraf. Permohonan saya dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Mengapa saya perlu berbuat demikian, sedangkan dalam kad pengenalan tertulis bahawa saya berbintikan bapa kandung. Bagaimana cara untuk saya memohon kebenaran dan apakah dokumen yang diperlukan?

Harap mendapat penjelasan.
Kamaliah Al-Hasan

Jawapan:

Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, permohonan kebenaran berkahwin asalnya adalah melalui pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam di mana tempat individu itu bermastautin.

Akan tetapi, ada beberapa kes perlu dirujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie, bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin terlebih dulu. Selepas kebenaran berkahwin daripada Hakim Syarie atau Mahkamah Syariah, barulah Pendaftar Nikah boleh memproses dan meluluskan kebenaran berkahwin itu.

Kes berkenaan ialah:
· Permohonan untuk berkahwin di bawah umur. Bagi lelaki berumur bawah 18 tahun atau perempuan di bawah umur 16 tahun yang ingin berkahwin, mereka perlu mendapatkan kebenaran berkahwin di Mahkamah Syariah terlebih dulu.
· Permohonan oleh seseorang janda berhias, iaitu perempuan yang bercerai sebelum disetubuhi suaminya atau dalam istilah Arab disebut qabla dukhul.
· Permohonan bernikah secara wali hakim. Pernikahan secara wali hakim ini pula perlu dalam kes berikut: - tiada wali yang sah dari segi nasab - wali ghaib - saudara baru atau mualaf - anak tak sah taraf - wali enggan - wali dalam ihram haji/umrah - wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat - permohonan poligami Berbalik kepada persoalan mengenai anak tak sah taraf.

Maksud anak sah taraf ialah anak yang lahir daripada akad pernikahan yang sah, dalam tempoh tertentu selepas akad nikah atau disebabkan persetubuhan syubhah. Anak tak sah taraf ialah anak yang lahir daripada pernikahan yang tidak sah atau fasid menurut hukum syarak.

Secara syariatnya seseorang anak yang lahir boleh disabitkan nasab kepada ibu yang melahirkannya, sama ada secara sah taraf ataupun tidak sah taraf. Tetapi untuk anak itu disabitkan nasabnya kepada bapa, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu:
· dengan sebab perkahwinan yang sah
· disebabkan perkahwinan yang fasid
· disebabkan persetubuhan syubhah Fuqaha bersepakat bahawa anak dilahirkan oleh perempuan yang mempunyai suami secara sah boleh disabitkan nasab kepada suaminya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Anak yang lahir daripada hamparan (yang sah) berhak disabitkan nasab keturunan." Hukum di atas adalah dengan syarat suami adalah orang yang boleh menyebabkan isteri hamil, anak dilahirkan selepas enam bulan dari masa akad nikah, iaitu menurut ulama Hanafi.

Menurut ulama jumhur, masa enam bulan dikira dari masa ia dibolehkan melakukan persetubuhan. Jika anak dilahirkan kurang daripada tempoh minimum masa mengandung, iaitu enam bulan, ulama bersepakat tidak sabit nasab daripada si suami. Keadaan lain di mana suami dan isteri boleh bertemu dan bersama selepas berlaku akad nikah.

Berdasarkan penjelasan itu jelas fuqaha berpendapat jika anak dilahirkan kurang dari tempoh enam bulan selepas akad nikah yang menghalalkan persetubuhan suami dan isteri, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya.

Maksudnya bapa itu tidak boleh mewalikan pernikahan anak dan perlu berwalikan hakim. Dalam kes anda, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat anak bermastautin.

Antara dokumen diperlukan bagi permohonan adalah:
· notis permohonan
· afidavit sokongan
· lampiran yang diperakukan seperti salinan kad pengenalan, pengesahan pemastautin (jika alamat dalam kad pengenalan berlainan dengan alamat bermastautin), borang permohonan berkahwin bagi perempuan dan lelaki dan lain-lain dokumen berkaitan. Dalam kes anda, elok dikemukakan sekali sijil kelahiran dan sijil nikah ibu bapa
· surat sokongan daripada Pendaftar Nikah
· bayaran yang secukupnya
· wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie. Jika lengkap segala dokumen dan saksi yang dikehendaki hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan, proses perbicaraan kes seperti ini adalah mudah dan kebiasaannya boleh diselesaikan dalam masa satu hari saja. Jika menggunakan khidmat peguam syarie, maka peguam akan menguruskan dan menyediakan segala dokumen diperlukan.

Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang

BH 13 Ogos 08
Peguam Syarie Menulis:


Dialog terurus rungkai kemusykilan agama
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


ISU SENSITIF: Sebahagian orang Islam membantah tindakan Majlis Peguam yang tetap meneruskan forum ‘Memeluk Islam’ di bangunan Majlis Peguam, Sabtu lalu. - Foto Effendy Rashid

Tindakan Majlis Peguam anjur forum cetus provokasi kesabaran Melayu MASYARAKAT Islam prihatin dan tersinggung dengan tindakan Majlis Peguam yang tetap meneruskan forum 'Memeluk Islam' Sabtu lalu.
Forum itu sebenarnya boleh disifatkan sebagai satu provokasi terhadap kesabaran masyarakat Melayu, selain mengundang keresahan dan rasa tidak tenteram orang Islam di negara ini. Kekecohan yang berlaku pagi Sabtu itu mendapat liputan meluas media.
Kejadian di bangunan Majlis Peguam itu hendaklah menjadi iktibar kepada semua. Walaupun sudah dinasihatkan beberapa menteri, parti politik berteraskan Islam dan Melayu, Majlis Peguam tetap berkeras mahu meneruskan forum berkenaan.
Asalnya forum itu akan menampilkan tiga tokoh pada pihak Islam, iaitu Dr Mohd Naim Mokhtar daripada Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Dr Wan Azhar Wan Ahmad dari Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Mohamad Haniff Khatri Abdullah peguam yang mengendalikan beberapa kes mempertahankan kedudukan Islam. Namun, Dr Mohd Naim dan Dr Wan Azhar terpaksa menarik diri selepas Majlis Peguam membuat publisiti dilihat agak negatif kepada umat Islam.
Pada sesi awal forum, didedahkan beberapa orang yang mendakwa mengalami masalah disebabkan seorang ahli keluarga mereka memeluk Islam. Memang tidak dapat dinafikan pertukaran agama, bukan saja daripada agama lain kepada Islam, malah antara agama lain juga suatu perkara besar dan kadangkala mengundang polemik.
Tiada kajian menyeluruh dibuat ke arah itu. Namun, persoalan timbul ialah berapa ramaikah yang memeluk Islam saban tahun di Malaysia dan berapa ramai menghadapi masalah mengenai hal ini? Ia kelihatan berat sebelah terhadap pemelukan Islam dan digambarkan seolah-olah memeluk Islam itu suatu kesalahan.

Kenapa pula tidak dipanggil contohnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah yang menceritakan pengalaman manis ketika ingin memeluk Islam. Keluarga beliau langsung tidak menentang hasratnya, walaupun dibesarkan dalam keluarga Katolik yang taat kepada agama mereka. Malah, bapa beliau sendiri menjemput kadi yang ingin meng-Islamkan beliau makan malam di rumah mereka. Begitu juga dengan Toh Puan Dr Aishah Ong, yang memeluk Islam tanpa sebarang masalah. Apakah motif Majlis Peguam hanya memanggil sebelah pihak saja?
Bukanlah prinsip asas undang-undang hendaklah mendengar daripada kedua-dua belah pihak? Perbincangan perkara sensitif sebegini tidak seharusnya mendapat liputan luas media dan dibuat secara terbuka kerana ia hanya akan mengundang kegusaran pihak terbabit saja. Dialog perbandingan agama perlu terus digalakkan, tetapi tidak bermakna sehingga kita boleh menghina atau mencerca agama lain.

Majlis Peguam seharusnya lebih bijak menangani keadaan ini apatah lagi mereka baru saja menjalankan forum kontrak sosial yang juga mendapat bantahan orang Melayu/Islam. Apabila diketahui sekali lagi Majlis Peguam ingin mengadakan forum mengenai pemelukan Islam, sudah tentu umat Islam sudah tidak boleh bersabar lagi.
Gambaran dilakarkan Majlis Peguam sendiri pada mata masyarakat Islam ialah Majlis Peguam tidak prihatin terhadap sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. Ia dihasilkan kerana tindak tanduk Majlis Peguam dalam penyertaan berat sebelah terhadap kes Lina Joy, Subahsini, Shamala dan lain lagi. Diburukkan dengan kenyataan dikeluarkan Majlis Peguam beberapa tahun ini.
Apa yang cuba dibawa seolah-olah orang bukan Islam di negara ini sentiasa ditindas dan orang Islam mendapat apa saja yang mereka mahukan. Ini tidak benar. Banyak keperluan orang Islam masih tidak dapat dipenuhi atas pelbagai alasan. Jika orang Hindu mengadu kuil mereka dirobohkan pihak berkuasa, ketahuilah ada banyak surau dan masjid dirobohkan atas pelbagai alasan.
Bagi umat Islam pula, penulis mengucapkan kesyukuran kerana tindakan mereka berjaya menghentikan forum lebih awal. Setiap tindakan hendaklah bertepatan dengan undang-undang. Jangan sesekali membuat sesuatu di luar batasan yang dibenarkan undang-undang. Penulis percaya orang Islam yang kuat agamanya sudah tentu tidak akan terjebak kepada tindakan di luar lingkungan undang-undang.
Penulis juga dimaklumkan beberapa tindakan dilakukan seolah-olah tidak menggambarkan akhlak Islam sebenar. Dalam memperjuangkan Islam, kita jangan sesekali lupa akhlak Islamiah yang wajib digalas setiap masa, walaupun dalam keadaan tegang. Jika kita mahu orang lain mengikuti Islam tunjukkanlah akhlak yang mulia.
Secara umumnya kedua-dua belah pihak perlu akur, kita perlu berdialog bagi memahami antara satu sama lain. Dialog terurus perlu digiatkan dari masa ke masa ke arah itu. Keikhlasan penting dalam berdialog dan sudah semestinya ia diadakan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada Islam di Malaysia. Susun atur masyarakat majmuk sudah lama dibina dan janganlah kita cuba menukar susun atur itu kerana mungkin ia tidak akan dapat disusun kembali selama-lamanya.
Majlis Peguam seharusnya lebih prihatin kepada sensitiviti umat Islam yang menjadi tunjang masyarakat di Malaysia. Malah peguam beragama Islam membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan peguam berdaftar dengan Majlis Peguam. Majlis Peguam tidak pernah membuat kaji selidik sama ada peguam Islam berkongsi hasrat dengan apa diperjuangkan Majlis Peguam ini.
Malah, ketika ini ada cakap-cakap di kalangan peguam beragama Islam, mereka agak terkilan dengan tindakan itu, namun apakan daya kehendak undang-undang tidak memberikan pilihan kepada mereka untuk keluar daripada menjadi ahli badan peguam itu. Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Majlis Peguam dan cuba mengusulkan supaya sebuah badan peguam alternatif bagi peguam sivil diwujudkan bagi mengimbangi Majlis Peguam sekarang.
Beberapa negara lain mempunyai lebih daripada satu badan peguam seperti di England. Apatah lagi di kalangan peguam syarie, Akta Guaman Syarie yang diharapkan menjadi wadah kepada peguam syarie untuk bersuara masih belum diluluskan, walaupun sudah diperjuangkan sekian lama. Hal seperti ini memberi natijah Majlis Peguam adalah badan guaman statutori tunggal di Semenanjung Malaysia.
Badan lain tidak dapat menyaingi Majlis Peguam dan menyebabkan monopoli pada pihak Majlis Peguam. Segala keputusan Majlis Peguam selalunya tidak dapat dibantah melainkan di bawa ke mahkamah untuk diputuskan. Berbalik kepada forum itu, bukanlah tujuan penulis untuk menghentikan semua dialog agama.
Penulis sendiri banyak menghadiri dialog antara agama yang diadakan dari masa ke masa.
Namun dialog sedemikian perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam dan dibuat dalam kerangka undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada Islam sebagai agama Persekutuan. Dialog sedemikian juga hendaklah tidak menyentuh inti pati hukum atau aturan sesuatu agama, tetapi hanya ke arah memahami agama itu sendiri.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
INTIPATI:
Kelemahan forum
· Forum 'Memeluk Islam' sebenarnya boleh disifatkan sebagai satu provokasi terhadap kesabaran masyarakat Melayu, selain mengundang keresahan dan rasa tidak tenteram orang Islam di negara ini.
· Perbincangan perkara sensitif sebegini tidak seharusnya mendapat liputan luas media dan dibuat secara terbuka kerana ia hanya akan mengundang kegusaran pihak terbabit saja.
· Gambaran dilakarkan Majlis Peguam sendiri pada mata masyarakat Islam ialah Majlis Peguam tidak prihatin terhadap sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.
· Apa yang cuba dibawa seolah-olah orang bukan Islam di negara ini sentiasa ditindas dan orang Islam mendapat apa saja yang mereka mahukan. Ini tidak benar.
· Dalam memperjuangkan Islam, kita jangan sesekali lupa akhlak Islamiah yang wajib digalas setiap masa, walaupun dalam keadaan tegang. Jika kita mahu orang lain mengikuti Islam tunjukkanlah akhlak yang mulia.
· Susun atur masyarakat majmuk sudah lama dibina dan janganlah kita cuba menukar susun atur itu kerana mungkin ia tidak akan dapat disusun kembali selama-lamanya.
· Badan lain tidak dapat menyaingi Majlis Peguam dan menyebabkan monopoli pada pihak Majlis Peguam. Segala keputusan Majlis Peguam selalunya tidak dapat dibantah melainkan di bawa ke mahkamah untuk diputuskan.
· Dialog perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam dan dibuat dalam kerangka undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan yang memberi keistimewaan kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

Tuesday, August 12, 2008

Program PGSM lagi

Pendahuluan

Atas dasar membincangkan persoalan perundangan Syariah di negara secara umum dan di negeri-negeri secara khusus serta berbincang untuk kebajikan Peguam-peguam Syarie yang beramal di negara ini, Persatuan Peguam Syarie (PGSM) mengambil langkah-langkah di mana pimpinan tertingginya di peringkat Pusat akan bekerjasama dengan Peguam Syarie di negeri-negeri untuk menjalankan majlis kunjung hormat ke dua Badan terpenting di negeri-negeri.

Sebelum ini, PGSM telah menjalankan kunjung hormat dan berbincang dengan Kerajaan Kedah, selepas ini lawatan diteruskan ke negeri Trengganu.

Secara ringkasnya, pihak PGSM akan melakukan yang terbaik ke arah memartabatkan perundangan Syariah dan menjaga kebajikan Peguam Syarie yang beramal. Justeru, semua Peguam Syarie di negara ini sangat diraikan untuk bersama-sama menjadi ahli kepada PGSM. Insya Allah apabila kita bersama, tuntutan Peguam Syarie akan lebih bermakna berbanding dengan kita bergerak secara sendiri-sendiri.

Sila hubungi Sekretariat PGSM untuk mengetahui bagaimana cara dan kaedah memohon menjadi ahli.

Moderator.
____________________

Pada hari Ahad 24 Ogos 08 ini, Pimpinan PGSM akan berkunjung ke Negeri Trengganu.

TENTATIF MAJLIS KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM) BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

9.30 a.m - Ketibaan EXCO PGSM
9.50 a.m - Ketibaan Y.A.A Ketua Hakim Syarie Terengganu Darul Iman.
10.00 a.m - Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa.
10.05 a.m - Ucapan Presiden PGSM Tuan Haji Zainul Rijal Bin Abu Bakar.
10.10 a.m - Ucapan Y.A.A Ketua Hakim Syarie Terengganu Dato’ Ismail Bin Yahaya.
10.25 a.m - Tayangan Multimedia oleh JKST/PGSM
10.30 a.m - Majlis Ramah Mesra & Dialog 2 hala.
11.30 a.m - Jamuan tengahari
12.00 p.m - Majlis bersurai
__________________

TENTATIF MAJLIS KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM) BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU DARUL IMAN

2.30 p.m - Ketibaan EXCO PGSM
2.50 p.m - Ketibaan Y.A.B Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
3.00 p.m - Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa.
3.05 p.m - Ucapan Presiden PGSMTuan Haji Zainul Rijal Bin Abu Bakar.
3.10 p.m - Ucapan Y.A.B Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Bin Said.
3.25 p.m - Tayangan Multimedia oleh Pejabat Menteri Besar/PGSM
3.30 p.m - Majlis Ramah Mesra & Dialog
4.30 p.m - Kudapan
5.00 p.m - Majlis bersurai

Presiden PGSMditemubual berkenaan Isu Memeluk Islam

Utusan 12 Ogos 08
Islam istimewa dalam Perlembagaan

Mengikut statistik tahun 2004 di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, jumlah saudara baru atau mualaf di Malaysia adalah 7,377 orang. Sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, sudah pasti pelbagai program dan tindakan susulan diatur untuk membantu golongan mualaf ini meneruskan kehidupan baru selepas bergelar Muslim.
Sudah menjadi lumrah, dalam melayari kehidupan kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Demikianlah juga saudara baru.
Antara cabaran itu adalah forum kontroversi ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam Sabtu lalu yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto AZLI AHAD menemu bual Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar bagi mengupas isu ini.
Mega: Apakah penjelasan lanjut mengenai Perkara 3 dalam Perlembagaan Negara?
ZAINUL RIJAL: Di Malaysia, Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap tertinggi.

Di dalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut: Perkara 3 : (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Dalam teks asal bahasa Inggerisnya disebut Islam is the religion- ini bermakna hanya Islam agama Persekutuan bukannya Islam itu agama Persekutuan. Dengan yang demikian, segala perkara yang dibuat mesti berteraskan kepada agama Islam.

Sayangnya, bukan sahaja orang bukan Islam yang tidak memahami hal ini tetapi ada juga di kalangan umat Islam yang keliru tentang hal ini.

Walau bagaimanapun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Maksudnya, kalau diamal dan boleh menggugat keselamatan maka agama lain tidak boleh diamalkan.
Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain dan tidak ada persamaan dalam perkara ini. Inilah yang perlu difahami semua rakyat Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua bagi agama Islam di negara kita.

Perkara 11(4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-wilayah Persekutuan membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam.

Ini adalah satu lagi kelebihan yang dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan negara. Ia bermaksud, ada kebebasan anut dan amal agama lain selain Islam tetapi kebebasan untuk sebar agama lain kepada orang Islam adalah terbatas.
Sesuai dengan kedudukan Islam ini juga, maka kerajaan boleh memperuntukkan dana untuk mengurus atau membantu institusi untuk kebaikan Islam. Ini dinyatakan dalam perkara 12(2).
Ada juga yang berpendapat, kebebasan beragama itu termasuk bebas memilih agama yang mereka suka. Benarkah tafsiran begini?
ZAINUL RIJAL: Tafsiran sedemikian kurang tepat. Kebebasan beragama yang dimaksudkan bukanlah bebas untuk bertukar-tukar agama tetapi bebas untuk mengamalkan ajaran agama yang dipilih.

Dalam perkara 12(3), ada dijelaskan tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Oleh sebab itu, Perlembagaan negara perlu dibaca secara global dan harmoni.
Antara soalan pertama bagi mana-mana individu yang nak peluk Islam ialah bagaimana nak menghadapi tentangan keluarga. Apakah hak mualaf dalam Islam?ZAINUL RIJAL: Keputusan saudara baru memeluk Islam adalah perkara yang besar dalam hidup seseorang. Oleh itu, ia pastinya membawa kesan yang berkekalan kepada individu berkenaan termasuk kepada keluarganya.

Apabila seseorang memilih Islam sebagai agamanya, maka mereka terus diiktiraf sebagai Muslim. Tidak ada double standard dalam perkara ini. Maka, individu berkenaan mempunyai hak yang sama dengan orang yang dilahirkan Islam.
Islam juga menetapkan golongan mualaf adalah termasuk dalam satu daripada lapan asnaf yang berhak mendapat zakat tidak kira kedudukan mereka sama ada kaya, miskin dan sebagainya. (rujuk surah at-Taubah ayat 60).

Apa pula langkah yang perlu diambil untuk membantu golongan mualaf ini mengatasi masalah seperti dibuang oleh keluarga dan sebagainya kerana memeluk Islam?ZAINUL RIJAL: Sebagai mualaf yang baru berjinak-jinak dengan Islam, pegangan agama kebanyakan mereka masih belum mantap.

Ini mudah digoyahkan oleh pelbagai faktor seperti keluarga dan rakan-rakan. Memang kita ada mendengar daripada saudara baru, apabila keluarga mengetahui mereka memeluk Islam, pelbagai cara dilakukan supaya mereka kembali ke agama asal.

Ini termasuklah ahli keluarga seperti ibu atau ayah yang mengancam membunuh diri jika mualaf itu meneruskan hasrat memeluk Islam. Hal sebegini tentulah meletakkan mereka dalam dilema kerana tahap keimanan mereka masih di peringkat awalan.

Sebab itu, saya ingin mencadangkan agar ditubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf untuk menguruskan pelbagai hal berkaitan golongan mualaf. Jawatankuasa ini pula perlu dianggotai pelbagai latar belakang termasuk golongan akademik, aktivis masyarakat, penasihat undang-undang dan ulama.

Malah, golongan mualaf sendiri perlu mengganggotai jawatankuasa ini kerana mereka yang lebih mengetahui susah payah yang dihadapi dalam memeluk agama yang suci ini.
Pihak yang mempersoalkan peraturan Islam selalunya bersandarkan pada hak asasi manusia orang bukan Islam. Bagaimana pula hak orang Islam terutama mualaf dalam pertikaian yang berlaku?
ZAINUL RIJAL: Dalam Islam, segala hukum hakam itu adalah untuk menjaga keperluan asas setiap individu Muslim iaitu memelihara lima perkara. Ini juga disebut maqasid syariah iaitu menjaga agama, akal, nyawa, harta dan keturunan (maruah).

Dalam kes forum ‘Memeluk Islam’ Sabtu lalu, mengapa hanya menjejak semula kes R. Subashini dan S. Shamala. Soalnya, bagaimana dengan hak bekas suami Subashini, Saravanan @ Mohd. Shafi Saravanan Abdullah yang memeluk Islam? Mengapa haknya sebagai orang Islam tidak dibangkitkan?

Setiap umat Islam lebih-lebih lagi mualaf perlu diberikan hak untuk beribadat, bantuan lain seperti tempat tinggal, perubatan, perkahwinan dan sebagainya.
Satu lagi hak yang perlu ditunaikan oleh orang Islam ialah mengkebumikan jenazah Muslim mengikut cara Islam.

Yang perlu ditegaskan adalah berdosa bagi orang Islam mengkebumikan mayat orang bukan Islam mengikut cara Islam. Sebab itulah dalam kes Nyonya Tahir misalnya, apabila disahkan dia bukan lagi Islam, maka kita tidak ‘berebut’ untuk menguruskan pengkebumian itu.
Pada masa yang sama, banyak kes pertikaian berhubung status Islam diselesaikan secara aman. Antaranya kes jenazah bekas pekerja ladang tembikai, N. Anthonysamy atau Mohd. Sani Abdullah, 71, yang dikebumikan mengikut hukum syarak tanpa bantahan keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Ayer Keroh, Melaka, Januari lalu. Namun, kes-kes begini tidak diuar-uarkan. Sebaliknya, satu atau dua kes yang bermasalah yang selalu diperbesarkan.
Jika hendak anjurkan forum tentang Islam, siapa perlu dilibatkan?
ZAINUL RIJAL: Sebelum dipastikan siapa yang harus dilibatkan jika dibuat forum tentang Islam, terlebih dahulu perlu kita menelusuri apakah objektif forum tersebut.
Forum sedemikian perlu bermatlamat mendapat maklumat dan memahami apakah sebenarnya ajaran Islam tentang sesuatu perkara dari sudut perundangan, falsafah, amalan dan sebagainya.
Jika ia bertujuan mempertikaikan sesuatu ajaran Islam atau mengajar orang Islam tentang agama Islam, maka sudah tentu tidak dapat diterima oleh orang Islam.
Sebenarnya ramai orang boleh bercakap tentang Islam tetapi hanya segelintir yang boleh bercakap bagi pihak Islam.

Oleh itu, sudah tentulah orang yang berautoriti dalam pentadbiran agama Islam perlu dilibatkan seperti mufti, pegawai jabatan agama, ahli-ahli akademik agama dan perundangan syariah dan pertubuhan bukan kerajaan Islam arus perdana.

Sebenarnya dalam Majlis Peguam terdapat jawatankuasa syariah yang ditubuhkan. Forum itu pula dianjurkan oleh Jawatankuasa Undang-Undang Keluarga Majlis Peguam.
Saya mendapat makluman bahawa Jawatankuasa Undang-Undang Syariah ini langsung tidak dirujuk semasa program ini hendak diadakan. Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Undang-Undang Keluarga sahaja.

Kenapa perkara ini boleh terjadi? Secara dalaman pun pihak Majlis Peguam tidak boleh membuat koordinasi apatah lagi apabila ia melibatkan orang luar.

Sunday, August 10, 2008

Forum Memeluk Islam_Anjuran Bar Council

Disiarkan dalam Utusan Malaysia 7 Ogos 08
__________

Provokasi terhadap kesabaran Melayu

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Forum Memeluk Islam yang akan dianjurkan Majlis Peguam pada Sabtu ini disifatkan provokasi terhadap kesabaran masyarakat Melayu selain mengundang keresahan dan rasa tidak tenteram orang Islam.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Pirdaus Ismail berkata, walau atas alasan apa sekali pun forum berkenaan diadakan kesabaran orang Islam tetap terusik.

''Tindakan Majlis Peguam merupakan pendekatan yang sama dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum, penerbitan, laman web dan demonstrasi jalanan. ''Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara,'' kata beliau dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan Majlis Peguam seolah-olah mencemar kehormatan Perlembagaan Persekutuan negara.

''Saya tidak menghalang usaha untuk berdialog, namun dialog anjuran Majlis Peguam seolah-olah prejudis, berat sebelah dan ada agenda tersembunyi.

''Mereka hanya memperjuangkan hak bukan Islam bagaimana dengan hak orang Islam. Tidak semua orang bukan Islam teraniaya seperti didakwa Majlis Peguam apabila pasangannya memeluk Islam ada yang mendapat pembelaan yang sewajarnya,'' katanya.

Tambah Zainul Rizal, mengenai perbezaan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah, ia bukanlah satu kekurangan dalam perundangan Malaysia.

Mengenai hak ibu atau bapa bukan Islam yang membawa anak mereka memeluk Islam bersama-sama pula, beliau menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan membenarkan salah seorang iaitu ibu atau bapa membawa anak kecil mereka mengikut agama mereka.
''Perlembagaan tidak menetapkan agama seseorang anak itu perlu ditentukan oleh kedua-duanya, tetapi salah seorang iaitu ibu atau bapa.

''Oleh itu, dalam kes Subashini yang menjadi rujukan Majlis Peguam, tindakan bekas suaminya yang memeluk Islam bersama salah seorang anaknya yang berusia empat tahun adalah sah mengikut undang-undang,'' kata Zainul Rijal.

Isu Muallaf

Berita ini telah disiarkan beberapa lama dahulu dalam Utusan Malaysia. Namun disiarkan di sini untu rujukan semua terutama yang berminat mengenai isu pemakluman pemelukan Islam saudara baru kepada ahli keluarganya..

Moderator

______________

Biar mualaf tentukan cara
Oleh Norazlita Mohd. Sies (WARTAWAN UTUSAN)

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan nyata telah menzahirkan secara terperinci mengenai kebebasan beragama. Dan, ia telah menjadi satu tiket yang tidak seharusnya dipertikaikan sebaliknya perlu dijaga demi keharmonian sejagat.

Ringkasnya setiap peraturan yang hendak dibuat seharusnya disesuaikan agar sepadan dengan acuan tersebut bagi mengelakkan ia kelihatan seolah-olah telah menyimpang dari landasan peruntukan sebenar.

Ini kerana penyimpangan dari segi fakta bukan sahaja mencacatkan pandangan bahkan mengundang pelbagai pecahan daripada permasalahan sebenar.

Begitu juga hasrat kerajaan untuk memperkenalkan satu peraturan baru yang mewajibkan pihak yang ingin memeluk agama Islam mengisytiharkan perkara itu secara terbuka bagi mengelak sebarang masalah di kemudian hari seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 10 April lalu.

Mengupas isu yang mengundang reaksi pelbagai pihak, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berpendapat, sekilas pandang memanglah ia merupakan suatu yang baik iaitu memaklumkan keputusan memeluk Islam secara terbuka.
Pun begitu, hasrat murni tersebut memerlukan satu kajian terperinci dan menyeluruh dilakukan dari aspek praktikal dan keselamatan sama ada peraturan sedemikian wajar dilaksanakan ke atas saudara baru yang sememangnya memerlukan sokongan jitu semua pihak.

Janganlah nanti disebabkan bermacam syarat serta peraturan yang perlu dipenuhi akan membantutkan niat murni untuk memeluk Islam. Apatah lagi, hanya mualaf berkenaan yang lebih arif dalam mengenali hati budi ahli keluarga dan rakan-rakan.

''Memang kita sering mendengar daripada saudara-saudara baru ini, apabila berita memeluk agama Islam sampai ke pengetahuan keluarga maka mereka akan memujuk supaya kembali kepada agama asal.

''Ada juga dilaporkan keluarga mereka mengancam untuk melakukan sesuatu sekiranya hasrat memeluk Islam diteruskan. Ini sudah semestinya menimbulkan dilema di kalangan saudara baru,'' jelas Zainul Rijal berdasarkan pengalamannya sebagai peguam syarie.
Malah ada juga dilaporkan ahli keluarga yang mengugut mualaf kerana dikatakan telah menconteng arang di muka mereka.

"Saya memang bersetuju isu memeluk Islam bagi seorang saudara baru adalah suatu perkara besar dan membawa kesan yang berkekalan. Lantaran itu, memang perlu seseorang yang memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga yang masih menganut agama asal.

Memilih "Meskipun begitu, biarlah mualaf berkenaan sendiri yang memilih cara dan masa yang sesuai untuk berbuat demikian memandangkan mereka sahaja yang benar-benar tahu isi hati, reaksi dan ramalan penerimaan keluarga masing-masing.

"Undang-undang juga tidak seharusnya mencampuri hal berkenaan apatah lagi menjadikan pemberitahuan tersebut sebagai prasyarat untuk memeluk Islam,'' ujar Zainul Rijal ketika dihubungi.

Sementelah pula, peraturan baru ini, pada hemat Zainul Rijal sedikit sebanyak akan menghakis hak kebebasan beragama yang sememangnya dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Sekiranya sesuatu peraturan tersebut menafikan hak yang dijamin oleh Perlembagaan maka peraturan sedemikian tidaklah elok digarap,'' kata Zainul Rijal.

Perlu juga diingat, hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub di bawah Jadual Kesembilan Senarai Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Dengan lain perkataan, sekiranya Kerajaan Persekutuan membuat peraturan sebegini sudah tentu ia tidak akan terlaksana melainkan diterima oleh negeri-negeri.

Zainul Rijal menambah, oleh kerana ia turut menyentuh kuasa Raja-Raja Melayu, pelaksanaannya di peringkat Persekutuan sudah semestinya memerlukan perkenan Raja-Raja Melayu terlebih dahulu.

Beliau berpendapat, jika peraturan sebegini menjadi kenyataan, sudah tentu dakwah Islam terlalu sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya akan mengakibatkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada agama suci ini.

Zainul Rijal menegaskan, walhal perkara asas yang menjadi syarat ialah lafaz syahadah. Cuba renungkan, apakah implikasi yang timbul sekiranya pemberitahuan ini tidak dilakukan sedangkan syahadah individu terbabit telah pun diterima.

Dari sudut hukum syarak, sudah tentulah mereka telah Islam cuma keperluan peraturan sahaja yang belum dipenuhi.

Dalam hal sedemikian, sekiranya saudara baru ini meninggal dunia ia akan menimbulkan polemik yang lebih besar lagi. Kita sering memperkatakan tentang hak keluarga yang masih belum Islam itu dalam hal yang berkaitan tetapi kita meminggirkan persoalan utama tentang hak mualaf itu sendiri.

Janganlah merobek hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini dengan pelbagai peraturan yang tidak praktikal dan menjejaskan keselamatan mualaf itu sendiri.
Hormatilah pilihan mualaf ini sebagaimana orang Islam juga tidak pernah memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam.

Sungguhpun telah memeluk Islam, saudara baru ini masih tidak putus hubungannya dengan keluarga mereka yang mempunyai pertalian darah walaupun telah berbeza agama. Tidak langsung timbul persoalan melarikan diri daripada tanggungjawab mereka.

Sekiranya orang bukan Islam tahu, masalah ini tidak akan timbul kerana sebenarnya terdapat hak dan relif yang sama dan adakalanya lebih baik untuk mereka melalui undang-undang Islam.
"Justeru, pada pendapat saya, saudara baru perlu memaklumkan status agama mereka. Namun keperluan ini tidak perlu dijadikan peraturan sehingga menyukarkan serta mengancam keselamatan saudara baru itu sendiri.

''Biarlah saudara baru sendiri yang menentukan bila mereka ingin memaklumkan berita pengislaman mereka.

Janganlah dipaksa kepada mereka kerana ia tidak selaras dengan hak kebebasan beragama dan tiada paksaan di dalam Islam.

''Bagi keluarga bukan Islam pula, hak mereka masih utuh berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Tidak timbul isu melarikan diri daripada tanggungjawab kekeluargaan.
''Saya menyarankan pihak kerajaan memikirkan semula hasrat ini. Tindakan tidak popular ini sudah tentu akan menjadi igauan umat Islam dan memberi kesan terhadap dakwah Islam di Malaysia.

Janganlah terburu-buru menggubal peraturan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada semua. Peraturan yang adapun sudah agak menyusahkan saudara baru kita, apatah lagi sekiranya pelbagai peraturan lain pula diwajibkan,'' kata Zainul Rijal.

Menyentuh mengenai dilema yang timbul ekoran perebutan jenazah saudara baru oleh keluarga bukan Islam, bagi Zainul Rijal, ia sebenarnya boleh dielakkan dengan cara menyelesaikannya di luar mahkamah.

Sebagai contoh, katanya, dua jenazah mualaf masing-masing berbangsa Cina dan India di Selangor serta Johor pada tahun lalu telah berjaya diselesaikan melalui rundingan tanpa perlu ke mahkamah.

"Sungguhpun saya seorang peguam, namun isu perebutan mayat boleh dielakkan daripada dipanjangkan kepada mahkamah. Untuk menjayakannya, ketua-ketua agama misalnya mufti dan paderi perlulah mengadakan rundingan. Hasil perbincangan boleh dipanjangkan kepada sultan,'' ujar Zainul Rijal.

Rumusannya jika wakil sesuatu agama diberikan hak menyuarakan pandangan masing-masing dengan ikhlas, semua masalah dapat diatasi.

Serah Anak

Jawapan Hak Muslim disiiarkan dalam Berita Harian 7 Ogs 2008

Serah anak dijaga bukan Islam dikira jenayah Syariah

Soalan
SAYA ada jiran yang agak daif kehidupannya. Dia baru-baru ini melahirkan anak perempuan. Kerana kesempitan hidup, dia berhasrat menyerahkan anak itu kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Masalahnya, ada seorang bukan Islam berhasrat mengambil anaknya itu. Boleh saya tahu, apa akan jadi jika seseorang Islam menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh bukan Islam?
Mohamad Ikram
Kuala Selangor.

Jawapan
Saya cuba kupas persoalan ini secara berhemah supaya tidak menjadi isu kontroversi atau dimanipulasi sesetengah pihak untuk kepentingan peribadi.

Menurut hukum syarak, seperti pendapat imam Mazhab Shafie yang disebut dalam kitab al-Fiqh wa Adillatuhu, oleh Dr Wahbah al-Zuhaili (Juzuk 7), syarat umum pihak yang diberi hak penjagaan anak (haadin) ialah cukup umur, sempurna akal, berkeupayaan mendidik kanak-kanak, berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah dan seorang Islam. Islam adalah syarat penting untuk seseorang menjaga kanak-kanak Islam.

Dari segi hukumnya, seorang kanak-kanak itu dikira Islam jika ibu atau bapanya seorang Islam. Orang bukan Islam tidak harus diberikan hak penjagaan kanak-kanak Islam, kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan (haq al-wilayah). Orang bukan Islam tidak mempunyai hak penguasaan terhadap orang Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang beriman." (Surah An-Nisa', ayat 141)

Al-Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj, menyebutkan: "Hadanah dari segi syarak bererti tanggungjawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggungjawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia baik, serta tanggungjawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka."

Hadanah dalam Islam juga bertujuan menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu dari segi agamanya, keturunannya (nasab) dan lain-lain. Dalam kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aishah, kes Rayuan Mal Negeri Kelantan, jemaah pengadilan memberikan pendapat, antaranya: "Pokok dan tujuan hadanah ialah maslahat dan kebaikan budak yang dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi budak itu.

Hak mesti diutamakan lebih daripada hak pihak yang memelihara sebagaimana difahamkan daripada fatwa Ibnu Al-Salah dalam 'Tuhfah' dan 'Nihayad' serta diakui muktamadnya oleh Ali Shabramulsi, juga seperti disalin Sayid Sabiq dalam Fiqhul al-Sunnah, yang bermaksud, "Sesungguhnya setiap menjaga dan dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak dijaga lebih kuat daripada hak yang menjaga, dan diterangkan oleh Ibnu Qadamah dengan katanya yang bermaksud: "Sabit hadanah adalah untuk menentukan nasib (kepentingan) budak (kanak-kanak) itu."

Juga dikhuatiri penjaga kanak-kanak itu akan mengubah agamanya dengan apa cara sekalipun. Bagaimanapun, Islam memberi kelonggaran jika dari segi hukumnya ibu bapa kanak-kanak itu bukan Islam, maka sama ada orang Islam atau bukan Islam boleh menjaganya.

Perbuatan seorang Islam yang menyerahkan, memberikan atau menjual anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seorang bukan Islam untuk menjaganya adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah. Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: "Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu."

Penjenayah hadanah boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya serentak. Walau bagaimana susah atau miskin sekalipun, janganlah sesekali menyerahkan anak untuk dipelihara oleh orang dari agama lain.

Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com. Layari http:// peguamsyarie.blogspot.com
Cetak a

Wednesday, August 6, 2008

Ajaran Sesat

Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian pada 6 Ogos 08 di bawah Slot Peguam Syarie Menulis.

Umat Islam Jangan Terpengaruh Dengan Ajaran Sesat
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Ajaran sesat yang berlawanan dengan pegangan agama yang diiktiraf sering kali mengganggu ketenteraman dan keharmonian hidup setempat. Walaupun sesuatu ajaran itu bersifat pelik dan menyeleweng dari apa yang biasa kita pelajari, tetapi masih ada segelintir umat Islam yang terpengaruh dan menjadi sebahagian dari pengikut ajaran-ajaran sebegini. Antara ajaran yang telah difatwakan sesat dalam negeri Selangor adalah ajaran Qadiani, fahaman Syiah, ajaran haji Banuar Roslan, ajaran tarikat Samaniah Ibarahim Bonjol, a-Arqam, ajaran Martabat Tujuh, ajaran zikir Hasan anak Rimau dan sebagainya.

Terdapat juga di kalangan pengikut ajaran sebegini tidak tahu bahawa apa yang dipegang dan dipertahankan itu adalah sesat dan menyimpang dari ajaran Islam. Justeru itu ilmu tentang asas agama sangat perlu kita pelajari supaya dengan akal dan iman yang waras, kita dapat mengenali bahawa sesuatu perkara baru yang diberitahu kepada kita adalah sesat ataupun sebaliknya.

Apakah yang dikatakan sesuatu ajaran itu sesat dan menyeleweng? Sesuatu ajaran sesat sebenarnya merujuk kepada ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan ia bercanggah dengan isi kandungan al-Quran dan al-Sunah.

Ajaran sesat ini sebenarnya mempunyai beberapa ciri yang perlu kita fahami agar kita dapat menyelamatkan diri. Antaranya ciri ajaran sesat adalah:

-Mencemarkan kesucian al-Quran dan hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikai atau membuat satu tafsiran menyeleweng terhadap al-Quran dan hadis. Contohnya mengatakan bahawa ayat al-Quran mengenai sembahyang tidak ada dan telah dimansuhkan. Atau mengatakan bahawa Nabi Muhamad adalah bukan seorang yang terpuji, bukan Nabi terakhir dan ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad.

-Mengubah prinsip asas dalam akidah Islam seperti ajaran yang menggabungkan Islam dengan agama lain sehingga menjadi satu ajaran yang sangat pelik dan terasing. Atau mengatakan semua agama tidak berbeza dan sama taraf serta datang dari Tuhan yang sama.

-Memuja dan mendewakan ketua ajaran sehingga ke tahap mengatakan ketuanya suci dari dosa, menjadi Nabi, menjadi jelmaan Tuhan di dunia ini dan boleh mencipta dan membuat mukjizat seperti Nabi terdahulu. Apabila sampai ke tahap memuja, pengikut akan berusaha melakukan segala perkara untuk ketuanya sehingga kepada memberikan keseluruhan harta, mencium kaki, meminum air basuhan kaki pemimpin, meminta syafaat dari pemimpin serta pelbagai perkara yang tidak ada dalam ajaran Nabi Muhammad.

-Menolak perkara yang mutlak (qat’ie) dalam Islam. Contohnya mengatakan berkahwin secara batin tanpa saksi adalah sah, ketua ajaran dan pengikutnya boleh berkahwin dengan seberapa ramai yang dikehendaki. Ketua dan ahlinya sudah bebas dari hukum-hakam agama dan tidak perlu mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. Atau pun mengajarkan bahawa solat tidak perlu mengerjakan dengan perbuatan, sebaliknya memadai dilakukan dengan niat sahaja.

-Mengubah konsep pahala dan dosa seperti memberi kuasa pengampunan dosa kepada ketua ajaran. Ketua boleh memberi pahala dan menjamin pengikutnya masuk ke syurga atau pun semua yang mengikutnya tidak akan dihisab amalannya di akhirat kelak.

-Mendakwa boleh melakukan sesuatu yang pelik yang bersangkutan dengan perkara ghaib. Contohnya ketua ajaran mengatakan dia boleh bercakap dengan Tuhan, boleh memanggil roh simati termasuklah boleh berinteraksi dengan Nabi, Malaikat atau pun mengatakan syaitan tidak berani menggodanya kerana maqamnya terlalu tinggi dan sebagainya.

-Mendewakan sesuatu yang lain selain Allah atau mensyirikkan Allah dengan sesuatu sembahan yang lain. Ini termasuklah meminta bantuan bukan daripada Allah tetapi menyeru nama-nama jin, makhluk halus dan sebagainya.

-Menolak hadis Nabi serta membenci semua yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad.

Apabila sesuatu ajaran bertentangan dengan prinsip asas dalam Islam, maka setiap kita yang beriman perlu menjauhinya dan berusaha menyelamatkan orang yang dikenali dari terpengaruh dengan ajaran sebegini.

Terdapat beberapa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkenaan kesalahan ajaran sesat. Contohnya Seksyen 4 (1) memperuntukkan kesalahan melibatkan memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara menyalahi Hukum Syarak.

Seksyen 7 Enakmen yang sama pula memperuntukkan mengenai mana-mana orang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara bertentangan dengan Hukum Syarak dan fatwa yang berkuat kuasa sama ada di tempat sendiri atau di tempat umum boleh disabitkan denda tidak lebih RM5000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak lebih 6 kali sebatan.

Apakah yang boleh kita lakukan jika kita mendapat tahu ada ajaran sesat yang berlaku dalam kawasan kita? Kita perlu membuat aduan kepada Pegawai Penguat kuasa Agama (PKA) di tempat kita berada memaklumkan terdapat satu ajaran yang disyaki bertentangan dengan Islam. Selepas aduan dibuat, pihak PKA akan mengadakan siasatan ke atas aduan tersebut.

Seksyen 54 dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 memperuntukkan cara-cara seseorang awam boleh membuat aduan. Pengadu perlu memberi aduan bertulis dengan mengisi borang tertentu, mencatat dengan terperinci apa dan di mana perkara disyaki tersebut berlaku. Borang tersebut perlu ditandatangani dan maklumat tentang diri pengadu juga perlu disertakan. Ini bertujuan menjaga pertanggungjawaban pengadu terhadap aduan yang dibuat. Jika aduan diberi secara lisan, ia juga perlu dipindahkan kepada bentuk bertulis.

Walaupun pada dasarnya PKA akan bertindak apabila ada aduan, tetapi dalam keadaan tertentu berdasarkan Seksyen 57 Enakmen yang sama, PKA boleh juga terus bertindak dan menangkap walaupun tanpa aduan dari orang awam jika terdapat sebab untuk mensyaki perlakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap berlaku. Contohnya kes yang sudah dihebohkan dalam media, PKA boleh terus bertindak melakukan siasatan kerana jika menunggu laporan dari orang awam terlebih dahulu, mungkin masa sudah menjadi terlalu lambat dan pihak bersalah juga mungkin berjaya melarikan diri. Ini perlu diperhalusi antara kes melibatkan kesalahan boleh tangkap, kes umum dan kes yang dikecualikan.


Demi untuk menyelamatkan masyarakat kita dari terjerumus dalam ajaran sesat yang dibawa oleh mana-mana pihak, kita mengharapkan supaya:

1- Semua orang Islam perlu berusaha mencari ilmu melibatkan ajaran Islam dari pihak-pihak yang diketahui berilmu atau dari badan-badan yang diiktiraf agar tidak terpengaruh dengan ajaran pelik yang terasing.
2- Kita juga perlu memantapkan kefahaman tentang perkara asas dalam Islam sehingga berjaya membezakan antara ajaran yang tepat dengan ajaran yang menyeleweng.
3- Membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab atau PKA di tempat kita berkenaan apa-apa ajaran yang disyaki menyeleweng.
4- Memohon pihak Kerajaan menambah bilangan PKA yang profesional dan mahir dalam kaedah siasatan dan tangkapan di setiap negeri dan kawasan agar mampu menangani permasalahan dan kesalahan berbentuk agama yang bertambah.
5- Memohon setiap ajaran yang dikenal pasti sesat dan menyeleweng disegerakan fatwanya oleh pihak berwajib dan diwar-warkan kepada orang awam dengan seberapa segera.


Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Saturday, August 2, 2008

Muallaf

Disiarkan dalam Berita Harian 31 Julai 08

Hak Muslim: Keluarga berhak tahu keputusan peluk Islam

Soalan
Saya adalah seorang India beragama Hindu. Sejak kecil saya bergaul dengan orang Islam dan terarik dengan agama Islam walaupun keluarga saya penganut Hindu. Saya berhasrat memeluk Islam tetapi khuatir keluarga saya akan menentangnya. Saya tidak mahu kehilangan keluarga saya apabila memberitahu mereka. Saya dengar pada masa ini orang yang mahu masuk Islam perlu beritahu keluarga masing-masing. Saya seorang eksekutif, masih belum berkahwin dan sebenarnya sudah pun mengamalkan ajaran Islam seperti sembahyang dan puasa secara sembunyi-sembunyi. Saya tidak mahu keluarga saya membenci saya. Sekiranya saya memberitahu keluarga, tentulah keluarga saya akan menghalang hasrat ini dan memujuk saya kembali ke agama asal.
Selvarajah
Kuala Lumpur


Jawapan:

Alhamdulillah, Allah memberikan nur hidayah kepada saudara. Saya mendoakan Allah memberi kekuatan kepada saudara di dalam kehidupan beragama saudara. Islam adalah satu cara kehidupan yang melampaui batasan etnik, kaum dan juga bangsa.

Orang Islam adalah bersaudara walaupun dari kalangan bangsa yang berlainan. Kerajaan Persekutuan dilaporkan berhasrat memperkenalkan peraturan baru mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam supaya memaklumkan kepada keluarga masing-masing berhubung dengan keputusan mereka.

Hasrat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan perlu bagi mengelak berbangkit masalah berhubung dengan taraf dan hak anak individu yang berkenaan serta kesulitan lain selepas mereka meninggal dunia. Hasrat Kerajaan Persekutuan ini mendapat reaksi bercampur dari kerajaan negeri, badan bukan kerajaan, ahli agama dan juga ahli politik.

Sebahagian menyokong dan sebahagian yang lain pula tidak bersetuju dengan cadangan tesebut. NGO Islam arus perdana membantah peraturan baru ini jika dilaksanakan begitu juga beberapa orang Mufti seperti Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Mufti Perlis).

Secara idealnya, adalah suatu yang baik memaklumkan keputusan memeluk Islam kerana ia merupakan anjakan pradigma yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mualaf itu. Namun begitu jika dikaji dari aspek praktikal dan keselamatan sama ada perkara sedemikian wajar dikenakan ke atas saudara baru ini.

Sebagai seorang mualaf yang baru berjinak dengan agama Islam, pegangan agama kebanyakan mereka tentulah masih belum utuh atau mantap lagi. Ia masih mudah digoyah oleh pelbagai faktor. Umpamanya keluarga dan rakan. Memang kita sering mendengar daripada saudara baru ini, apabila keluarga mengetahui mereka memeluk Islam, mereka akan memujuk kembali ke agama asal. Ada juga dilaporkan keluarga ini mengancam untuk membunuh diri sekiranya mereka meneruskan hasrat memasuki persaudaraan Islam ini.

Ini menimbulkan dilema di kalangan saudara baru. Saya memang bersetuju pemelukan Islam seseorang saudara baru adalah suatu perkara besar dan membawa kesan yang berkekalan. Oleh yang demikian memang perlu seseorang yang memeluk Islam itu memaklumkan kepada keluarga mereka yang masih belum Islam, tetapi biarlah mualaf itu sendiri yang memilih cara dan masa bila mereka perlu berbuat sedemikian kerana merekalah yang benar-benar tahu isi hati dan reaksi keluarga mereka.

Undang-undang tidak harus mencampuri hal berkenaan apatah lagi sekiranya pemakluman berkenaan menjadi prasyarat untuk memeluk Islam. Sudah tentu dalam keadaan ini dakwah Islam menjadi terlalu sukar untuk dilaksanakan.

Berbalik kepada soalan saudara tadi, buat masa ini syarat itu masih lagi belum dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada NGO Islam arus perdana. Oleh yang demikian, saudara tidak wajib memaklumkan pemelukan Islam saudara kepada keluarga.

Walaupun saudara memeluk agama Islam hubungan kekeluargaan dengan keluarga saudara tidak putus malah mereka masih mempunyai hak tertentu terhadap saudara walaupun berlainan agama. Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan atas dasar berlainan agama. Tanggungjawab saudara terhadap keluarga khususnya ibu bapa masih wajib diteruskan.

Kajilah Islam daripada kitab yang muktabar dan dibimbing oleh guru yang mursyid. Apabila saudara fikirkan masanya sesuai bagi memberitahu pemelukan Islam saudara, maka maklumkanlah kepada mereka dengan cara yang paling berhemah.

Berdoalah agar kelurga saudara juga akan diberikan nur hidayah oleh Allah s.w.t. pada suatu hari nanti. Saudara juga boleh mendapat bimbingan daripada NGO Islam yang memfokuskan khidmat kepada mualaf seperti Perkim, Persatuan India Muslim, Persatuan Cina Muslim (MACMA), Persatuan Al Hidayah dan beberapa NGO lagi yang boleh membantu saudara di dalam mendalami agama Islam serta menasihati saudara bagaimana menangani masalah keluarga saudara dengan cara yang terbaik. Saya mendoakan saudara tetap di dalam Islam dan Iman. Islam adalah satu cara hidup yang terbaik yang telah digariskan oleh Allah s.w.t.

Jawapan ini disediakan oleh Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Saturday, July 26, 2008

Sejarah Perundangan Syariah di Malaysia
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Dalam keluaran terdahulu, ruangan ini pernah membawa pembaca menyusuri sejarah perundangan dengan melihat bagaimana undang-undang Inggeris bertapak dan membina kekuatan di Malaysia. Apakah yang telah berlaku kepada perundangan Syariah selepas negara merdeka dan bagaimana bentuk isi kod peruntukan undang-undang sebelum ini?

Apabila Inggeris menguatkuasakan kod undang-undang Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment Chapter 197 of Revised Law of Federated Malay States, 1935 ia lebih memusatkan kepada aspek-aspek pentadbiran seperti pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk serta sedikit hukum asas dalam perkahwinan. Pengkaji Barat, M.B. Hooker dalam tulisannya turut menyebut ia bertujuan memudahkan British mengawal selia urusan kekeluargaan masyarakat Islam di samping cuba mengekalkan polisi tidak mencampuri hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sekadar tidak menghina amalan sedia ada.

Bermula pada awal tahun 1950-an, tindakan pertama dijalankan dengan tergubalnya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, Selangor 1952 yang mengandungi urusan penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor yang membantu Sultan dalam mentadbir perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Hak dan kuasa Majlis, peraturan mesyuaratnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, pelantikan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa.

Penubuhan Mahkamah Kadi dan Kadi Besar, perlantikan Kadi Besar serta bidangkuasa Mahkamah dalam mendengar dan memutuskan kes-kes yang berlaku di antara orang Islam dinyatakan dalam seksyen 43 hingga seksyen 57. Manakala antara seksyen 58 hingga seksyen 93 pula diperuntukkan peraturan perbicaraan jenayah dan perbicaraan Mal yang perlu diikuti di mahkamah.

Enakmen Pentadbiran 1952 ini juga memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan urusan wakaf dan pengurusannya, nazar, zakat, fitrah, pungutan khairat, hal-ehwal wang amanah, pengurusan masjid dan pelantikan pegawai-pegawainya yang dinyatakan dalam seksyen 94 hingga seksyen 118.

Aspek-aspek kekeluargaan diperuntukkan tetapi tidak terperinci. Perkara yang dinyatakan meliputi urusan pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan, harta sepencarian, penjagaan anak-anak, nafkah anak-anak dan isteri, anak sah taraf dan sebagainya. Ia diperuntukkan dalam 25 seksyen sahaja iaitu seksyen 119 hingga seksyen 144.

Kandungan Enakmen Pentadbiran 1952 ini sebenarnya lebih kepada menggabungkan berbagai-bagai undang-undang pentadbiran agama Islam. Dengan pewartaan Enakmen Pentadbiran 1952 ini maka ia telah menggantikan pemakaian kod Muhammadan Enactment yang dikuatkuasakan.

Penggubalan Undang-undang Pentadbiran ini telah dilaksanakan di negeri-negeri lain iaitu negeri Kelantan pada tahun 1953, Trengganu pada tahun 1955, Pahang pada tahun 1956, Pulau Pinang dan Melaka pada tahun 1959, Negeri Sembilan pada tahun 1960, Kedah pada tahun 1962, Perlis pada tahun 1963 dan akhirnya negeri Perak pada tahun 1965.

Jika dikaji, peruntukan mengenai urusan perkahwinan di dalam Enakmen Pentadbiran 1952 sebenarnya hampir sama dengan peruntukan yang ada di dalam Muhammadan Enactment. Penggunaan ayatnya sama kecuali perubahan kepada perkataan Pendaftar dan Kadi sahaja. Contohnya peruntukan fasakh dalam Seksyen 6 (i) Muhammadan Enactment memperuntukkan:

Any Registrar may receive from a married woman who has been resident for at least 4 months in the locality within which he is appointed an application for the divorce known in Muhammadan law as fasakh or for divorce known as cerai ta’alik.

Enakmen Pentadbiran 1952 juga memperuntukkan yang sama dalam Seksyen 128(1) iaitu:
Any Kathi having jurisdiction in this behalf may receive from a married woman an application for the divorce known in Muslim law as fasakh or for the divorce known as cerai ta’alik.

Kedua-dua peruntukan undang-undang ini tidak menjelaskan apa maksud fasakh dan alasan-alasan yang diterima oleh mahkamah untuk isteri menuntut fasakh. Menurut E. N. Taylor, oleh sebab kebanyakan penduduk Tanah Melayu adalah berpegang kepada mazhab Syafi‘i, maka dengan sendirinya prinsip dalam mazhab Syafi‘i bagi masalah ini akan terpakai. Ini bermakna berdasarkan kepada pendapat atau andaian Taylor, alasan-alasan yang dibincangkan dan dipersetujui oleh mazhab Syafi‘i sahajalah yang akan diterima oleh pihak mahkamah sebagai alasan menuntut fasakh.

Seksyen 6 (ii) Muhammadan Enactment pula menghuraikan mengenai tatacara yang perlu diikuti oleh Mahkamah selepas pengaduan isteri diterima. Ia memperuntukkan:
(ii) Upon receiving such application the Registrar shall immediately cause notice thereof to be served upon the husband of the woman.
(iii) If it is made to appear to the Registrar by sworn statement that the husband is not within the state and that in the circumstances of the case it is impossible to serve the notice on him the Registrar may order the notice to be served upon the husband’s nearest relative or if no relative is known to be in the state may dispense with the notice.

Seksyen 6 (iv) dan (v) Muhammadan Enactment pula menyebut tentang tatacara yang perlu dijalankan pada hari sebutan kes. Ia memperuntukkan:
(iv) If at the hearing of the application, the husband of the woman does not appear, the service of the notice shall unless the Registrar has dispensed with the notice under this section be proved by sworn statement.

Peruntukan yang sama disediakan di dalam Enakmen Pentadbiran 1952. Selepas permohonan didengar dan isteri mengangkat sumpah di hadapan saksi, maka pendaftar akan merekodkan perkara ini dan akan meluluskan permohonan fasakh atau taklik yang dituntut jika beliau yakin ia menepati undang-undang Islam.

Hampir keseluruhan peruntukan adalah bersifat umum dan longgar. Oleh kerana kekurangan yang ada di dalam kod undang-undang sebelumnya tidak diperbaharui dengan baik oleh Enakmen Pentadbiran 1952, maka tindakan dan usaha lain ke arah melahirkan peruntukan undang-undang yang lebih baik sangat diperlukan. Menurut Profesor Ahmad Ibrahim, permasalahan dan kedudukan pentadbiran Undang-undang Syariah yang kurang memuaskan itu disedari oleh kerajaan dan orang-orang Islam di Malaysia. Akhirnya diwujudkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Syed Nasir Ismail dan dianggotai oleh pakar-pakar Undang-undang Syariah ditubuhkan untuk menimbang kedudukan Undang-undang Syariah, kuasa dan status Mahkamah Syariah dan hakim-hakim Mahkamah Syariah di negara ini.

Perkembangan seterusnya membawa kepada penggubalan dan pewartaan Enakmen Undang-undang sekitar tahun 1980-an dan yang terakhir adalah kod undang-undang sekitar 2003 seperti dilaksanakan di Selangor, Kelantan dan beberapa negeri yang lain. Usaha-usaha lebih agresif dan tersusun masih perlu digiatkan lagi dan kita semua perlu menyokong untuk memartabatkan lagi perundangan Syariah di tanah air tercinta ini.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Isteri Bayar Hutang Isteri

Hak Muslim: Wanita tanggung beban bayar pinjaman bekas suami
Penghutang mampu tetapi enggan bayar dianggap zalim, boleh menimbulkan kemudaratan

Soalan

SEMASA perceraian dengan bekas suami, ada perintah persetujuan bahawa beliau akan membayar sejumlah wang dipinjam dari bank menggunakan nama saya untuk kegunaan perniagaan beliau sebelum ini. Masalahnya, beliau gagal membayar dalam tempoh diperintahkan, menyebabkan saya mengalami kesulitan membuat bayaran bank hingga menanggung bunga pinjaman. Saya yakin beliau mampu membayar hutang kerana perniagaannya semakin maju dan gaya hidupnya mewah. Saya ingin menuntut hutang dan ganti rugi akibat kelewatannya membayar tetapi diberitahu tiada peruntukan dalam enakmen mengenai ganti rugi. Bolehkah saya menuntut ganti rugi di atas kerugian dan kesusahan saya alami berserta hutang yang terpaksa dibayar kerana kegagalan beliau membayarnya. Saya juga terpaksa berhutang untuk menjelaskan hutang yang wangnya digunakan sepenuhnya oleh bekas suami. Ia juga menjejaskan saya untuk membuat pinjaman bank lain bagi memulakan perniagaan sendiri.

Penghutang bekas suami,
Alor Star, Kedah


Jawapan

Semoga Allah SWT memberikan puan kesabaran tinggi menghadapi dugaan ini. Tuntutan ganti rugi kerana kelewatan bayaran hutang sehingga memudaratkan penghutang, ulama tidak bersepakat mengenainya namun ada mengharuskannya.

Berdasarkan tulisan Dr Abdul Halim El- Muhammady dalam Hak Penghutang Menurut Undang-undang Islam (Jurnal Hukum, Jil XVIII Bhg II, Dis 2004) yang merujuk Mustafa Zarqa dalam Ibhath al-Iqtisad al- Islami mengatakan: "Prinsip membayar ganti rugi kepada pemiutang disebabkan kemudaratan yang dialaminya dengan sebab kelewatan penghutang membayar hutangnya adalah prinsip dapat diterima dan tidak didapati nas syarak.

Dari sudut usul dan tujuan syariah mengharuskannya dan syarat penghutang dikenakan ganti rugi adalah disebabkan kelewatan pembayaran bukannya keuzuran yang diharuskan oleh syarak." Dr Abdul Halim menyatakan ulama mengharuskan pembayaran ganti rugi antaranya Syeikh Abdul Hamid al-Sa'ih, Sheikh Mustafa Zarqa' dan Dr al Sadiq al dharir.

Alasan mereka ialah:
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Penghutang yang berada enggan membayar hutang adalah satu kezaliman." Sabda Baginda SAW lagi bermaksud: "Penghutang yang enggan membayar hutang, kehormatannya harus dijejaskan dan dikenakan hukuman terhadapnya."

Maksud penghutang yang berada ialah penghutang ada kemampuan untuk membayar hutangnya tetapi jika enggan, kehormatannya harus dijejaskan dengan menyifatkannya sebagai seorang yang zalim dan dia berhak dihukum iaitu hukuman membayar ganti rugi kepada pemiutang.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak mudarat dan tidak memudaratkan." Kaedah fiqh menyatakan, "Kemudaratan hendaklah dihindarkan." Keengganan dan kelewatan penghutang membayar hutang pada waktu ditetapkan membawa kemudaratan kepada pemiutang kerana tidak dapat menggunakan hartanya kerana kelewatan pembayaran.

Dalam kes ini, puan tidak dapat menggunakan wang ke arah lain kerana bekas suami lewat atau enggan membayar hutang, ia adalah kemudaratan kepada puan. Maka kemudaratan tidak dapat menggunakan wang kerana terpaksa membayar hutang suami perlu dihapuskan.

Tujuan umum syariah adalah berdasarkan bahawa tidak sama antara orang amanah dengan khianat, patuh dengan ingkar, adil dengan jahat dan antara yang memenuhi hak kepada orang berhak dalam tempoh ditetapkan dengan orang tidak memenuhinya.

Pada asalnya syarat yang dipersetujui adalah sah dan mengikat, merujuk hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang Islam terikat dengan syarat mereka persetujui kecuali syarat menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Maka, persetujuan bekas suami yang dijadikan perintah adalah sah dan mengikat beliau untuk membayar dalam tempoh ditetapkan.

Berdasarkan alasan itu, puan dinasihatkan mendapatkan khidmat peguam yang boleh mewakili untuk menuntut dan berhujah berkaitan isu undang-undang serta peruntukan bertulis semasa di mahkamah kelak. Rujuklah kepada mereka yang ahli dalam bidangnya daripada mendengar dan menerima pendapat masyarakat awam. Yakinlah bahawa Islam menetapkan keadilannya dalam mengharuskan pembayaran ganti rugi dengan meletakkan hak kepada yang berhak.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com. Layari http:// peguamsyarie.blogspot.com

Saturday, July 19, 2008

Hak Muslim

Disiarkan dalam Berita Harian 17 Julai 08

Wanita tiada sijil nikah selepas dua bulan kahwin

Soalan

SAYA berkahwin pada Mei lalu. Ketika nikah, saya diwalikan seorang ustaz berasal dari negara seberang. Ustaz itu mendakwa dia adalah wali hakim di negara itu. Pernikahan juga disaksikan dua saksi tidak saya kenali. Saya diperkenalkan kepada ustaz itu oleh seorang kenalan suami. Ketika itu, ayah saya masih hidup, tetapi saya tidak tahu di mana dia berada, kerana selepas bercerai dengan ibu, ayah terus menghilangkan diri. Ustaz itu meminta bayaran RM400, sebagai kos nikah dan bayaran kepada saksi. Masalahnya, sehingga hari ini saya tidak memiliki sijil nikah. Apabila merujuk kepada kenalan suami, dia meminta tambahan RM300 untuk mendapatkan sijil nikah tetapi hingga hari ini, saya tidak diberikan sijil nikah. Saya juga sudah terputus hubungan dengan ustaz berkenaan. Adakah pernikahan yang berlaku sah atau tidak menurut hukum syarak?
PUAN NUR,
Seri Kembangan.

Jawapan:

SEKSYEN 11 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, memperuntukkan: "Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut hukum syarak, untuk menjadikannya sah."

Untuk menentukan sama ada nikah itu sah atau tidak menurut hukum syarak perlu disiasat rukun dan syarat nikah yang menjadikan sesuatu sesuatu perkahwinan itu sah. Rukun nikah ialah sighah, isteri, suami, wali dan dua orang saksi. Dalam kes puan, wali (bapa) tidak hadir sewaktu majlis akad nikah dijalankan.

Juga tidak ada bukti menunjukkan wali mewakilkan wali akad nikah kepada imam jurunikah. Sedangkan puan menyatakan bahawa wali puan ghaib, tidak diketahui di mana berada. Dalam kes di mana wali ghaib, kebenaran Mahkamah Syariah perlu diperoleh. bagi membenarkan puan bernikah secara wali hakim.

Ustaz yang menikahkan puan mendakwa dia adalah wali hakim berasal dari negara seberang. Persoalannya, adakah wali hakim yang diiktiraf kerajaan negara lain juga diiktiraf sebagai wali hakim di Malaysia. Puan perlu merujuk kepada Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) Daerah, sama ada nama ustaz itu dalam senarai wali hakim yang diberi tauliah. untuk menikahkan perempuan yang tidak mempunyai wali.

Keadaan ini menimbulkan keraguan atau syubhah dalam majlis pernikahan puan. Jika seseorang perempuan tidak mempunyai wali, maka wali yang dilantik oleh pemerintah (wali Sultan) adalah walinya. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sultan menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali."

Begitu juga jika wali dekat (wali akrab) tidak ada dalam jarak dua marhalah, maka hak perwalian akan berpindah kepada wali Sultan.

Pernikahan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, hendaklah dijalankan oleh wali hakim yang diiktiraf, di mana perempuan itu hendaklah terlebih dulu memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berwalikan hakim.

Seksyen 18 (1) (c) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: Seksyen 18 (1) dalam mana-mana kes berikut, iaitu (c) jika perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut hukum syarak, maka Pendaftar hendaklah sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin."

Keraguan paling jelas ialah apabila puan menyatakan bahawa imam jurunikah memperkenalkan diri sebagai imam jurunikah dari negara jiran. Dalil wajib dua saksi dalam akad nikah ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada perkahwinan tanpa wali dan dua orang saksi yang adil. Perkahwinan selain daripada itu adalah batal."

Syarat dua orang saksi seperti mana firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman." – (Surah an-Nisa', ayat 141) Pada pandangan saya, syarat perwalian tidak sempurna menurut hukum syarak, di mana nikah dijalankan wali diragui kewujudannya dan kuasa diberikan oleh kerajaan.

Saya menasihatkan puan panjangkan perkara ini kepada Mahkamah Syariah untuk tujuan pengesahan nikah.

Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang

President gives expert opinion on Syariah legal provision

Experts question Anwar's wrongful accusation charge
Friday, 11 July 2008 12:07pm
©New Straits Times (Used by permission)
by Sheridan Mahavera

KUALA LUMPUR: The charge of wrongful accusation filed by Datuk Seri Anwar Ibrahim against his aide at the Federal Territories Islamic Affairs Department (Jawi) has been questioned by syariah experts.

The de facto Pakatan Rakyat leader's claim that Mohd Saiful Bukhari Azlan had committed qazaf by falsely accusing him of sodomy could contradict provisions in the Federal Territories Syariah Penal Code 1997.

Anwar's complaint, said syariah lawyer Zainul Rijal Abu Bakar, could be interpreted as contradicting two elements in section 41 of the code which deals with qazaf.

Zainul Rijal, who is Syariah Lawyers Association president, said section 41 states that a person has committed qazaf when he accuses someone else of committing zina.

Under section 2 of the code, zina is defined as sex between a man and a woman who are not bonded by wedlock, Zainul Rijal said.

"The code does not state that zina is equivalent to liwat, which is sex between a man and another man," he said.

An individual would be committing qazaf only when he claims that "someone else" had committed zina.

"This means that Mohd Saiful would have had to accuse Anwar and someone else, not Anwar and himself, of zina," Zainul Rijal said.

Mohd Saiful lodged a police report on June 28 alleging Anwar had sodomised him in an apartment in Bukit Daman- sara. The case is being investigated by police.
Anwar has denied the allegation and on Wednesday lodged a complaint against Mohd Saiful at Jawi claiming that his former assistant had committed qazaf.

Anwar claimed that Mohd Saiful had not brought four witnesses to support his accusation and so had committed qazaf.

-------------

Menjaga Keharmonian Ummah

Peguam Syarie Menulis disiarkan dalam Berita Harian pada 16 Julai 08
_________________

KESATUAN UMMAH
Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar

Bagi golongan yang prihatin, kita pasti sedar bahawa akhir-akhir ini negara berdepan dengan pelbagai situasi begitu asing dan tidak pernah berlaku sebelum Pilihanraya Umum ke 12. Walaupun PRU 12 telah menzahirkan pilihan rakyat namun kesannya masih dirasai oleh rakyat Malaysia. Ahli-ahli politik sama ada yang menang atau yang kalah sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat kemenangan atau kekalahan mereka. Lantaran meletakkan politik kepartian mengatasi kepentingan rakyat.

Seharian masih sering diperkatakan tentang kesan PRU 12 ini serta natijah daripada keputusan tersebut. Malah terdapat segelincir pihak yang seolah tidak dapat menerima keputusan itu dan mencari pelbagai jalan atau helah bagi menjayakan cita-cita politik mereka.

PRU 12 sebenarnya memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya orang Islam. Kestabilan politik seperti dahulu tidak lagi jelas malah ahli-ahli politik diuji dengan pelbagai ujian bagi menegakkan prinsip masing-masing.
Apa yang menyedihkan ialah risikonya terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila ahli-ahli politik saling tuduh menuduh, salah menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain samada di dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen. Rakyat sekarang ini adalah lebih bijak dan berinformasi berbanding dengan 30 tahun yang lalu di dalam menilai keberkesanan dan khidmat yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat.

Orang Islam yang merupakan tunjang masyarakat Malaysia amat khuatir dengan apa yang berlaku dewasa ini. Apatah lagi sekiranya ia memberi kesan terhadap kedudukan agama Islam dan budaya Melayu. Ini adalah kerana kita dapat melihat sebahagian ahli-ahli politik Melayu Islam meletakkan politik kepartian melampaui kepentingan agama dan bangsa.
Seharusnya ahli-ahli politik Islam meletakkan Islam di tempat yang teratas di dalam menggarap tindakan ataupun keputusan mereka. Dengan cara ini kepentingan agama dan bangsa akan terjaga.

Yang lebih menghairankan, kadang-kadang kita lebih mempercayai orang lain berbanding dengan saudara seagama kita. Kita lebih meredai perbuatan orang lain dan apabila perkara itu dilakukan oleh saudara seagama yang nampak hanyalah kesilapan sahaja. Perkara ini amatlah menyedihkan.

Seringkali kita membaca di dalam akhbar-akhbar, media elektronik dan sebagainya, ahli politik Islam ini bercakaran antara satu sama lain dan alpa terhadap amanah sebenar yang diberikan iaitu untuk mempertahankan kepentingan Islam sebagai jatidiri negara. Ia dilakukan semata-mata bagi menjaga parti politik tanpa mengambilkira kepentingan agama.

Kita menyeru kepada semua ahli politik tanpa mengira parti politik yang diwakili agar berbalik kepada perjuangan yang sebenar. Apalah guna kita menjadi popular tetapi menggadaikan agama dan bangsa kita. Penulis mengajak ahli-ahli parti siasah Islam agar bersatu dalam membela kepentingan Islam kerana ini adalah perkara dasar. Namun sebagai seorang yang tidak terlibat secara langsung dalam politik, idea ini dilontarkan supaya dikupas dengan terperinci dan semoga idea ini dapat difikirkan dengan minda terbuka dan meletakkan Islam sebagai asas keputusan.

Sudah tentu tidak dalam semua keadaan kesatuan fikiran boleh dimanifestasikan seperti dalam hal ehwal lain yang lebih bersifat furu’ atau cabangan. Adalah normal untuk ahli politik tidak bersependapat di dalam perkara tersebut, tetapi sepatutnya ia tidak berlaku dalam mempertahankan kedudukan Islam. Namun penulis akur bahawa bersatu dalam konteks politik Malaysia ketika ini mungkinlah tidak bersifat bersatu dalam ertikata mengujudkan sebuah parti siasah Islam sahaja kerana ia amatlah sukar atau hampir mustahil untuk direalisasikan ketika ini. Kaedah ini mungkin sangat ideal tetapi terlalu sukar untuk dicapai.

Namun begitu, adalah tidak mustahil beberapa alternatif lain boleh dicari dalam melaksanakan bentuk kerjasama antara parti siasah Islam.Antaranya kerajaan campuran boleh dibentuk diantara parti-parti politik Melayu/Islam. Alternatif ini sebenarnya juga amat sukar untuk dicapai sekiranya semua pihak menoleh ke belakang.
Ini adalah kerana sejarah telah tercatat betapa renggangnya parti-parti politik tersebut suatu ketika dulu. Walau bagaimanapun sekiranya mereka melihat ke hadapan, mungkin terdapat sedikit harapan untuk membicarakan ke arah ini. Kerajaan sementara berteraskan Islam ini sudah tentu dapat memartabatkan Islam dan meletakkannya di tetap yang sepatutnya.
Jikapun kerajaan campuran tidak dapat dibentuk, mungkin juga persefahaman dapat dicapai di mana walaupun tidak menyertai kerajaan, pihak yang tidak membentuk kerajaan ini boleh bersifat anjal. Mereka boleh menyokong rang undang-undang dan dasar kerajaan jika ianya bersesuaian dengan Islam dan dalam keadaan yang lain menentang sesuatu rang undang-undang dan dasar kerajaan sekiranya ia tidak adil dan bertentangan dengan Islam. Dengan cara ini kepentingan rakyat dan islam akan sentiasa terjamin. Banyak negara lain telahpun mengadakan kerajaan sebegini dan ianya bukan lagi asing.

Setelah limapuluh tahun merdeka, mungkin lakaran politik Malaysia terpaksa dilakar semula dengan corak yang berbeza. Namun dalam menentukan corak mana yang akan dilakarkan itu, jatidiri negara iaitu Islam sebagai agama Persekutuan hendaklah sentiasa disematkan di dalam diri kita. Identiti negara ini perlu dipertahan dan diperjelas disamping menolak sebarang usaha menggugat atau mempersoal jatidiri ini.

Tiga kaedah yang disebut di atas mungkin boleh difikirkan oleh kepimpinan parti siasah Islam demi menjaga kedudukan Islam di Malaysia. Namun begitu ia tidaklah bermakna orang Islam akan memencilkan orang bukan Islam di Malaysia. Sumbangan orang bukan Islam di Malaysia memang tidak boleh dinafikan dan agama Islam sebenarnya mengiktiraf kedudukan ini. Dalam hal yang demikian sekiranya Islam dapat ditegakkan maka sudah tentu orang bukan Islam akan lebih terjamin dari sudut peribadatan mereka, keperluan dan juga kebajikan.
Sesiapa yang membaca nukilan-nukilan berhubung dengan negara Islam sudah tentu memahami betapa Islam menjaga golongan minoriti bukan Islam dalam negara Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu khuatir apabila Islam dilaksanakan.

Sudah sampai masanya cerdik pandai politikus Melayu/Islam mencari jalan memelihara kepentingan Islam ini agar tidak diperlekeh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak termasuk orang Islam sendiri. Percakaran di antara sesama orang Islam ini amatlah memalukan. Ia berlaku kerana kurangnya kesedaran di kalangan sebahagian ahli politik untuk berbalik kepada Islam sebagai jalan penyelesaian. Parti-parti yang mengakui memperjuangkan Islam hendaklah menterjemahkan motto atau objektif mereka ini kepada reality dan tidak hanya menjadi bahan kosmetik untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja.

Demi Islam, lupakanlah masalah silam dan perbaharui tekad dan usaha untuk memartabatkan Islam dalam segala ruang yang ada. Janji Allah pasti benar. Allah telah berjanji sesiapa yang menolong agamaNya sudah pasti Allah akan menolong mereka pula. Oleh demikian sekiranya kita meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, sudah pasti terdapat ruang yang luas untuk bergerak demi Islam.

Penulis tidak berhasrat menceburi bidang politik, sekadar memberi pendapat dan melontarkan idea supaya perkara ini dapat difikirkan bersama. Sebagai salah seorang pemimpin NGO Islam arus perdana penulis merasa terpanggil meluahkan pandangan ini kerana keanjalan politik ketika ini cukup membimbangkan orang Islam. Ahli politik Melayu/Islam adalah pejuang kepada keagungan Islam di Malaysia, tanpa mereka sudah tentu Islam akan tidak terbela. Memang banyak jasa mereka dan sewajarnya peranan ini terus dimainkan mereka dengan lebih berkesan lagi.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Thursday, July 10, 2008

Isteri Nak Bercerai

Hak Muslim disiarkan dalam Berita Harian 10 Julai 08

Isteri boleh tuntut taklik ikut kesesuaian kes

Soalan
Pasangan bermasalah perlu cari penyelesaian elak berlaku kesan buruk perceraianSAYA ingin bercerai dengan suami kerana tidak bersefahaman lagi. Suami tidak pernah menghargai saya sebagai isterinya. Saya sudah beberapa kali meminta suami menceraikan saya tetapi beliau hanya mendiamkan diri . Suami juga tidak memberi nafkah hampir setahun. Apabila saya meminta wang, suami memberitahu saya mempunyai gaji sendiri dan tidak perlu memberi nafkah. Oleh kerana saya yang mahu bercerai, suami berkata tidak perlu memberikan nafkah. Saya tidak kisah mengenai nafkah, apa yang saya mahu ialah bercerai tetapi beliau tidak bersetuju. Hasil perkahwinan, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia tujuh, empat dan satu tahun. Bagaimanakah saya boleh bercerai dengan suami.

Isteri mahu cerai,
Petaling Jaya.

Jawapan

Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan perceraian melalui talak. Mengikut Seksyen 47, jika pihak satu lagi tidak bersetuju untuk bercerai maka mahkamah akan mengarahkan untuk dilantik jawatankuasa pendamai terdiri daripada wakil setiap pasangan dan dipengerusikan oleh pegawai agama. Tugas jawatankuasa adalah untuk mendamaikan pasangan dan jika masih gagal maka penimbangtara atau hakam pula akan dilantik.

Hakam mempunyai kuasa untuk menceraikan pasangan. Kaedah hakam terdapat dalam Arahan Amalan berhubung hakam yang diikuti di mahkamah syariah. Puan juga boleh menuntut taklik terhadap suami jika beliau sudah melanggar taklik dilafazkan oleh suami selepas akad nikah. Puan perlu meneliti semula sijil nikah puan dan melihat taklik yang dilafazkan itu. Jika ada perlanggaran taklik, maka puan boleh memohon pensabitan lafaz taklik itu.

Selain taklik, puan boleh memohon cerai fasakh daripada mahkamah syariah berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Ada 17 alasan boleh digunakan bagi memfasakhkan perkahwinan. Terpulang kepada puan untuk meneliti alasan berkenaan sama ada sesuai dengan apa yang puan alami atau tidak.

Jika tiada kecacatan atau keaiban pada pihak suami, tetapi isteri masih mahukan perceraian atas alasan tertentu, isteri boleh memohon tebus talak di mahkamah syariah. Dalam keadaan ini isteri perlu membayar sejumlah wang yang dipersetujui kedua-dua belah pihak atau ditentukan mahkamah bagi menebus talak daripada suami. Namun ada beberapa implikasi terhadap isteri jika memohon tebus talak seperti akan dinafikan hak mutaah atau mendapat sagu hati perkahwinan akibat diceraikan tanpa sebab munasabah.

Berdasarkan penjelasan, ada beberapa cara bagi membubarkan perkahwinan. Puan boleh memilih mana-mana cara di atas mengikut kesesuaian kes puan. Walau bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihati puan supaya memikirkan semasak-masaknya mengenai perceraian ini kerana perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah.

Adalah amat baik jika puan dapat melakukan solat istikharah bagi memilih jalan terbaik buat puan sebelum membuat sebarang keputusan. Puan juga dinasihatkan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak ketiga yang boleh dipercayai bagi membaiki perkahwinan puan dan suami. Mungkin puan dan suami boleh berjumpa dengan perunding atau kaunselor bagi membincangkan masalah ini.

Dalam banyak keadaan, keretakan rumah tangga adalah akibat tiada atau kurangnya komunikasi yang berkesan antara pasangan. Pasangan tidak faham keperluan masing-masing dan tidak berbincang secara terbuka serta berhemah mungkin akibat tekanan kerja, komitmen di tempat lain dan juga sebab tidak dapat dielakkan. Selalunya jika berlaku perceraian, kedua-dua pihak sudah melakukan kesilapan, cuma yang membezakannya ialah ratio kesilapan itu saja.

Kesilapan sering dilakukan ialah kurangnya komunikasi dan membiarkan sesuatu perkara begitu lama, tidak mencegahnya di peringkat awal. Sekali lagi saya menyarankan puan supaya berfikir semula mengenai keputusan itu dan cubalah berbincang dengan suami untuk memulakan episod baru perkahwinan puan.

Fikirkanlah juga nasib anak selepas puan dan suami bercerai kelak. Sudah tentu anak akan kehilangan salah seorang daripada ibu atau bapa. Mereka juga terpaksa mengubah cara hidup setelah perpisahan itu dan ini sedikit sebanyak akan mendatangkan keresahan kepada mereka. Anak sudah tentu akan merindui ibu atau bapa mereka setelah berpisah nanti. Sebaiknya puan dan suami bersembahyang istikharah bagi memohon petunjuk daripada Allah apakah jalan terbaik yang harus dipilih bagi menempuh hari mendatang.

INFO
Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor

Jika pihak satu lagi tidak bersetuju untuk bercerai, mahkamah akan mengarahkan untuk dilantik jawatankuasa pendamai terdiri daripada wakil setiap pasangan dan dipengerusikan pegawai agama.

Tugas jawatankuasa mendamaikan pasangan dan jika masih gagal, penimbangtara atau hakam akan dilantik. Hakam berkuasa menceraikan pasangan. Kaedah hakam terdapat dalam Arahan Amalan berhubung hakam diikuti di Mahkamah Syariah.

Jawapan ini disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar

Sejarah Tanah Melayu

Artikel Peguam Syarie Menulis disiarkan dalam Berita Harian pada 9 Julai 2008

Kedudukan Undang-undang Islam di Tanah Melayu
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Masyarakat kita semakin celik dengan isu perundangan di negara ini. Salah satu isu penting yang kita wajar ketahui adalah kedudukan undang-undang Islam dalam negara kita. Beberapa persoalan yang perlu dibincangkan adalah bagaimanakah Undang-undang Islam mula dilaksanakan di Malaysia? Bagaimana pula Undang-undang Inggeris bertapak di negara kita dan apakah Mahkamah Syariah yang ada sekarang ini merupakan Mahkamah yang baru ditubuhkan?

Usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat perlu digiatkan supaya masyarakat lebih jelas tentang sejarah dan perkembangannya. Walaupun mengetahui sejarah ini mungkin dianggap sesetengah orang sebagai kurang penting kerana ia hanyalah sejarah silam negara ini, tetapi hakikatnya, sejarah sangat penting dalam hidup kita. Dengan mengetahui sejarah, kita akan tahu bagaimana sesuatu perkara itu bermula. Dengan mengetahui sejarah juga, barulah kita akan menghargai susah payah pejuang terdahulu berhempas-pulas untuk kesejahteraan hari ini. Sudah pasti membawa kita menghargai nikmat dirasai pada hari ini.

Sebelum kedatangan penjajah, negara ini yang dipanggil Tanah Melayu telah melaksanakan Undang-undang Islam dalam urusan kehidupan seharian. Mereka mengadili kes di hadapan Sultan, pemerintah kawasan dan sebagainya berdasarkan undang-undang Islam dalam semua urusan termasuklah hal-ehwal kekeluargaan, muamalat dan juga jenayah. Catatan bertulis berkenaan hukum dan peraturan Islam dalam beberapa tulisan seperti Undang-undang 99 Perak, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain menjadi bukti bahawa wujudnya peruntukan undang-undang Islam yang dijalankan di Tanah Melayu.

Apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu, mereka telah mengetahui dan menyedari bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang yang diterima pakai dan dilaksanakan di sini. Jika kita merujuk kepada kes-kes yang berlaku dan diputuskan di Mahkamah, Hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu tidak menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan. Contohnya dalam satu kes iaitu kes Rahmah v. Laton yang diputuskan pada tahun 1927. Kes ini melibatkan pertikaian antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas suami meninggal. Dalam penghakimannya, mahkamah telah memutuskan bahawa Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.

Selepas Inggeris masuk ke Tanah Melayu, pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu telah memeterai beberapa perjanjian atau dipanggil triti. Dalam triti tersebut, diletakkan syarat bahawa Residen Inggeris dibenarkan datang dan memberi bantuan kepakaran dalam mentadbir urusan negara kepada pihak Sultan. Namun begitu residen tidak akan mencampuri urusan pentadbiran agama serta perlaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu.

Pada ketika itu urusan undang-undang mula dibahagikan kepada zon-zon yang terpisah. Undang-undang muamalat atau transaksi dianggap urusan keduniaan yang tidak berkait dengan Islam. Begitu juga urusan undang-undang jenayah dan sebagainya. Akhirnya yang dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah orang Islam dan juga urusan perkahwinan yang dipanggil ‘personal law’ serta beberapa kesalahan yang melibatkan hukum agama yang khusus seperti tidak berpuasa dan sebagainya.

Dalam tulisan seorang pengkaji Barat iatu MB Hooker, beliau menulis selepas menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786, Inggeris telah berusaha bersungguh-sungguh membawa undang-undang mereka ke sini. Mereka menubuhkan mahkamah dan melantik hakim-hakim yang mahir dengan Undang-undang Inggeris untuk bertugas dan mengadili kes-kes di Tanah Melayu. Perkara yang sama berlaku di Singapura dan di negeri Melaka (yang dipanggil ketika itu sebagai Negeri-negeri Selat).

Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam yang dipanggil Charters of Justice (Piagam Keadilan Pertama) pada tahun 1807, (Piagam Keadilan Kedua) pada tahun 1826 dan (Piagam Keadilan Ketiga) pada tahun 1885. Semua ini bertujuan untuk mengangkat taraf Undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan Undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undang tempatan.

Campur tangan secara langsung terhadap urusan kekeluargaan orang Islam di Tanah Melayu juga telah berlaku pada tahun 1880. Inggeris telah memperkenalkan satu Ordinan yang dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880). Ordinan ini digubal dengan tujuan untuk menetapkan sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf oleh mahkamah.

Dengan terlaksananya Ordinan ini juga, maka cita-cita dan usaha British untuk memisahkan di antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang telah dirancang semenjak kedatangannya ke Tanah Melayu telah mula terzahir dengan begitu jelas. Apa yang berlaku menunjukkan Inggeris telah campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan juga adat-istiadat Melayu.

Dalam Ordinan ini, perkara mengenai pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang Islam, pengiktirafan kepada kedudukan Kadi dan peraturan terhadap harta perempuan yang berkahwin telah diperuntukkan. Ordinan tersebut telah mengalami beberapa pindaan pada tahun 1894, 1902, 1908, 1909 dan juga pada tahun 1917. Dalam pindaan tersebut, British telah membuat peruntukan yang menyentuh secara terbuka tentang Undang-undang Keluarga Islam. Ordinan ini dan pindaannya telah digubal kembali dan disebut Ordinan No. 26 tahun 1920 dan seterusnya dipinda lagi pada tahun 1923 dan 1934 sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam Chapter 57 of the Revised Laws of the Straits Settlement, 1936.

Begitu juga bagi Negeri-negeri Tidak Bersekutu pula iaitu negeri Kedah, Johor dan Kelantan, diperkenalkan kod undang-undang yang dipanggil Kedah, Mohammedan Marriages (Separation) Enactment 1913, 1932, atau dikenali sebagai Undang-undang Syiqaq 1332H (1913M) dan juga Syariah Court Enactment No. 109/1934.. Manakala bagi penduduk Kelantan pula dikuatkuasakan satu kod undang-undang yang dipanggil Notis Fasal Orang Islam Berkehendakkan Berbini Dua, Tiga dan Empat 1914 yang kemudiannya ditambah dengan kod The Notice On Matters Relating to Marriage, Divorce, Recohabition and Ta’lik 1915. Kod lain turut diperkenalkan pada tahun 1919 iaitu Muhammadan Division of Property between Husband and Wife of 1919.

Dengan tergubal dan terlaksananya undang-undang tersebut, kita melihat bagaimana sistem perundangan di negara kita berkembang. Melihat kepada kedudukan perundangan Syariah pula, pejuang-pejuang Syariah telah mula mengorak langkah untuk memartabatkan perundangan Islam dan usaha itu masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Justeru, kita semua wajar menyokong usaha murni ini agar perundangan Syariah di Malaysia akan lebih mantap hari demi hari.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Saturday, July 5, 2008

Pengumuman

Makluman Peguam Pembela Islam:
PENTING DAN MOHON DISEBARKAN

Tarikh-tarikh penting untuk perhatian:

7 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes Tanah Perkuburan Kota Kemuning – Mahkamah Rayuan Putrajaya

Ini adalah permohonan Semakan Kehakiman oleh 187 orang bukan Islam terhadap penggunaan sebidang tanah yang masih belum digazetkan untuk tanah perkuburan Islam. Empat Jenazah Islam telahpun disemadikan di sana . Dan sekiranya permohonan semakan kehakiman tersebut dibenarkan empat jenazah Islam itu terpaksa digali semula. Sekarang perintah injunksi telah dikeluarkan bagi menghalang jenazah Islam lain dikebumikan di sana . Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memohon untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil. MAIS merayu terhadap keputusan tersebut.

9 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes penggunaan kalimah `Allah' - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – permohonan untuk semakan kehakiman (Judicial Review)

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catolic Church of Kuala Lumpur untuk mengkaji semula keputusan kerajaan menghalang gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly. Mereka juga memohon deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan ALLAH bagi tujuan agama mereka.

5 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah' Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – Writ Saman

Pihak Titular Roman Chatolic Church of Kuala Lumpur telah memfailkan Writ Saman untuk deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam.

7 & 8 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah `Allah' (Sidang Injil Borneo ) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Sidang Injil Borneo kerana merampas bahan-bahan cetakan berbahasa Indonesia yang merujuk beberapa perkataan digunakan untuk merujuk kepada agama Kristian. Mereka juga memohon menggunakan perkataan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT bagi kegunaan pendidikan agama Kristian. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk disebarkan di Malaysia.

Seruan:

Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh tersebut di atas bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
Sebarang pertanyaan/ pengesahan kehadiran boleh berhubung dengan Hj. Zainul Rijal Abu Bakar (0192351555) atau Azril Mohd Amin (0123037110).

Sekian,
Peguam Pembela Islam [PPI]
Pertubuhan-pertubuh an Pembela Islam [PEMBELA]

Suami Zalim

Hak Muslim siaran Berita Harian 3 Julai 08

Soalan :

Saya bersuamikan seorang lelaki yang cepat panas baran. Dia kerap memukul, menampar dan menendang saya lebih-lebih lagi jika kami kehabisan wang. Pernah saya cuba untuk melaporkan perbuatannya kepada polis atau mendapat laporan perubatan tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana dihalang oleh suami. Malah tidak ada saksi yang melihat kejadian itu kecuali anak berumur 7 tahun. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, dia mengurung saya dalam rumah. Saya seolah-olah terpenjara dalam rumah sendiri. Dia mengurung saya berminggu-minggu hingga kesan luka serta lebam di badan saya hilang. Dia juga pernah mengugut untuk menghalau saya pada suatu malam selepas membogelkan saya. Saya juga pernah mengalami penderitaan seks ketika masih dalam pantang. Apa yang patut saya lakukan.

Isteri mangsa kezaliman
Selangor


Jawapan
Saya sangat bersimpati dengan nasib puan. Apa yang puan lalui adalah satu pengalaman yang menyakitkan dan saya berharap puan bersabar dan berusaha mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan membawa kes ke muka pengadilan.

Suami puan telah melakukan tindakan tidak wajar yang berlawanan dengan ajaran Islam. Rasulullah menyatakan bahawa, ‘Sebaik-baik kamu adalah mereka yang baik dengan isterinya. Dan aku adalah yang terbaik di antara kamu’ Ini menunjukkan Rasulullah menyuruh suami berlaku lembut dan melayan isteri dengan baik dan tidak melakukan keganasan terhadap isteri. Baginda sendiri tidak pernah menyakiti isteri-isterinya walau apa alasan yang ada. Semoga Allah memberi petunjuk kepada suami puan untuk berubah dan bertaubat atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Sebenarnya keganasan rumah tangga sama ada dilakukan suami atau isteri adalah salah satu daripada perlakuan tidak sihat yang berlaku dalam masyarakat. Ini sudah tentu membawa kepada ketidakselesaan dan menggugat kebahagiaan dan keharmonian hidup berkeluarga.

Mengikut kajian juga, kejadian suami mendera isteri, sama ada secara fizikal atau mental sudah lama berlaku dan berterusan hingga hari ini. Statistik menunjukkan keganasan rumah tangga banyak berlaku dan ada sesetengah isteri hanya berdiam diri dan mengalah atas apa yang dilaluinya. Perkara ini wajar diubah bersama.

Hakikatnya, atas tangan isteri untuk mengambil tindakan ke atas keganasan yang dilakukan suami atau membiarkan keganasan itu berterusan tanpa membuat tindakan segera untuk mengelakkan berlakunya keganasan.

Keganasan atau kezaliman suami ke atas isteri seharusnya dihentikan segera dan isteri yang menghadapi keadaan sedemikian perlu berani untuk bertindak bagi menghalang perbuatan tersebut berterusan. Inilah antara perkara besar dalam rangka memperkasakan jiwa wanita yang teruji dengan masalah sebegini.

Puan seharusnya melakukan sesuatu dan mengambil tindakan segera jika mahu menyelamatkan rumah tangga dan memberhentikan tindakan zalim terhadap diri dan anak-anaknya. Pada pandangan saya, apabila kita membiarkan dan menyembunyikan keganasan yang dilakukan suami, ia boleh disifatkan sebagai penyumbang kepada keganasan suami yang pasti melakukan kezaliman lebih besar. Sedangkan Rasulullah memberi nasihat supaya jangan melakukan kemudaratan ke atas orang lain dan jangan membiarkan orang melakukan kemudaratan ke atas kita.

Saya mencadangkan agar puan berusaha mendapatkan bantuan moral dari keluarga terdekat atau pun jiran-jiran yang ada. Kemungkinan dengan campur tangan ibu bapa kedua-dua belah pihak, hubungan rumah tangga puan dapat diperbaiki. Pada masa yang sama, suka saya nasihatkan bahawa walaupun tiada saksi ketika puan dipukul, puan masih boleh mendapatkan bantuan kerana mungkin jiran-jiran mendengar pergaduhan dan melihat kesan lebam yang ada di badan puan. Orang-orang terdekat yang mengetahui hubungan dan layanan buruk dibuat ke atas puan boleh memberi keterangan di Mahkamah sekiranya perlu. Ia akan menguatkan permohonan puan jika di bawa ke mahkamah.

Antara perkara yang puan perlu ambil sekiranya berlaku deraan adalah, bersegera melaporkan penderaan itu kepada polis. Pihak polis akan merekodkan aduan itu dan mereka akan membuat laporan rasmi yang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Puan juga wajar mendapatkan rawatan dari doktor perubatan, laporan doktor adalah perlu untuk dijadikan bahan bukti (qarinah) di Mahkamah sekiranya perlu. Dalam kes sekiranya puan dikurung dan sebagainya, puan boleh berusaha mendapatkan rawatan sebaik sahaja puan berjaya mencari jalan keluar. Adalah nyata suami puan tidak menaruh belas ihsan kepada puan dan melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama.

Perlakuan buruk seperti inilah yang sangat kita khuatiri kerana ia boleh memburukkan nama baik agama di kalangan orang luar. Kadang-kadang perlakuan segelintir golongan tersasar ini dijadikan hujah bahawa Islam yang mengajar umatnya melayan isteri dengan keras dan kasar.

Puan boleh merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor di mana dalam Seksyen 53, ada diperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang suami itu disifatkan sebagai melakukan kekejaman dan kezaliman kepada isterinya jika dia lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita berpunca daripada perbuatan aniaya termasuk suami berkawan dengan wanita jahat atau berperangai keji pada pandangan syarak.

Suami juga dianggap kejam jika memaksa isterinya hidup secara lucah dan ia amat bertentangan dengan syarak dan Undang-undang Keluarga Islam. Selain itu, suami kejam dan zalim jika melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu. Malah suami juga dianggap zalim jika menghalang isterinya dari menjalankan kewajipan terhadap agama.

Suami yang mencederakan isterinya seperti memukul, menampar dan menendang adalah melakukan kezaliman dan ia adalah alasan yang kukuh untuk menuntut fasakh. Di samping itu, suami juga boleh diambil tindakan jika dengan sengaja menyebabkan cedera atau dengan sengaja menyebabkan cedera, dengan jalan menggunakan senjata atau lain benda yang berbahaya yang berkaitan dengan peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah tangga dan juga Kanun Keseksaan.

Puan boleh menghubungi mana-mana Peguam Syarie yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat terperinci tentang hak puan. Sekiranya puan tidak bekerja atau mempunyai tahap pendapatan tertentu, puan boleh menggunakan khidmat Peguam Biro Bantuan Guaman (BBG) yang berdekatan dengan tempat puan. Saya doakan puan berjaya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan anak-anak puan.

Jawapan disediakan Puan Nurhidayah Muhd Hashim, Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Wednesday, July 2, 2008

Peguam Syarie Menulis BH 2 Julai 08

Menjaga Keharmonian Sejagat
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah, baru-baru ini mengingatkan rakyat supaya jangan menguji atau mencabar isu berkaitan agama Islam hingga ke peringkat boleh menimbulkan kegelisahan rakyat. Baginda dilaporkan bertitah bahawa ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara mungkin tercetus kerana perkara mengenai agama amat sensitif dan menyentuh emosi. Baginda juga menegaskan secara jelas bahawa agama Islam sudah diberi pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan menjadi tunjang utama pembentukan minda serta budaya khususnya di kalangan orang Melayu.

Berdasarkan latar belakang dan faktor sejarah, Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama Persekutuan dengan diberikan keistimewaan serta perlindungan mengikut Perlembagaan Persekutuan. Nasihat baginda jelas iaitu mana-mana pihak hendaklah tidak melakukan apa-apa perkara bersifat mencabar kedudukan Islam di Malaysia. Teguran itu dibuat tepat pada ketika kedudukan Islam sering dipertikaikan pihak tertentu dan dibuat secara berterusan. Dari aspek perundangan, kedudukan Islam amat jelas khususnya apabila Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Tiada agama lain yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, namun orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka tanpa tekanan.

Penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam pula boleh dihadkan melalui undang-undang seperti diperuntukkan dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selanjutnya, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan ikrar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Jadual Keempat adalah seperti berikut: "Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memuliharakan pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negeri." Malah, ikrar itu ditegaskan dengan menggunakan kalimah sumpah syarie seperti 'wallahi, wabillahi, watallahi'.

Perkara di atas adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam. Ada banyak perkara lain diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi tidak dapat diketengahkan dalam rencana ini kerana kesempitan ruang.
Kedudukan Islam ini tidak harus dicabar sesiapapun yang mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen undang-undang tertinggi negara yang mesti dihormati.

Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan Shah terkenal sebagai seorang ilmuwan yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan perundangan. Justeru, teguran baginda itu amat mendalam dan wajar diambil perhatian semua rakyat. Malah, Sultan Azlan juga dilihat sebagai sultan yang amat dihormati dan prihatin dengan perkembangan perundangan negara dewasa ini.

Kita melihat kebelakangan ini sering kali ungkapan bersifat mencabar kedudukan Islam, kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di ketengahkan. Malah, dalam banyak keadaan perkara ini dibincangkan di kalangan golongan tertentu dan golongan Islam arus perdana tidak diberi tempat untuk menyuarakan pandangan. Atau ada pelbagai helah dibuat supaya golongan Islam arus perdana tidak dapat menghadirinya seperti masa forum yang terlalu hampir dengan waktu solat Maghrib dan sebagainya.

Pada masa sama golongan ini juga yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan itu agung dan tiada apa boleh mengatasinya. Namun, apabila mereka berhadapan dengan keistimewaan Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka mempertikaikannya seolah-olah peruntukan itu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Sikap 'double standard' dan memilih sesuatu perkara disukai dan membantah sesuatu yang tidak digemari amat dikesali.

Oleh itu, wajar bagi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab untuk mengambil kira pandangan serta teguran dititahkan Sultan Perak. Sebenarnya banyak kes yang sudah diputuskan di mahkamah sivil termasuk mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi sivil turut menegaskan bahawa Islam berada pada kedudukan lebih tinggi di Malaysia. Keputusan ini tidak diterima mereka malah dicemuh pula. Mereka masih mempertaruhkan harapan supaya kedudukan Islam perlu disama taraf dengan agama lain dengan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan keputusan mahkamah.

Penulis mengambil kesempatan pada ruangan ini mengajak pembaca sekalian tanpa mengira agama anutan supaya mengambil sikap terbuka dan akur kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan keistimewaan kepada Islam dan orang Melayu. Sesungguhnya jika kedudukan ini dihormati, sudah tentu orang Islam juga akan lebih menghormati kebebasan dikecapi bukan Islam di negara ini.

Janganlah kita menerima apa yang ada di negara lain sebagai baik. Sebaliknya, kita perlu memperhalusi terlebih dulu sama ada sesuatu yang datang dari luar itu adalah sesuatu disemai di sanubari rakyat Malaysia atau sebaliknya. Islam sudah lama tertanam dalam hati dan jati diri rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada Islam atau tidak, memang sedar kedudukan Islam ini.

Sewajarnya kedudukan ini dihormati dan tidak dicari alasan untuk melupuskannya kerana risiko akan ditanggung ialah ketenteraman awam terganggu seperti dinukilkan Sultan Perak. Jika Islam diamalkan sepenuhnya, sudah tentu kedudukan orang bukan Islam akan lebih terjamin kerana perundangan Islam banyak membahaskan mengenai kedudukan orang bukan Islam dalam sebuah negara Islam.

Mereka dikategorikan sebagai 'al dhimmi' yang menikmati beberapa keistimewaan dan dijamin Islam. Malah, jika orang Islam sendiri tidak menjaga kepentingan al dhimmi, sesungguhnya orang Islam itu sudah melakukan dosa dan boleh diambil tindakan. Berdasarkan sejarah pula, orang Melayu sudah sekian lama berinteraksi dengan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa masalah besar melainkan jika orang Melayu berasa tercabar dan agama mereka digugat.

Toleransi orang Melayu ini dapat dibuktikan jika kita pergi ke sebahagian kampung Melayu yang ada peniaga daripada kalangan orang berketurunan bukan Melayu. Kita akan dapati peniaga ini berjaya menjalankan perniagaan, malah dikunjungi orang Melayu. Tiada diskriminasi berlaku. Islam mengajar orang Melayu menghormati orang lain dan tidak mengambil hak orang lain secara salah. Namun, apabila hak dan agama orang Melayu mula dipersoalkan, dikhuatiri sesuatu yang tidak baik pula akan berlaku.

Oleh demikian, nasihat Sultan Perak amat bertepatan dan wajar diberikan pertimbangan serta diikuti. Bagi pihak rakyat Muslim arus perdana, penulis menjunjung kasih atas peringatan dinyatakan Sultan Perak. Sudah pasti keseluruhan rakyat gembira dengan teguran dibuat. Semoga ia menjadi pemangkin kepada hubungan antara agama di Malaysia. Diharapkan semua pihak dapat membuka lembaran baru bagi memulakan era baru hubungan antara agama dengan mengambil kira teguran diberikan semata-mata bagi menjaga keamanan dan ketenteraman keseluruhan rakyat di Malaysia. Kami menjunjung kasih tuanku.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Buku Isu-isu Syariah Siri 1

BUKU ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA

Alhamdulillah, buku ISU-ISU Syariah DI MALAYSIA berjaya diterbitkan. Buku ini adalah hasil koleksi tulisan Saudara Presiden Hj Zainul dan Puan Nurhidayah Hashim yang telah disiarkan dalam Berita Harian sepanjang tahun 2005 sehingga 2007. Buku ini berjaya diterbitkan pada 14 Jun yang lepas oleh pihak UPENA (Pusat Penerbitan UiTM) dan majlis jualan pertamanya adalah semasa Konvensyen Peguam Syarie pada 14 Jun 2008.


Muka depan buku



Muka belakang buku


Sebahagian isi kandungan buku

Buku ini dipasarkan oleh pihak UPENA dengan harga RM46.00 dengan 215 mukasurat.

Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, Isu-isumelibatkan Perkahwinan dan Perceraian, Isu-isu Kehakiman dan Mahkamah Syariah dan bahagian tiga berkenaan isu-isu umum yang melibatkan Syariah di negara kita. Antaranya adalah mengenai kes Lina Joy, Nyonya Tahir, Rayappan, Isteri didera dan sebagainy.

Sepanjang bulan Julai ini dan dengan tujuan promosi, bagi sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya di Sekretariat PGSM di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan harga RM 37.00 sahaja. Sebahagian keuntungan jualan akan disalurkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Jika ada yang berminat mendapatkannya, boleh hubungi:

1-Sekretariat PGSM dalam waktu pejabat

2-Atau mendapatkannya melalui online di http://jualbukuonline.blogspot.com/

Moderator

Seminar Cabaran Saudara Baru dan Kenali Agama Dunia

SEMINAR CABARAN SAUDARA BARU DAN MENGENALI AGAMA DUNIA

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan pertolongan daripadaNya , Seminar kita ini telah dapat diadakan dengan jayanya pada hari Ahad lepas dibangunan MBSA pada 29 Jun 2008. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), JIM Daerah Petaling dan juga MBSA.




Seminar ini ia telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat umum di sekitar lembah klang dan juga sebilangan pelajar-pelajar universiti . Jumlah kehadiran yang dijangka adalah seramai 120-130 orang, tetapi Alh
amdulillah, kehadiran peserta pada hari tersebut berjumlah 150 orang .




Ustaz Ridhuan Tee sedang menyampaikan ceramahnya bertajuk Cabran Berdakwah Terhadap Bukan Islam... semua orang mendengar dengan penuh kusyuk..




Presiden PGSM antara penyoal soalan kepada Ustaz Ridhuan Tee... 3 soalan sekali gus...



Program ini dirasmikan oleh Tuan Hj Zaid Kamarudin, Presiden JIM di hadapan Tuan Haji Zainul Rijal Abu bakar, Presiden PGSM, En Yazid Daud wakil MBSA dan juga Puan Nurhidayah Hashim selaku Pengarah 1 Seminar.

Hj Zaid Presiden JIM sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Dari kiri adalah En Yazid- wakil MBSA, Tn Hj Zainul -Presiden PGSM, Tn Hj Zaid -Presiden JIM dan Puan Nurhidayah- Pengarah Program/Exco PGSM







Secara umumnya, seminar ini mendapat maklum balas yang sangat baik di mana ramai yang menyokong dan mencadangkan agar program sebegini sebagai lanjutan dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Ramai memberi respon bahawa seminar sehari ini dirasakan begitu singkat untuk membicarakan cabaran saudara barudan tidak memadai dengan satu seminar sahaja. Peserta juga memberi respon positif terhadap penceramah yang dijemput. Semua pembentang kertas kerja telah menjayakan seminar ini dan menepati objektif seminar. Tuan Haji Ridduan Tee, Ustaz Fitri Abdullah, Haji Nicholas dan Tuan Haji Abd Waleed telah berjaya memberikan penjelasan yang baik dan jelas kepada peserta.
Ustaz Firti sedang menyampaikan ceramah mengenai agama Hindu.

Jawatankuasa telah merakam kesemua ceramah yang ada dan dijangka dapat dikeluarkan CD berkaitan seminar ini tidak berapa lama lagi. Ramai juga yang telah memberi maklum balas membuat tempahan CD yang akan dikeluarkan nanti.

En Musa Awang Setiausaha PGSM menerima cenderahati sebagai moderator dari Hj Isa (Pengarah 2)

Program ini berlangsung dengan baik dengan izin Allah. Pihak PGSM dan JIM Petaling serta MBSA wajar bergabung lebih rapat demi kesejahateraan dan perancangan program di masa akan datang. Pihak penganjur merakamkan setinggi penghargaan kepadasemua yang terlibat menjayakan dan telah memberikan kerjasama sehingga Seminar ini berjaya diadakan.

Puan Nurhidayah Hashim
Pengarah Program
Bagi pihak PGSM dan juga JIM

Friday, June 27, 2008

Letter Regarding Forum Conducted by Bar Council


Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan Keistimewaan Melayu

Di bawah ini disiarkan surat yang dihantar oleh Saudara Zainur bin Zakaria, Peguam PEMBELA kepada NST sebagai feedback kepada usaha Bar Council untuk membincangkan mengenai Peruntukan Perlembagaan Art 153 mengenai kedudukan Melayu, keistimewaan Melayu dan Kontrak Sosial antara kaum yang berlaku sebelum negara merdeka. Kontrak sosial berlaku di mana kaum Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu telah bertolak ansur membenarkan kaum lain diterima sebagai warganegara berdasarkan kelahiran dan berkaitan pula dengan konsep 'jus soli' sebelum merdeka..

Sila baca dan sebarkan sebagai sokongan terhadap usaha Saudara Zainur yang mewakili pandangan golongan yang prihatin.

Moderator
___________________

Zainur Zakaria
M-3-5, Plaza Damas
60 Jalan Sri Hartamas Saturday
50480 Kuala Lumpur
26th June 2008-06-27


The Editor
The New Straits Times
31, Jalan Riong
59100 Kuala Lumpur


Dear Sir,

It is reported in the New Straits Times (26th June 2008) that the Bar Council will hold a half day forum on the social contract on Saturday 28th June 2008.

According to the Council Secretary, Lim Chee Wee, the forum was necessary as there had been discussion of late on the existence, nature and implication of Malaysia’s social contract as enshrined in the Federal Constitution.

One of the question which may be discussed at the forum according to Lim Chee Wee, is whether Article 153 of the Constitution on Malay privileges is in line with the social contract idea.

Encouraged by the results of the 12th General Election and believing that their views and approach regarding the issue of freedom of religion, the concept of equality and meritocracy, among others, are shared by every, if not most Malaysians, the Council feels that it is opportune and proper for it to question Malay rights such as the ‘special privileges’ enshrined in Article 153 of the Federal Constitution, thus the need for the forum hereinbefore stated.

The issue of Article 153 is not only a constitutional issue more so highly sensitive political one, and which is being hotly debated and disputed especially by the non-Malays.

Of course the Council may argue that the discussion is strictly focused on its constitutional aspects and that it is the right of every Malaysian to discuss it because it affects all Malaysians.

It has not gone unnoticed that the Bar Council has over the last few years been openly championing the right of Muslims to apostate to the dissatisfaction of the Muslim community.

It seems to me that the Bar Council is now descending into the political arena seemingly in conflict with its fundamental role and function.

Not only does the objective of the Bar Council in holding such forum appears to be directed towards providing a platform for the expression of views calculated to support the interests of certain communities, this particular forum appears to be a direct challenge to a fundamental provision of the Federal Constitution.

Is the action of the Bar Council in holding the aforesaid forum, with the view of questioning the enshrined Article 153 not in conflict with the avowed cause to uphold the Constitution, which the Bar Council often times remind us, is the Supreme Law of the country?

It has also not gone unnoticed that many parties, drawing confidence from the last general election and believing that the people are on their side, have challenged the position of Islam, the New Economic Policy, Malay rights, the position of Malay Rulers and even the issue of the attire for the sitting of the State Assemblies.

The openness and intensity of such challenges, in the internet, in public forums and other channels have without doubt widen the racial and religious polarization, contrary to all the positive claims being made by the proponents of such challenges.

It is for this reason that I would like to call upon the Bar Council to exercise the utmost caution and prudence before descending into the political arena under the guise of upholding constitutional rights and freedoms.

Sgd
Zainur Zakaria

Thursday, June 26, 2008

Seminar Agama dan Saudara Baru

PGSM telah bekerjasama dengan JIM Petaling dan MBSA untuk menganjurkan Seminar Sehari 'Memahami Cabaran Saudara Baru dan Agama Dunia' pada Ahad 29 Jun 2008.

Makluman:

1- Pertukaran Penceramah Slot 4- Tuan Mohamad Naser Disa dari Jabatan Peguam Negara akan menggantikan Tuan Hanif Katri dari PEMBELA.

2-Oleh kerana pihak penganjur telah berjaya mendapat banyak sponsor, maka yuran Seminar telah diturunkan dari RM50 kepada RM25 sahaja.

3- Sehingga hari Rabu 25 Jun 08, jam 11 malam, peserta berdaftar yang telah membayar yuran berjumlah 80 orang. Kapasiti Dewan hanyalah 120 orang sahaja. Hanya tinggal 40 kerusi sahaja lagi.

4-Promosi berkenaan Seminar ini diadakan beberapa kali melalui 'Salam Masjid Radio IKIM' pada hari Khamis dan Jumaat jam 6.30 petang dan 'Slot Saudara Baru-Radio IKIM' pada Jumaat 27 Jun 08 jam 9.15-9.40 pagi nanti.

Sila mendaftar diri bagi yang berminat.

Moderator
_____________________


























Saturday, June 21, 2008

Pengumuman

PGSM menganjurkan program pembelajaran berterusan undang-undang Syariah Siri 2

Maklumatnya seperti berikut:

Tarikh: 21 Jun 2008
Tempat: MSWPKL
Waktu: 8.30-1.00 pm

Isi ceramah:

8.30-10.30: Tatacara permohonan Interim
(En Mohamad Isa Abd Ralip, Timb Presiden PGSM)

10.30-11.00: Minum Pagi

11.00- 1.00: Pliding di Mahkamah Syariah
(Yang Arif Mohd Fauzi Mokhtar, Hakim Mahkamah Syariah S. Alam)


Laporan terkini:
Alhamdulillah , lebih dari 30 Peguam Syarie telah hadir ke majlis tersebut.

Moderator

Wednesday, June 18, 2008

Martabatkan Peguam Syarie

Disiarkan dalam Berita Harian 18hb Jun 2008
____

Martabat Kedudukan Peguam Syarie: Selepas Knvensyen 14 Jun 2008
Nurhidayah Muhd Hashim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Negara pada 14 Jun menyebut bahawa usaha ke arah mewujudkan Akta Guaman Syarie sedang dijalankan dan dijangka draf rang undang-undang berkaitan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada Ogos ini.

Beliau turut menambah bahawa dengan adanya akta tersebut, Majlis Peguam Syarie akan dibentuk yang bertanggungjawab mentadbir dan mengawal selia profesion guaman syarie di negara ini. Dengan adanya majlis tersebut, masalah Peguam Syarie seperti urusan penerimaan masuk sebagai Peguam, kaedah-kaedah dan urusan disiplin serta etika Peguam Syarie dapat dikawal selia.

Ucapan beliau sangat menarik dan ia merupakan cita-cita seluruh Peguam Syarie yang ada di negara ini. Kewujudan Akta Guaman Syarie serta Majlis Peguam Syarie secara tak langsung akan meninggikan kedudukan Peguam Syarie seperti mana rakan sejawat mereka di guaman sivil.

Konvensyen yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) buat julung kalinya boleh dianggap berjaya kerana mampu mengumpulkan lebih dari 700 orang Peguam Syarie dari seluruh negara termasuklah dari Sabah dan Serawak.

Antara objektif program ini adalah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peguam Syarie termasuklah peranan, hala tuju dan cabaran yang dihadapi oleh Peguam Syarie.

Dalam program tersebut, banyak tajuk dibentangkan dan ada beberapa isu diketengahkan. Antara yang menarik untuk dikupas adalah mengenai kedudukan Peguam Syarie berbanding Peguam Sivil.

Peguam Sivil tertakluk kepada Akta Profesyen Guaman 1976. Dalam Seksyen 3 dan 11 menyatakan bahawa orang berkelayakan yang boleh diterima sebagai Peguam bela dan Peguam cara antaranya adalah lepasan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya, Universiti Malaya di Singapura, Universiti Singapura atau Universiti Kebangsaan Singapura; seorang barrister-at-law England; atau orang yang mempunyai apa-apa kelayakan lain sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga melalui pemberitahuan dalam Warta, berumur 18 tahun ke atas, berkelakuan baik, tidak diisytiharkan bankrap dan lain-lain.

Ini menunjukkan Akta ini tidak mengiktiraf Peguam Syarie yang mendapat kelulusan Syariah dari mana-mana IPT untuk diterima sebagai Peguam bela dan Peguam Cara. Ini memberi kesan sehingga kepada Peguam Syarie tidak boleh diterima sebagai rakan kongsi dan tidak dianggap Peguam yang boleh diletak namanya di dalam ‘letter head’ firma guaman Peguam Sivil.

Perbezaan ketara ini menampakkan bagaimana secara langsung dan tidak langsung kedudukan Peguam Syarie yang tidak dianggap setara dengan rakan mereka Peguam Sivil.

Terdapat dua keadaan berbeza di mana Peguam Syarie yang bukan lepasan undang-undang tidak boleh beramal di Mahkamah Sivil tetapi Peguam Sivil yang mempunyai lesen Peguam Syarie, boleh pula beramal di Mahkamah Syariah.

Namun begitu, untuk mencadangkan supaya Peguam Sivil ditolak dan tidak boleh diterima sebagai Peguam Syarie bukanlah satu cadangan yang bijak. Seharusnya semua Peguam terlibat perlu bersatu hati, saling lengkap melengkapi dan bersepakat untuk mendesak perubahan demi memartabatkan profesion guaman Syarie, bukan bertelingkah, bermusuh dan melihat antara keduanya sebagai lawan yang perlu ditentang.

Kita tidak boleh nafikan bahawa dewasa ini banyak berlaku kes-kes yang bersifat pertindihan Perlembagaan, melibatkan bidang kuasa Mahkamah Sivil tetapi membicarakan kan isu-isu Keislaman seperti isu perbankan Islam, permohonan murtad, ajaran sesat dan sebagainya.

Dengan kerjasama Peguam Syarie lepasan Syariah dengan Peguam Sivil yang juga adalah Peguam Syarie, maka hasil perjuangan akan menjadi lebih baik. Bahkan masing-masing boleh saling belajar untuk meningkatkan diri melalui pengalaman dan keilmuan yang berbeza.

Kemungkinan boleh dicadangkan agar peruntukan Akta Guaman 1976 tersebut disemak kembali demi keadilan kedua-dua pihak. Apatah lagi kita sememangnya Perlembagaan Persekutuan sendiri telah mengiktiraf kewujudan dua sistem undang-undang Syariah dan Sivil di Malaysia yang seharusnya pihak yang beramal dipandang setara kerana matlamat akhirnya adalah menyemarakkan institusi kepeguaman dan membawa keadilan kepada semua.

Prof Adjung Tuan Haji Sulaiman Abdullah dalam ceramahnya telah menyentuh mengenai isu-isu dalam kaedah dan peraturan Peguam Syarie negeri. Namun begitu, masalah terkini yang dihadapi Peguam Syarie seperti tiadanya ‘premium indemnity’, kes peguam diterima di satu negeri tetapi ditolak di negeri yang lain kurang disentuh dengan terperinci.

Tuan Haji Salleh Buang pula menyentuh mengenai peri pentingnya Peguam Syarie bersikap positif, mempunyai semangat untuk berjuang dan bersedia mengharungi cabaran di abad baru ini. Beliau menekankan Peguam Syarie perlu mempunyai etika kerja yang baik dan kukuh.

Ia sekali gus menguatkan tuntutan bahawa bagaimana etika tersebut dapat dipelihara dan yang terlibat dengan salah laku, tidak beretika dapat di bawa ke tengah jika tiada Majlis Peguam Syarie yang bersifat mengikat Peguam Syarie di bawahnya. Justeru, kewujudan Akta Guaman Syarie sememangnya satu keperluan besar dan memberi kuasa pula kepada penubuhan sebuah Majlis Peguam Syarie.

Konvensyen ini sebenarnya sangat baik dan wajar diteruskan serta dijadikan program tahunan sebagai tempat pertemuan dan perbincangan para Peguam Syarie di seluruh negara. Namun begitu, Konvensyen pada hari tersebut sangat padat dengan pembentangan yang banyak dan tiada ruang berbincang yang luas diberikan kepada peserta. Adalah lebih baik, jika ceramah dikurangkan tetapi lebih memberi ruang kepada diskusi dan perbincangan dua hala dengan baik dan terbuka.

Seperkara lagi adalah Konvensyen membincangkan hala tuju peguam sewajarnya difikirkan dan diketengahkan oleh para peguam kerana ia melibatkan profesion dan masa depan mereka. Mungkin untuk sesi tahun depan, adalah wajar program sebegini dijalankan oleh Persatuan Peguam dengan kerjasama Jabatan Kehakiman. Dengan cara itu, peguam akan menjadi lebih berdikari dalam membincangkan permasalahan yang mereka hadapi dalam profesion mereka sendiri.

Kesimpulannya, usaha pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengadakan Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Negara pada 14hb Jun 2008 bertempat di PICC, Putrajaya wajar dipuji dan semoga penambah baikan dapat dijalankan untuk tahun-tahun berikutnya. Kita juga berharap agar Akta Guaman Syarie seperti yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berjaya menjadi realiti dalam masa yang terdekat ini. Untuk itu, semua pencinta Syariah dan Peguam Syarie sama ada lepasan Syariah atau lepasan undang-undang sivil perlu sama-sama dokong mendukung ke arah memartabatkan profesion peguam syarie di Malaysia ini.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Friday, June 13, 2008

Konvensyen Peguam Syarie

Peguam Syarie Menulis: Profesion peguam syarie perlu dimartabat
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

PROFESION guaman sama ada sivil atau syariah memang sudah tidak asing lagi dan ia adalah suatu kerjaya yang dihormati serta berpengaruh dalam masyarakat. Oleh kerana profesion peguam syarie ditadbir secara berasingan daripada peguam sivil, kelihatannya seolah-olah darjat dan kedudukan kedua-dua peguam ini adalah berbeza.

Peguam syarie dikatakan ketinggalan dan dipinggirkan dalam banyak aspek termasuk keilmuan, perundangan dan pemacuan ekonomi negara.

Peruntukan undang-undang berkenaan peguam syarie di negara ini boleh didapati dalam Akta/Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah di setiap negeri di Malaysia atau pun Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri-negeri.



Peruntukan berkenaan kemasukan peguam syarie pula agak berbeza antara satu negeri dengan satu negeri lain. Pada masa sama, hingga ke hari ini tiada badan khusus bagi memantau pengurusan institusi guaman syarie di seluruh negara.

Usaha ke arah mewujudkan Akta/Enakmen Amalan Guaman Syarie yang selaras tanpa menjejaskan mana-mana bidang kuasa negeri adalah satu keperluan untuk kesejahteraan profesion ini.

Hingga hari ini, kita dapati perbincangan membabitkan kepeguaman syarie dan isu syariah kadang-kadang hanya dapat dilihat berkisar dalam aktiviti persatuan yang ditubuhkan oleh komuniti guaman syarie.

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kelompok peguam syarie untuk bergiat aktif dalam usaha mempromosi kesyumulan undang-undang Islam. Bukan saja dalam bidang kehakiman malah, bidang perdagangan dan perniagaan bagi menjana ekonomi umat Islam seperti dianjurkan Islam.

Keprihatinan pihak kerajaan mempertingkatkan pengurusan institusi Mahkamah Syariah dewasa ini amat memberangsangkan. Dengan bajet yang besar diberikan kepada sumber manusia dan pembangunan fizikal Mahkamah Syariah, sudah tentu akan dapat mempertingkatkan lagi kredibiliti Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan sesuatu kes yang dibicarakan di hadapan mahkamah.

Namun sebenarnya, tanggungjawab menyelesaikan kes bukan saja digalas oleh hakim atau mahkamah tetapi juga peguam syarie. Komitmen peguam syarie membantu mahkamah membuat keputusan yang adil penting untuk memperluaskan kecapaian keadilan kepada orang awam.

Di negara ini, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) adalah badan pusat yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, memperkemas dan menyelaraskan pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri.

Dalam konteks memperkemaskan pengurusan dan membincangkan mengenai kedudukan peguam syarie, JKSM akan menganjurkan 'Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Malaysia' pada 14 Jun 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Konvensyen yang akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Konvensyen julung kali diadakan ini penting bagi membicarakan perkara berkaitan peguam syarie termasuklah peranan, hala tuju dan cabaran yang dihadapi peguam syarie.

Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut akan menyampaikan ucaptama mengenai peranan peguam syarie dan perkembangan institusi kehakiman di Malaysia. Lima kertas kerja akan dibentangkan bertajuk Peguam Syarie Dalam Institusi Qada, Isu-isu Dalam Kaedah dan Peraturan Peguam Syarie Negeri, Peranan dan Hala tuju Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman, Etika Peguam Syarie - Pengawasan dan Pelaksanaan dan Hala tuju dan Cabaran Profesion Guaman Syarie Malaysia Di Abad 21.

Objektif konvensyen untuk menghasilkan resolusi bagi mengemas kini Kaedah/Peraturan Peguam Syarie Negeri, membantu usaha JKSM mengumpul maklumat serta data mengenai firma peguam syarie selain bertukar pandangan mengenai prospek dan hala tuju peguam syarie.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyeru semua ahli persatuan dan peguam syarie di seluruh Malaysia menyertai konvensyen yang akan memberi peluang dan ruang lebih besar untuk berbincang dan berkhidmat memartabatkan undang-undang syariah.

Semoga semua peguam syarie sama-sama menyokong usaha baik JKSM dalam merancang usaha penyelarasan institusi peguam syarie dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada JKSM atau layari portal e-syariah di alamat www.esyariah.gov.my.


Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com

Wang Insuran si Mati

Hak Muslim: Wang insurans tidak ikut syarak bukan harta pusaka


Soalan
ANAK lelaki saya sudah meninggal dunia dan meninggalkan saya, ibunya, seorang isteri serta dua anak perempuan. Saya sudah mendapatkan Surat Pentadbir Kuasa bagi mentadbir harta arwah. Baru-baru ini, pihak insurans mengeluarkan wang insurans nyawa secara berkelompok arwah kepada balunya. Dalam surat itu, beliau diamanahkan sebagai wasi dan hendaklah membahagikan wang berkenaan mengikut hukum faraid. Arwah tiada meletakkan penama untuk insurans itu. Namun, sehingga kini balu arwah tidak membahagikan wang berkenaan mengikut faraid atau menyimpan di tabung amanah untuk cucu saya walaupun dinasihatkan berkali-kali. Alasannya ialah wang insurans itu adalah insurans konvensional dan bukan secara Islam, jadi tidak perlu dibahagikan mengikut faraid. Apakah hak saya dan waris lain khasnya cucu terhadap wang insurans nyawa itu sama ada ia secara konvensional mahupun Islam.

Ayah dan datuk,
Selangor Darul Ehsan.

Jawapan
ISU dalam kes ini ialah sama ada wang pampasan insurans nyawa boleh dianggap sebagai harta pusaka atau sebaliknya kerana seseorang yang mengambil insurans nyawa sama ada melalui syarikat insurans konvensional atau secara Islam, beliau akan mencarum sejumlah wang tertentu setiap bulan.

Menurut Akta Insurans, insurans nyawa yang diambil pencarum terbahagi kepada dua jenis iaitu insurans nyawa yang dilantik penama dan insurans nyawa tidak dilantik penama. Pampasan insurans nyawa yang tidak dilantik penama adalah menjadi harta pusaka dan hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.

Bagi pampasan insurans nyawa dilantik penama, ada dua keputusan mahkamah yang berbeza di mana dalam kes Re Man Minhat (1965) 2 MLJ 1 yang diikuti oleh kes Re Bahadun Hassan (1974) 1 MLJ 4, mahkamah memutuskan pampasan insurans nyawa menjadi hak penama.

Namun, dalam kes Re Ismail Rentah (1939) FMSLR 230 dan (1940) MLJ 98, Mahkamah Tinggi memutuskan sebaliknya di mana fakta kes lebih kurang sama dengan kes Re Man Minhat, penama adalah isteri si mati.

Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang Islam adalah sebahagian undang-undang awam negeri. Di bawah undang-undang Islam, mengikut kajian mahkamah seseorang boleh membuat hibah harta yang tertentu ketika hayatnya.

Hibah yang diberi dalam marad al-mawt dianggap sebagai pemberian melalui wasiat, pemberian kepada seorang waris (isteri) adalah tidak sah melainkan waris lain bersetuju. Surat penama tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup kerana tiada pindah milik kepada orang yang menerima.

Oleh itu, mengikut undang-undang Islam, jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris dan bukan menjadi milik isteri sebagai penama.

Hukum berkaitan penama sudah difatwakan pada 1973 di mana penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.

Penama adalah orang yang diberi kuasa untuk mengeluarkan wang si mati dengan mudah dan segera tanpa perlu melalui proses pembahagian harta pusaka mengikut undang-undang pembahagian harta pusaka.

Namun, penama bukanlah pemilik wang itu kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Selepas mengeluarkan wang, penama hendaklah membahagikannya kepada waris mengikut faraid.

Dalam kes tuan, laporan polis boleh dibuat berkaitan tindakan balu arwah pecah amanah sebagai wasi pampasan insurans seperti dinyatakan dalam surat syarikat insurans kepadanya. Tuan juga boleh memfailkan kes di Mahkamah Sivil bagi tuntutan itu.

Namun, rujukan harus dibuat kepada fatwa berkaitan penggunaan wang insurans nyawa itu. Pada 1979, Kesatuan Ulama Fiqh Dunia yang bersidang di Makkah, majoritinya memutuskan insurans jenis perniagaan sama ada ke atas barang perniagaan, nyawa dan lain-lain daripada jenis harta adalah haram.

Pada 1985, majoriti ulama sedunia mengharuskan insurans jenis kerjasama iaitu insurans termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan ditanggung berdasarkan syarat ditetapkan oleh syarak.

Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram.

Maka, tuan perlu meneliti sama ada syarikat insurans arwah menjalankan kegiatan yang menurut hukum syarak atau tidak sebelum membelanjakan wang pampasan itu. Jika syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka.

Hanya wang pendahuluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh si mati saja menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.

Berbincanglah secara baik dengan balu arwah serta dapatkan khidmat guaman yang meliputi undang-undang sivil dan hukum syarak supaya pembahagian dan penggunaan wang insurans itu menurut hukum syarak.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com

Tuesday, June 3, 2008

CEDAW's Reservation-Stand PGSM

Pihak PGSM telah diminta untuk memberi feedback terhadap isu CEDAW kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Di bawah adalah feedback PGSM sekali gus merupakan pendirian (stand) PGSM berkenaan isu tersebut yang ditandatangani oleh Presiden PGSM, Tn Hj Zainul Rijal

Moderator
________________-

THE RESERVATIONS AND DECLARATIONS ON THE CONVENTION ON THE ELIMINATION OF ALL FORMS OF DISCRIMINATION AGAINST WOMEN (CEDAW)
By
Persatuan Peguam Syarie Malaysia

FEEDBACKS

Article 5(a)

a) To modify the social and cultural patterns of conduct of men and women, with a view to achieving the elimination of prejudices and customary and all other practices which are based on the idea of the inferiority or the superiority of either of sexes or on stereotyped roles for men and women.

Declaration

With respect to Article 5(a) of the Convention, the Government of Malaysia declares that the provision is subject to the Syariah law on the division of inherited property.


PGSM Feedback:

Social and cultural patterns has been embedded in the society sometime. Some practices do not necessarily discriminate any gender but differentiate the role to be played by any segment of the society. This should not be viewed as discriminatory. Social and cultural patterns which rooted from religious command must enjoy certain privileges. It is the command from God Almighty and has its own philosophy.

The role of men in Islam is to ensure the maintenance and welfare of the family. It is responsibility of men which is subjected to accountability here and hereafter. It does not refer to the concept of authoritarian which is understood by many people that a man is superior and has absolute power over the wife but rather as religious responsibility to be fulfilled by the men.

In fact, law at the first place has compelling man to discharge his duty as the head of family such as providing monthly maintenance to the wife which is consistent with the warning given by the Prophet that among the greatest of responsibilities that had been placed upon man is that pertaining to the treatment of his wife.


Besides, one’s behavior towards one’s wife is the measure of the perfection of one’s belief as the Prophet said : “ The most complete of the believers in his belief is he who perfect his manners, and the best of you in manners are those who act best towards their wives.” We must view this from the lenses of Islam and not from other religion which do not propose the similar concept.

In Islam the relationship of men and women (husband and wife in a legal marriage relationship) is of complimentary in nature. Everybody has his or her rights, roles and responsibility which at the end of the day, both of them want to create a happy and harmony family. For instance, in Islam the utmost rights need to be performed well by wife is treating her husband nicely and caring for need of her husband which are considered as required considerations to gain that such monthly maintenance.

However, in such religious rules of inheritance, we should adhere to the Islamic ruling about the proportion of the wealth according to Islamic inheritance law. This is not customary or social patterns but rather religious rules; therefore we should not go against the Syariah law and highlights the idea of equality in proportion and division of the wealth.


In principle, both man and woman are equally entitled to inherit the property of the deceased relations, but the portions they get may vary due to the reasons why man gets more are firstly, a man is the person solely responsible for the complete maintenance of his wife, his family, and any other needy relations.
Secondly, in contrast, woman has not financial responsibilities whatsoever. She is financially secure and provided for. In what so ever ways, Syariah should be prevailed and the proportion of the division between male and female in Islamic inheritance law (faraid) should be accepted as ‘qatie’ (definite) provision in the Quran and shall not be questioned further.
Action suggested:

We need to change the paradigm shift of the society, to change the method of thinking and acting in order to see men and women (husbands and wives) are complementary to one another. The concept of responsibility of men to provide maintenance and good protection to the wives is accountable in the eye of God but not in whatsoever bring to the idea of superiority or having absolute power over women.

PGSM Recommendation:

This Article 5(b) shall be maintained to be reserved especially on the religious rules on the division of inheritance between men and women.

__________________________


Article 7(b)

State Parties shall take all appropriate measures to eliminate discrimination against women in the political and public life of the country and, in particular, shall ensure to women, on equal terms with men, the right:

b) To participate in the formulation of government policy and the implementation thereof and to half public office and perform all functions at all levels of government.

Declaration

With respect to Article 7(b) of the Convention, the Government of Malaysia declares that the application of said Article 7(b) shall not affect appointment to certain public offices like the Mufti, Syariah Court Judges, and the Imam which is in accordance with the provision of the Islamic Syariah law.

PGSM Feedback:

We agree to the declaration that with regards to the position as Mufti and Imam, the requirements shall in accordance with the Syariah law. However the position as the members in Islamic Legal Consultative Committee, Majlis Fatwa (Fatwa Council), Majlis Agama (Islamic Councils in every state), there should be no restriction to appoint women for that positions.

With regards to the appointment of women as Syariah Court Judges, the appointment is permissible provided in the matter of civil only and not in hudud cases. The previous scholars have different views among them where some of them approved and some disagreed on the appointment of women as judges. In support of this, the minority view produced out by Imam Abu Hanifah stated the approval of women to hold this position in all cases except hudud and qisas cases as such they have eligibility to be witnesses. There is no specific rules / law which prohibit the appointment of a woman to be Syariah Court Judge at present.

However we have to take note that there is no qatie nass (definitive text) on this matter, therefore it is speculative issue (zanni) or ijtihady matter which is considered open to a new ijtihad based on the changes of time and situation. Therefore, we should take into consideration on the matter of time, situation as well as the development of our society in making decision on this matter.

We also shall adhere to the fatwa made by the National Fatwa Council (Majlis Fatwa Kebangsaan) on 6th April 2006 when they decided that it is permissible for women to be Syariah Judges provided they have the qualification, credible and having wide experience in Syariah matters but not in hudud and qisas cases. There is a hope that the Syariah matters especially related to the marriage and family law could be settled smoothly in the future by their appointment.

Action suggested:

We need to encourage women who have qualification and wide knowledge on Syariah to apply for the positions. We also need to change the paradigm shift of the society as well as qualified women to accept and think positive about this post.

PGSM Recommendation:

This Article 7(b) shall be applied provided it shall not affect appointment of Imam and Mufti only.

_____________

Article 9(b)

b) State Parties shall grant women equal rights with men with respect to the nationality of their children.

Declaration

With respect to Article 9, paragraph 2 of the Convention, the Government of Malaysia declares that its reservation will be reviewed if the Government amends the relevant law.

PGSM Feedback:

We agree to the declaration since the provision is not contravenes with Hukum Syarak.
_____________

Article 16

1. State Parties shall take all appropriate measures to eliminate discrimination against women in all matters relating to marriage and family relations and in particular shall ensure, on a basis of equality of men and women.

a) The same rights to enter into marriage
c) The same rights and responsibilities during marriage and at its dissolution
f) The same rights and responsibilities with regard to guardianship, ward ship, trusteeship and adoption of children, or similar institutions where these concepts exist in national legislation, in all cases the interests of the children shall be paramount.
g) The same personal rights as husband and wife, including the right to choose a family name, a profession and n occupation;

2. The betrothal and the marriage of a child shall have no legal effect, and all necessary action, including legislation, shall be taken to specify a minimum age for marriage and to make the registration of marriages in an official registry compulsory.

Declaration

With respect to Article 16(1a) and paragraph 2, the Government of Malaysia declares that under Syariah law and the laws of Malaysia, the age limit for marriage for women is sixteen and the men is eighteen.


PGSM Feedback:

We are of the view that men and women play different roles in marriage. Both group have their own role to play and to equalize the role will result breaching up the family structure. Therefore, parties to marriage should not have equal rights as mentioned above.

Marriage in Islam is a sacred and holy relationship. Therefore it is guide by various principles in Islam. Islam differentiates the roles of husbands and wives. Parties to marriage cannot go beyond the ambit of Islamic law. Nevertheless, the differentiation actually does not result in discriminating any party to the marriage. It is to ensure the family institution will run smoothly.

PGSM Recommendation:

This Article shall be applied provided it shall not affect the provisions of Syariah regarding the rights and responsibilities under religious law including the rights of talaq, the maintenance, and the maintenance after divorce and the concept of custody in Islam.

Signed by
Hj Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Pihak Gereja

Isu Permohonan Pihak Geraja menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada God dalam tulisan berkaitan ajaran Kristian adalah isu besar dalam negara kita. Seluruh Muslim perlu mengetahui dan mengambil berat isu ini serta menunjukkan penentangan terhadap sebarang usaha untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka, begitu juga penggunaan Ka'bah merujuk kepada gereja dan solat merujuk kepada sembahyang di dalam gereja. Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi, firma Hj Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden PGSM telah dilantik sebagai Peguamcara kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Disertakan Kenyataan Akhbar Hj Zainul Rijal, Presiden PGSM berkenaan isu ini.

Moderator
__________________________

KENYATAAN AKHBAR/PRESS STATEMENT

OLEH/BY: ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
TEMPAT/VENUE: BILIK AKHBAR, KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA
TARIKH/DATE : 03.06.08 3.00 petang
TAJUK/TITLE : PERMOHONAN MENCELAH (INTERVENE) TERHADAP KES
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DI DALAM
PENERBITAN ‘HERALD-THE CATHOLIC WEEKLY’
DALAM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR
NO R1-25-73-08 DAN R2-22-12-07

(English Version)

1. Majlis Agama Islam of the States of Perak and Wilayah Persekutuan had respectively filed applications for leave to intervene in the cases filed by the Titular Roman Catholic Church (“the Church”) for judicial review and declaration of rights among others as follows:

a) usage of the word ‘Allah’ in the Church’s publication ‘Herald-the
Catholic Weekly’;
b) challenge Guidelines issued by the Malaysian government under the
Printing Presses and Publications Act prohibiting the use the
words ‘Allah’, and
c) the word ‘Allah’ is not exclusive for the religion of Islam.

2. The repercussion of the decision of the judicial review/declaration of rights may:-

(i) allow the Church to use the word ‘Allah’ in the Church’s
publication ‘Herald-the Catholic Weekly’;

(ii) allow the Church to claim the right to use the words ‘Allah’,

(iii) cause confusion in religion affecting security, peace and harmony of
general public and Muslim community.


3. The intervention by Majlis Agama Islam of States is essential to avoid confusion in religion caused by the usage of the words ‘Allah’, that may affect the security, peace and harmony of the general public and cause religious sensitivities.


4. Majlis Agama Islam of States are responsible to ensure the protection of the integrity of the word ‘Allah’ which is fundamental in the Muslim Belief. The concept of Allah as understood, embraced and practised by the Muslim community in Malaysia is totally distinct and separate from the concept as understood by the Church conceptually, culturally and theologically.

5. It is essential for Majlis Agama Islam of States to intervene when Muslims’ rights and interests are affected.


6. Thus, challenging the integrity of the word ‘Allah’ strikes at the very root of Muslim Belief and transcends the mere application of the word ‘Allah’ to refer to ‘God’ as perceived by the Church.



Zainul Rijal Abu Bakar
Messrs Zainul Rijal Talha & Amir
Solicitors for
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Monday, June 2, 2008

Pengumuman Untuk Peguam Syarie

KONVENSYEN PEGUAM SYARIE SELURUH MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa pihak JKSM akan menganjurkan Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Malaysia seperti berikut:
Tarikh : 14 Jun 2008
Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Waktu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Bayaran : RM50

Bagi menyokong majlis tersebut, pihak PGSM meminta semua Ahli PGSM agar dapat mendaftar dengan segera secara online di Portal e-Syariah di
http://www.esyariah.gov.my


Kerjasama semua Ahli PGSM dan juga semua Peguam Syarie di Malaysia sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Hj Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PGSM

Sunday, June 1, 2008

Wasiat

Disiarkan dalam Berita Harian 29 Mei 08
Peguam Syarie Menulis: Harus wasiat semua harta kepada anak
Soalan:
Merujuk permasalahan bekas isteri dari Perlis pada 8 Mei lalu, saya mulai terfikir permasalahan yang mungkin saya hadapi. Saya dan suami mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Ini bermakna kami tidak mempunyai waris anak lelaki. Adakah dibolehkan dalam Undang-Undang Islam bagi kami untuk mewasiatkan harta yang kami ada ketika hidup kepada semua anak kami melalui mana-mana pemegang amanah?
Azizah,
Kuala Lumpur.

Jawapan:
Bagi menjawab persoalan puan, rujukan adalah melalui Bab Wasiat, Kitab Fikah Mazhab Syafie oleh Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa Al Bugho dan Ali Asy Syarbaji. Hukum asal ketika peringkat awal kedatangan Islam berkaitan wasiat adalah wajib mewasiatkan semua harta kepada ibu bapa dan sanak-saudara. Dalilnya firman Allah bermaksud: Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa. (Al Baqarah:180)

Namun, kewajipan itu dimansuhkan dengan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Cuma amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksimum satu pertiga saja daripada harta dan diberikan kepada selain ahli waris. Kitab Fikah Mazhab Syafie merujuk Abdullah bin Abbas r.a, berkata: Hukum wasiat terus diamalkan berdasarkan firman Allah bermaksud: Kamu diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat...sehinggalah ayat ini dimansuhkan dengan ayat pusaka Abu Daud dalam Kitab Wasiat, Bab Hadis Memansuhkan Wasiat Kepada Ibu bapa dan Kerabat.

Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah mengurniakan hak kepada setiap yang berhak. Tidak harus wasiat untuk pewaris. (Riwayat Abu Daud). Peraturan asas wasiat, ia hanya boleh diberikan kepada bukan waris. Anak adalah ahli waris, oleh itu merujuk nas, tidak boleh membuat wasiat kepada anak berkenaan.

Tujuan peraturan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala serta memenuhi segala kekurangan ketika hayat pembuat wasiat. Anak dan waris lain mendapat bahagian mereka melalui pusaka. Di dalam kes puan, puan ingin mewasiatkan semua harta kepada semua anak perempuan kerana tiada anak lelaki. Jika merujuk nas dan pendapat utama mazhab Syafie, wasiat sebegini hukumnya harus, tetapi tidak boleh dilaksanakan kecuali selepas mendapat persetujuan waris lain.

Hanya dengan persetujuan waris lain barulah wasiat itu boleh dilaksanakan. Waris lain puan merujuk sama ada ibu bapa, abang atau adik lelaki puan di mana mereka berhak melalui hukum faraid mendapat bahagian melalui pusaka puan. Oleh itu, sama ada puan dan suami membuat wasiat semua harta atau 1/3 saja kepada anak perempuan saja walaupun melalui mana-mana pemegang amanah, hukum asalnya sama seperti pendapat utama mazhab Syafie itu.

Ia juga merujuk sabda Rasullullah s.a.w bermaksud: Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain (Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a).

Beberapa perkara perlu diketahui puan berkaitan wasiat kepada waris ini iaitu:
1) Jika wasiat ditujukan kepada waris, penerimaan atau penolakan waris ketika hayat pewasiat tidak memberikan sebarang kesan kerana pewaris tidak mempunyai sebarang hak dalam pusaka ketika hayat pewasiat. Mana-mana waris yang menerima wasiat melalui wasiat ketika hidup pewasiat, boleh menolaknya selepas kematian pewasiat. Mana-mana waris yang menolak harta ketika pewasiat masih hidup, boleh menerimanya selepas kematian pewasiat. Oleh itu, setiap waris tidak terikat dengan mana-mana perjanjian wasiat yang dibuat ketika hayat pewasiat.

2) Penerima wasiat mesti menjadi waris ketika kematian pewasiat, bukan ketika wasiat dibuat. Jika pewasiat mewasiatkan harta kepada saudaranya kerana beliau tidak mempunyai anak, tetapi sebelum pewasiat mati, pewasiat mendapat anak lelaki, wasiat itu sah dan boleh dilaksanakan kerana pada masa kematiannya, saudaranya bukan lagi waris yang berhak menerima pusaka kerana anak lelaki menghalang saudara kandung daripada mendapat pusaka.

3) Jika selepas kematian pewasiat, sebahagian pewaris setuju dan sebahagian lagi membantah, maka hukumnya perlu diperinci. Wasiat dibatalkan daripada bahagian waris membantah dan dilaksanakan pada bahagian waris yang setuju mengikut bahagian mereka dalam pusaka.

4) Jika wasiat berkaitan wakaf dan hadiah dibuat kepada waris ketika pewasiat hampir mati ia juga memerlukan persetujuan waris yang lain. Merujuk Ahmad Hidayat Buang dalam Bagaimana Membuat Wasiat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hikmah waris tidak berhak menerima wasiat daripada pewasiat adalah kerana hak mereka sudah dijamin hukum syarak melalui hukum faraid. Maka, pewasiat tidak wajar merosakkan keseimbangan agihan pusaka secara faraid yang ditetapkan hukum syarak.

Jawapan soalan oleh Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah binti Abd Razak.

Sunday, May 25, 2008

Poligami lagi...

Peguam Syarie Menulis:
Syarat ketat poligami jamin kebajikan waris
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip


Mahkamah Syariah utamakan keadilan pertimbang permohonan tambah isteri KES pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, yang mempunyai 18 anak membuat permohonan poligami ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu untuk membenarkan beliau mengahwini seorang lagi perempuan, sedangkan sudah mempunyai tiga isteri, mendapat liputan meluas. Hakim yang mengendalikan kes itu, Hakim Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail menyifatkan kes itu sebagai pelik dan bersejarah.

Apa yang menyebabkan kes itu dianggap pelik dan bersejarah ialah kerana ketiga-tiga isteri beliau yang sedia ada bersepakat mengizinkan hasratnya untuk berkahwin satu lagi menjadikan isterinya empat. Bertambah pelik lagi apabila ketiga-tiga isteri Mohamed Nor bersungguh-sungguh membantu membuat permohonan untuk membolehkan suami mereka berkahwin seorang lagi.

Malah mereka memberi persetujuan tanpa syarat untuk suami berkahwin walaupun pendapatan Mohamed Nor hanya RM 1,500 sebulan. Keizinan ketiga-tiga isteri Mohamed Nor mengundang persepsi sesetengah pihak yang beranggapan beliau mengamalkan ilmu menundukkan isteri sehingga sepakat membenarkannya berkahwin lagi.

Tanggapan itu dinafikan Mohamed Nor sambil menyatakan keizinan mereka atas dasar persefahaman, pengorbanan dan sikap bertanggungjawab selama ini yang membuka hati isteri-isterinya untuk memberi keizinan beliau berkahwin lagi.

Namun, hasrat Mohamed Nor ingin berkahwin lagi satu belum tercapai selepas Hakim Syarie yang mengendalikan kes mengarahkan beliau mengemukakan kepada mahkamah afidavit tambahan (kenyataan bertulis secara bersumpah tambahan) dengan alasan munasabah untuk berkahwin isteri keempat kerana pendapatan bulanannya rendah (RM 1,500) dan dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil kepada semua isterinya.

Mengulas isu itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik menyatakan bahawa setiap umat Islam boleh berkahwin tiga atau empat, terserah kepada keadaan seseorang itu, mampu atau tidak. Beliau menambah, jika seseorang itu hendak berkahwin empat, hendaklah bersifat adil serta berkemampuan menyediakan nafkah zahir dan batin sama ada kepada isteri atau zuriatnya nanti.

Umat Islam yang ingin berkahwin lebih daripada satu diingatkan tidak menjadikan perempuan bakal mereka kahwini sebagai barangan untuk berseronok saja. Sebaliknya mereka hendaklah menjadikan perempuan sebagai insan yang boleh menenangkan hati, selain berniat untuk meramaikan umat Nabi Muhammad pada akhirat kelak.

Hasrat seseorang itu untuk berkahwin lebih satu dibenarkan oleh hukum syarak jika ia mampu dari segi zahir dan batin malah, mampu juga untuk berlaku adil antara kedua-dua pihak. Hal itu dijelaskan melalui al-Quran dalam firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu takut bahawa kamu tak akan berlaku adil mengenai anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan yang baik bagimu, dua, tiga atau empat orang. Tetapi jika kamu takut, bahawa kamu tiada akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja." – (Surah An-nisa, ayat 3)

Peruntukan undang-undang di Malaysia juga tidak melarang seseorang itu berkahwin lagi satu tetapi dengan syarat hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah terlebih dulu.

Sebagai contoh, merujuk Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, 2003 Seksyen 23 (1) memperuntukkan: "Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dulu secara bertulis daripada mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain."

Seksyen 23 (4) Enakmen yang sama menyatakan bahawa permohonan seseorang itu untuk berpoligami hendaklah dikemukakan kepada mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi perkara berikut:

  • Suatu ikrar (akuan) yang menyatakan alasan mengapa perkahwinan dicadangkan itu patut atau perlu;
  • Pendapatan pemohon pada masa itu;
  • Butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan;
    Bilangan orang tanggungannya (isteri atau isteri-isteri sedia ada dan anak) termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan dicadangkan itu;
  • Pandangan isteri atau isteri-isterinya sedia ada sudah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

Mengikut seksyen 23 (5) enakmen yang sama, mahkamah selepas menerima permohonan akan memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan orang lain yang mahkamah berpandangan boleh memberi keterangan di atas permohonan poligami itu.

Kes itu hendaklah didengar secara tertutup. Mahkamah boleh memberi kebenaran kepada pemohon jika mahkamah berpuas hati bahawa pemohon memenuhi kesemua syarat ditetapkan. Jika permohonan tidak memuaskan hati, mahkamah boleh menolak permohonan untuk berkahwin lagi satu.

INFO: Syarat poligami:
Perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, memandang antara lain, hal berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri sedia ada;

Pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, seperti dikehendaki hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan perkahwinan dicadangkan itu;

Pemohon berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak;

Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri isteri sedia ada. Syarat di atas hendaklah dibuktikan oleh pemohon keseluruhannya, jika pemohon gagal membuktikan syarat itu, mahkamah boleh untuk tidak membenarkan permohonan pemohon berkahwin lagi satu.

Dalam hal ini, walaupun ada persetujuan di pihak isteri atau isteri sedia ada mahkamah masih boleh untuk tidak membenarkan permohonan pemohon sehingga mahkamah berpuas hati dengan syarat di atas terlebih dulu dipenuhi.

Syarat yang dibuat penggubal undang-undang bukan bertujuan menafikan hak pemohon serta hasrat isteri-isteri pemohon sedia ada, sebaliknya untuk menjaga hak isteri atau isteri-isteri dan bakal isteri termasuk anak supaya tidak terabai nafkah hingga menyebabkan ketidakadilan kepada mereka. Masalah tidak akan timbul jika pemohon seorang berkemampuan dari segi kewangannya.

Apa ditimbulkan di sini adalah apabila pemohon itu tidak mempunyai kemampuan serta pendapatan yang baik. Dibimbangi semata-mata bagi menjaga hasrat seseorang untuk berkahwin berlaku kemudaratan lebih berat seperti pengabaian nafkah terhadap isteri serta anak.

Harus diingat, perkahwinan bukan terarah kepada hawa nafsu saja sebaliknya ia diselangi tanggung jawab yang besar serta amanah Allah yang harus dipikul suami. Tanggungjawab memberi nafkah terletak di bahu suami selain mendidik isteri serta anak ilmu dunia dan akhirat.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Poligami

HAK MUSLIM:
Suami tabur janji melangit untuk kahwin lagi
Oleh: Siti Razasah Abd Razak

Soalan

SYARAT untuk suami berpoligami ialah membuat permohonan ke mahkamah. Lelaki jika mahu berpoligami apa pun mereka boleh buat, contohnya menulis pendapatannya bagi yang berniaga. Mahkamah hanya lihat pada pendapatan dan meluluskan. Ini terjadi kepada suami saya yang dibenarkan berpoligami oleh mahkamah. Namun, kini beliau selalu mengadu tidak cukup duit, perlu berjimat, jangan boros dan belajar hidup bersederhana. Sejak berpoligami, suami tidak memberi nafkah batin kepada saya hampir dua tahun. Jika saya membuat aduan kepada Mahkamah Syariah, apakah jatuh talak kerana dia sudah menipu berkenaan pendapatannya ketika memohon berpoligami dan kini tidak berlaku adil.
Inginkan Pembelaan,
Seremban,
Negeri Sembilan.


Jawapan

SEMOGA puan sentiasa dilimpahi Allah dengan kesabaran tinggi mengharungi dugaan hidup. Sesungguhnya Allah tidak sesekali memberatkan seseorang dengan dugaan yang tidak tertanggung olehnya. Ujian Allah juga sebagai tanda kasih-Nya untuk menambahkan pahala kepada mereka yang bersabar dan insaf dengan ujian itu.

Bagi menjawab persoalan puan, rujukan dibuat terhadap Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 (EUUKI). Sejak 2003, EUUKI meluluskan peruntukan baru Seksyen 23 berkaitan poligami. Subseksyen (5) seksyen berkenaan memperuntukkan antara lain, apabila menerima permohonan mahkamah mesti atau wajib memanggil pemohon, isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan sesiapa saja difikirkan boleh memberikan keterangan berkaitan permohonan berpoligami itu untuk ke mahkamah.

Mahkamah boleh membenarkan permohonan jika berpuas hati perkahwinan itu patut atau perlu berdasarkan sebab tertentu, pemohon mempunyai kemampuan menanggung isteri dan bakal isteri serta tanggungan sedia ada, berupaya memberikan layanan adil kepada semua isteri dan perkahwinan dicadangkan tidak menyebabkan darar syari’e kepada isteri sedia ada. Pemohon perlu menyertakan segala butir pendapatan, tanggungan sedia ada dan bakal isteri.

Butir itu khasnya pendapatan perlu disokong dengan bukti bertulis daripada majikan atau jika bekerja sendiri, melalui akaun peribadi. Salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada puan sebagai isteri sedia ada dan puan boleh hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Walaupun puan tidak hadir ke mahkamah, bukanlah sewenang-wenangnya bagi mahkamah membenarkan berpoligami jika semua keperluan yang disyaratkan oleh Seksyen 23 tidak memuaskan hati mahkamah. Selain itu, walaupun isteri sedia ada bersetuju suami berpoligami, malah memilih calon isteri baru untuk suami, mahkamah tidak boleh membenarkan permohonan jika tidak berpuas hati atau suami gagal membuktikan keupayaannya seperti disyaratkan dalam seksyen berkenaan.

Nyata, peruntukan baru Seksyen 23 itu lebih ketat dan tidak memudahkan kebenaran berpoligami. Penyataan bahawa mahkamah hanya lihat pada pendapatan dan meluluskan permohonan berpoligami boleh dipertikaikan kerana memberi tohmahan kepada Mahkamah Syariah. Puan tidak menyatakan sama ada puan hadir atau tidak ke mahkamah semasa perbicaraan kes permohonan berpoligami suami dan apa terjadi ketika perbicaraan kes.

Jika penyataan mahkamah hanya lihat pada pendapatan dan meluluskan benar terjadi dalam kes suami puan, puan berhak merayu terhadap keputusan mahkamah seperti dibenarkan oleh subseksyen (7) Seksyen 23 dengan mengemukakan alasan rayuan puan. Jika puan mendakwa suami tidak menunaikan nafkah batin selama dua tahun, puan berhak menuntut cerai secara fasakh seperti diperuntukkan Seksyen 53 EUUKI iaitu seseorang perempuan berhak mendapat suatu perintah untuk fasakh atas satu atau lebih alasan.

Antara alasan itu, suami tidak menunaikan tanpa sebab munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun dan/atau suami sudah menganiayai isteri, jika suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, dia tidak melayani isteri secara adil mengikut hukum syarak. Namun, permohonan puan hendaklah difailkan iaitu didaftarkan ke Mahkamah Syariah dengan menyatakan alasan tuntutan.

Jika suami tidak bersetuju menceraikan puan secara lafaz talak, ketika perbicaraan kes fasakh, puan perlu membawa bukti, keterangan serta saksi menyokong alasan tuntutan. Aduan semata-mata ke mahkamah tidak boleh membubarkan perkahwinan puan. Hakim Syarie tetap terikat dengan hukum syarak dalam membuat keputusan yang pihak menuntut atau pihak kena tuntut hendaklah memberikan keterangan masing-masing dengan membawa bukti, saksi atau keterangan lain yang boleh membantu mahkamah membuat keputusan.

Puan perlu sanggup bersumpah istizhar jika diminta mahkamah berkaitan dakwaan tiada nafkah batin selama dua tahun. Dapatkan khidmat peguam syarie daripada Biro Bantuan Guaman atau swasta untuk meneruskan perjuangan dan semoga melalui saluran yang benar, puan berjaya memperoleh pembelaan sewajarnya.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak.

Monday, May 19, 2008

Kes Fatimah Tan

Ramai yang bertanya kepada pihak PGSM mengenai pandangan Persatuan terhadap kedudukan kes pengisytiharan bukan Islam Fatimah Tan, di sini disertakan tulisan Presiden PGSM berkenaan isu terlibat sekali gus menjawab stand Persatuan berkenaan perkara tersebut.

Moderator
______________

Artikel Disiarkan dalam Berita Harian 14 Mei 08
Peguam Syarie Menulis: Ambil iktibar kes Siti Fatimah Tan keluar Islam
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

JUMAAT lalu akhbar melaporkan seorang mualaf bernama Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang, 39, diisytiharkan sebagai keluar Islam kerana tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk Islam. Mahkamah Syariah memerintahkan sijil pemelukan Islam Siti Fatimah dibatalkan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mestilah dihormati semua pihak kerana ia dikeluarkan oleh mahkamah yang sah dan mempunyai bidang kuasa mengeluarkannya. Jika ada pihak tidak berpuas-hati dengan keputusan itu, hendaklah membuat tindakan menurut undang-undang seperti rayuan ataupun semakan. Selagi keputusan itu tidak diketepikan oleh mahkamah lebih tinggi, ia adalah keputusan yang sah dan berkuat kuasa.

Berbeza dengan apa yang dilaporkan, sebenarnya perbicaraan permohonan keluar Islam itu bukan perbicaraan pertama membabitkan orang masih hidup. Sudah ada perbicaraan dan keputusan diberikan di negeri lain tetapi tidak mendapat publisiti meluas seperti kes Siti Fatimah Tan.

Apa yang ingin ditekankan di ruangan ini bukanlah mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi ialah kekesalan hakim berkenaan kerana suami Siti Fatimah Tan dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) gagal membimbing serta menjaga kebajikan Siti Fatimah Tan sehingga mendorong beliau meninggalkan Islam. Malah hakim berkenaan dilaporkan berkata, MAIPP tidak menunjukkan minat terhadap kes itu dengan tidak hadir pada prosiding awal walaupun saman sudah diserahkan kepada mereka. Maipp dikatakan hanya mengemukakan hujah pembelaan di hujung perbicaraan saja.

Kekesalan ini mempunyai asas yang kuat. Ia menggambarkan orang Islam dan Majlis Agama seolah-olah tidak membimbing saudara baru serta prihatin atas kebajikan mereka. Majlis Agama setiap negeri bertanggungjawab terhadap kehidupan sosial, ekonomi dan kebajikan orang Islam. Majlis Agama perlu bertindak bagi menjaga kebajikan orang Islam tanpa mengira mereka itu lahir Islam ataupun baru memeluk Islam.

Majlis Agama bukanlah satu badan untuk bermegah-megah kerana amanah yang dipikul bagi menjaga nama agama adalah terlalu berat. Jawatan dalam Majlis Agama bukanlah untuk direbutkan tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan. Penulis mengakui tidak mengetahui apakah sebabnya Maipp begitu lewat menyertai perbicaraan yang dijalankan itu.

Adalah tidak masuk akal jika Maipp tidak mengetahui prosiding kes sedangkan saman sudah diserahkan dan kes berkenaan mendapat publisiti meluas. Majlis Agama di negeri lain seperti Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIDAMP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) juga banyak menerima saman berhubung permohonan keluar Islam tetapi mereka amat profesional dan bekerjasama dengan Mahkamah Syariah.

Oleh demikian mahkamah dapat mengeluarkan keputusan yang adil dan tepat menurut hukum syarak. Ambillah iktibar dan pengalaman dari negeri lain dalam menangani isu keluar Islam ini. Disamping itu juga, di mana pula suami Siti Fatimah Tan? Adakah sebarang usaha menjejaki beliau walaupun di Iran (negara asal beliau). Bagaimana pula status perkahwinan mereka? Penulis kecewa dengan sikap orang Islam berkahwin dengan mualaf tetapi tidak membimbing mualaf itu mengikut lunas Islam.

Malah, ada juga dalam beberapa kes, pasangan mualaf itu lebih mengamalkan Islam berbanding pasangan yang lahir Islam. Orang Islam sendiri gagal menjadi contoh yang baik kepada mualaf dan orang bukan Islam bahawa mereka adalah teladan yang baik perlu diikuti. Inilah kelemahan orang Islam. Kita mesti mengakui hakikat ini dan hendaklah memperbaikinya dengan segera.

Penulis mengesyorkan satu undang-undang dibuat supaya orang Islam yang mendorong secara langsung atau tidak langsung kepada mualaf untuk keluar daripada Islam hendaklah didakwa di Mahkamah Syariah dan boleh dihukum. Ini bagi menjadi pengajaran kepada orang Islam dan mengelakkan tohmahan orang bukan Islam yang mengatakan kita hanya ingin menghukum orang bukan Islam atau orang yang ingin meninggalkan Islam saja.

Dengan cara kita menghukum orang Islam terlebih dulu kritikan berat sebelah dan sebagainya akan dapat dikurangkan. Peranan Majlis Agama Islam juga penting, bukan sekadar mengeluarkan sijil perakuan memeluk Islam saja, malah aspek pengajaran, kebajikan dan kepentingan mualaf juga perlu dititikberatkan. Sudah sampai masanya satu kaedah pendaftaran, pengajaran, penjagaan dan kebajikan mualaf digubal bagi membantu mualaf dalam kehidupan seharian mereka.

Jangan hanya tatkala mereka mengucap dua kalimah syahadah saja mualaf diraikan, hari seterusnya mereka ditinggalkan terkapai-kapai memahami ajaran Islam. Begitu juga halnya dengan wang zakat. Sebagaimana kita tahu, mualaf adalah salah satu daripada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat.

Oleh demikian, gunakanlah wang bagi asnaf ini untuk membantu mualaf dalam kehidupan mereka. Walaupun mualaf ini terdiri daripada golongan berada, mereka juga sebenarnya layak menerima zakat. Dengan cara ini mereka berasa dihargai oleh saudara seagama. Begitu juga tafsiran mualaf, tidak perlu disempitkan semata-mata kepada orang yang sudah memeluk Islam saja. Mualaf bererti seorang yang berjinak-jinak dengan agama Islam.

Oleh itu, orang yang masih belum Islam tetapi hatinya sudah hampir dengan Islam pun boleh menerima peruntukan zakat. Namun cara dan pendekatannya mungkin sedikit berbeza. Kita mungkin tidak perlu memberikan wang kepada golongan ini tetapi cukuplah dengan membuat program untuk membuka hati mereka menerima Islam sebagai suatu cara hidup. Dana untuk program ini bolehlah diambil daripada hak asnaf ini.

Dalam masyarakat agak kompleks dewasa ini dan kemajuan yang begitu pesat, kaedah serta cara berdakwah juga perlu disesuaikan dengan peredaran masa. Kaedah yang ketinggalan zaman hendaklah diganti dengan kaedah baru yang digarap sesuai golongan sasar. Dengan cara ini saja dakwah Islam akan berjaya dilaksanakan. Berbalik kepada kes Siti Fatimah Tan, setiap pihak khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang perlu mengambil pengajaran daripada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. Perbaikilah segala kelemahan supaya insiden sama tidak berulang. Jangan kita hanya menumpukan kepada jawatan saja tanpa memenuhi tuntutan jawatan itu.

Perubahan kaedah dan cara dakwah juga perlu dilakukan serta merta. Penulis yakin ada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di luar sana yang sanggup membantu Majlis Agama Islam menegakkan syiar Islam serta dakwah kepada orang bukan Islam serta di kalangan orang Islam. Sama-samalah kita berganding bahu demi untuk memartabatkan Islam di bumi bertuah bernama Malaysia.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Sunday, May 11, 2008

Wanita Malaysia_Tangkapan Dadah

WANITA BERMUSAFIR PERLU PERAKUAN KELUARGA
OLEH: ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

Minggu lepas, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilaporkan sebagai berkata wanita Malaysia yang ingin keluar negara berseorangan mungkin disyaratkan mendapat perakuan majikan atau keluarga bagi mengelakkan mereka diperangkap menjadi penghantar dadah oleh sindiket antarabangsa yang berpangkalan di luar negara. Perakuan itu bagi memastikan tujuan sebenar mereka ke luar negara sama ada untuk berkursus, berniaga atau belajar.

Rais berkata tindakan tersebut berikutan peningkatan kes wanita diperangkap sindiket dadah antarabangsa. Menurutnya setakat ini terdapat 119 kes membabitkan warga negara ini ditangkap berikutan dadah, 90 peratus daripada mereka adalah wanita berusia antara 21 hingga 27 tahun.

Menariknya, apabila terdapat permasalahan sebegini Menteri telah mengambil sikap mencari jalan penyelesaiannya dengan bebalik kepada agama. Dalam Islam memang disyaratkan bagi wanita Islam yang bermusafir lebih dua marhalah hendaklah ditemani oleh mahramnya. Marhalah adalah kadar ukuran jauh bagi masyarakat Arab. Satu marhalah adalah satu perjalanan unta tanpa perlu berhenti rehat ataupun minum. Dua marhalah dianggarkan lebih kurang 90 kilometer bagi ukuran metrik.

Hatta dalam mengerjakan ibadatpun syarat ini tidak dilupuskan. Itulah sebabnya kita sering juga mendengar Kerajaan Arab Saudi tidak memberikan visa perjalanan umrah atau haji kepada wanita yang tidak ditemani oleh mahram mereka atau sekurang-kurangnya ditemani oleh wanita yang dipercayai sepanjang mengerjakan ibadah tersebut.

Tujuan syarat ini dikenakan kepada wanita bukanlah untuk menyekat pergerakan wanita Islam, malah ia adalah satu jaminan keselamatan kepada wanita Islam. Ia tidak harus dilihat sebagai diskriminasi terhadap wanita tetapi sebagai suatu cara melindungi wanita Islam. Ada juga suara yang menyatakan wanita sekarang tidak perlu dilindungi lagi, mereka lebih lincah, lebih bijak dan lebih bekerjaya dari lelaki zaman ini.

Oleh hal yang demikian sebarang usaha yang dikatakan mahu melindungi wanita adalah semata-mata kerana memandang rendah kredibiliti dan kebolehan wanita. Memang tidak dinafikan wanita alaf ini memang hebat dan telah memberi sumbangan besar kepada negara, namun jika dilihat dari angka yang dikeluarkan oleh Rais di atas sebenarnya memang masih perlu perlindungan diberikan kepada wanita dalam hal perjalanan ke luar negara ini.

Begitu juga dalam hal keganasan rumahtangga, hubungan kekeluargaan, jenayah dan sebagainya di mana wanita perlu diberi keistimewaan bagi melindungi kepentingan dan sifat semulajadi mereka.

Wanita-wanita seperti Umi Azlim Mohamad Lazim, Dayang Sakeinah Mat Lazim, Norfaizura Azura Md Lias dan ramai lagi yang sedang ditahan di luar negara akibat kesalahan berkaitan dadah amatlah menyedihkan kita. Apatah lagi apabila mengetahui bahawa sebahagian besar mereka adalah graduan universiti yang bijak yang sepatutnya boleh membantu pembangunan negara. Alangkah ruginya negara kehilangan bakat dan intelek seperti mereka ini.

Berbalik kepada saranan Menteri Luar di atas, penulis ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Rais atas syornya itu. Malah dalam banyak keadaan lainpun sebenarnya agama telahpun menyediakan panduan bagaimana menangani setiap permasalahan. Penulis menyokong sebarang usaha yang meletakkan agama sebagai suatu cara hidup, bukan dipilih-pilih bila ketikanya mahu mengikut agama dan bila waktunya meminggirkan agama. Keindahan agama Islam hanya akan dikecapi dan dinikmati bersama sekiranya kita mengambil agama secara keseluruhannya.

Sudah sampai masanya setiap polisi yang ingin digarap oleh kerajaan kita menoleh kembali apa yang disajikan oleh agama. Sajian agama ini memberikan santapan yang mantap bagi memelihara diri dan keluarga. Mungkin suatu ketika dahulu sebahagian umat Islam melihat agama sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Ia sebenarnya adalah tersasar dari landasan yang sebenarnya. Ia adalah hasil dari kecetekan kefahaman Islam itu sendiri. Dari aspek sains dan teknologi juga telah dibuktikan bahawa agama Islam telah mendahului zamannya dan bukan ketinggalan.

Institusi kekeluargaan ini perlu diperkukuhkan dengan sokongan padu dari pihak kerajaan dan masyarakat setempat. Dengan dilaksanakan syor ini sudah tentulah majikan dan keluarga yang memberi perakuan kepada wanita mengetahui tujuan sebenar wanita ini ke luar negara dan ini akan mengelakkan wanita yang ke luar negara ini diperangkap oleh sindiket dadah antarabangsa.

Bukan itu sahaja, jaringan kekeluargaan antara keluarga juga perlu dipereratkan, pihak keluarga perlu mengetahui ke mana pergi anak gadis mereka, apa yang mereka lakukan dan apakah pekerjaan sebenar mereka. Bukan sekadar melepaskan mereka ke alam pekerjaan sahaja tanpa memantau aktiviti mereka.

Pendekatan yang diambil oleh Rais ini adalah pendekatan yang terbaik yang harus dicontohi oleh menteri-menteri lain. Insya Allah suatu masa nanti kita akan mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan melalui pendekatan agama. Pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik yang telah dijamin oleh Allah. Sebagai orang Islam sentiasalah kita melihat sesuatu isu atau perkara itu dari lensa Islam. Kacamata agama ini akan memberikan kehidupan terbaik kepada kita di dunia dan akhirat.

Sudah sampai masanya kita mendasari setiap tindakan serta perancangan kita dengan berpaksikan kepada agama. Agama, khususnya Islam sudah lama sebati dalam jatidiri orang Melayu dan merupakan alternatif terbaik bagi setiap permasalahan. Tidak guna kita tercari-cari penyelesaian di dalam budaya lain sedangkan kita tidak melihat ke dalam diri kita sendiri. Islam adalah sebuah kehidupan yang amat cantik susunaturnya, oleh itu susunan tersebut tidak harus dirungkaikan kerana akan punah masyarakat jika kita tidak menggunakan panduan yang telah digariskan itu.

Penulis adalah Presiden PGSM

Isteri dan KWSP Suami

Hak Muslim 8 Mei 08

Isteri bercerai putus hak wang KWSP suami


Soalan:

SAYA bercerai secara fasakh di Perlis. Setahun selepas bercerai, bekas suami meninggal dunia. Kami mempunyai empat anak dan semuanya dipelihara oleh ibu bapa mentua. Arwah meninggalkan tiga rumah semuanya berada di Selangor yang dibeli ketika dalam tempoh perkahwinan, sebuah kereta dan wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ibu bapa mentua sudah mendapatkan sijil faraid dan dalam proses pembahagian harta pusaka. Saya menerima sejumlah wang daripada KWSP kerana arwah menamakan saya sebagai penama. Baru-baru ini ibu bapa mentua meminta semua wang KWSP yang saya terima dengan alasan saya tidak berhak menerima wang KWSP. Saya ingin tahu hak saya dan anak terhadap wang KWSP dan harta lain kerana saya tidak sempat menuntut semua itu sebelum arwah meninggal dunia. Jika boleh menuntut, di manakah sewajarnya saya menuntut, sama ada di Perlis atau Selangor?
Bekas Isteri,
Perlis Indera Kayangan

Jawapan:

SEMOGA puan dan anak sentiasa dalam rahmat dan reda Allah melalui hari mendatang. Mengikut fatwa dan amalan semasa, wang simpanan si mati dalam KWSP adalah harta pusaka dan bukannya harta sepencarian. Ia mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Ia jelas melalui Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 iaitu wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP maka wang itu adalah milik si mati.

Oleh itu, wang milik si mati adalah harta pusaka. Walaupun puan dinamakan sebagai penama untuk mengeluarkan dan menerima wang itu, wang yang diterima hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid. Fatwa Kebangsaan juga memutuskan penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraid.

Keputusan fatwa juga menetapkan Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak. KWSP turut memberikan peringatan kepada penerima seperti berikut: “Bagi ahli yang beragama Islam, penerima waran ini adalah sebagai wasi atau pentadbir dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut undang-undang Islam (faraid).”

Pelantikan penama hanyalah sebagai amalan biasa dalam KWSP mahupun mana-mana institusi kewangan seperti Tabung Haji dan bank. Majlis Raja-Raja kali ke-96 pada September 1973 memberikan pendapat yang dikeluarkan sebagai fatwa seperti berikut: “Penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati daripada sumber itu untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.”

Persoalan sama ada penama berhak kepada harta atau wang simpanan menurut hukum syarak atau sebaliknya dan sama ada harta atau wang simpanan itu dianggap sebagai harta pusaka si mati atau tidak timbul dalam kes Re Ismail bin Rentah (si mati) (1939) FMSLR 230. Dalam kes itu si mati menjadi ahli Syarikat Koperatif Pegawai Melayu, perkhidmatan awam dan menamakan anak perempuannya sebagai penama untuk menerima saham dan faedahnya dalam syarikat itu apabila beliau meninggal dunia.

Ketika kematiannya, si mati meninggalkan waris iaitu balu, ibu, anak perempuan, saudara lelaki dan saudara perempuan. Penolong Pendaftar memerintahkan saham dan faedah si mati daripada syarikat dibahagikan kepada waris dan bukan hanya kepada penama seorang. Penama membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dan diperintahkan bahawa rayuan ditolak.

Yang Arif Hakim Raja Musa dalam keputusannya memutuskan: “Dalam pendapat saya, surat penama dalam kes ini tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup oleh kerana tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaiknya dia boleh dianggap sebagai hibah dalam masa mard al mawt, akan tetapi hibah dalam masa sedemikian dianggap sebagai tertakluk kepada undang-undang wasiat. Oleh kerana itu mengikut undang-undang Islam, jumlah itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris.”

Walaupun puan dilantik sebagai penama KWSP tetapi puan tidak termasuk sebagai waris pusaka si mati untuk mewarisi wang KWSP kerana pertalian di antara puan dengannya sebagai waris pusaka sudah terputus disebabkan perceraian antara puan dengannya sebelum arwah meninggal dunia. Namun, terpulanglah kepada peguam puan untuk berhujah menyatakan puan masih berhak ke atas 1/3 wang KWSP menggunakan undang-undang wasiat atau hibah semasa mard al-mawt seperti dinyatakan kes di atas.

Bagaimanapun, puan masih berhak untuk menuntut harta sepencarian terhadap rumah dan kereta arwah. Ia kerana tiada had masa untuk seseorang menuntut harta sepencarian selepas perceraian. Arahan Amalan No 5 tahun 2003 bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan sama ada semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian atau selepas kematian mana-mana pihak.

Oleh itu, puan masih boleh menuntut harta sepencarian terhadap rumah dan kereta arwah dengan membuktikan sumbangan puan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pemerolehan harta berkenaan. Berkaitan di mana puan perlu memfailkan kes tuntutan harta sepencarian, walaupun ia masih dipertikaikan oleh khalayak namun menurut Arahan Amalan No 6 tahun 2003, penentuan mahkamah yang berbidang kuasa membicarakan kes harta sepencarian adalah mahkamah di mana perintah perceraian atau pengesahan perceraian dikeluarkan.

Jika perintah perceraian fasakh puan dikeluarkan oleh mahkamah di Perlis, maka puan perlu memfailkan tuntutan itu di Perlis walaupun harta semuanya berada di Selangor. Berkaitan hak anak puan, mereka adalah waris yang sah dan berhak menerima pusaka arwah selepas hutang dan harta sepencarian ditolak daripada pusaka arwah. Berbincanglah dengan mentua untuk menyelesaikan kes tuntutan harta sepencarian dan faraid secara baik.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com

Thursday, May 1, 2008

Bagi Hutang pada Pasangan

Hak Muslim: Disiarkan dalam Berita Harian pada 1 Mei 08

Mahkamah Syariah boleh dengar kes tuntutan hutang

Soalan:
SAYA seorang guru, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak. Saya bercerai akhir 2007. Sepanjang perkahwinan, saya banyak berkorban untuk keluarga, memberikan dua pertiga gaji untuk urusan keluarga seperti membayar sekolah anak, duit belanja dan barang dapur. Ketika itu saya tidak kisah kerana fikirkan suami isteri mesti bekerjasama untuk keluarga. Saya juga selalu memberi duit kepada suami kerana katanya dia tiada duit untuk belanja. Semua jumlah kecil itu saya tidak ingat jumlahnya. Tetapi saya pernah memberi RM20,000 kepada suami sebagai hutang ketika kami belum bercerai. Tujuan beliau meminjam wang itu untuk digunakan sebagai tambahan modal perniagaannya. Ada perjanjian ditandatangani antara saya dan bekas suami menyatakan hal-ehwal hutang itu. Sekarang kami sudah bercerai dan perniagaan bekas suami nampaknya maju kerana beberapa kali menukar kereta. Persoalannya adakah saya boleh memfailkan tuntutan hutang ini di Mahkamah Syariah. Saya juga mempunyai tuntutan lain yang difailkan di Mahkamah Syariah seperti mutaah dan harta sepencarian yang akan diberi keputusannya tidak berapa lama lagi. Oleh kerana hutang itu sudah lama dan tidak pernah dibayar oleh bekas suami, adakah saya dihalang daripada menuntutnya sekarang.

Isteri Malang,
Klang.

Jawapan:
Puan perlu bersabar dan kuatkan hati menerima dugaan. Puan bukan seorang yang malang kerana apa saja takdir Ilahi mempunyai hikmah di sebaliknya. Kita terima dengan hati terbuka dan positif. Insya Allah masa depan puan akan lebih cemerlang.

Berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah, Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menjelaskan bahawa dalam kes mal, Mahkamah Syariah berbidang kuasa mendengar serta memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan itu adalah orang Islam, tindakan itu berhubungan dengan:
  • Pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau perkara pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara berkaitan perhubungan suami isteri;
  • Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara dinyatakan di atas;
  • Nafkah orang tanggungan, kesahatarafan atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak;
    Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
  • Wasiat atau alang ketika nazak (marad al maut);
    Alang ketika hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang Islam;
  • Wakaf atau nazar; Pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat;
    Penentuan orang berhak kepada bahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam atau bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;
  • Pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
    Pengisytiharan bahawa seseorang itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya;
  • Pentadbiran masjid;
  • Perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Walaupun tiada peruntukan khusus berhubung dengan hutang piutang antara suami isteri, apa-apa pelupusan atau tuntutan harta berbangkit daripada pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan, nusyuz atau pemisahan kehakiman termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti diperuntukkan dalam seksyen 61 di atas.

Hutang bekas suami kepada puan tentunya berbangkit daripada perkahwinan antara puan dengannya. Dalam perkataan lain, jika puan tidak berkahwin dengan bekas suami, tentulah hal ehwal hutang piutang ini tidak berlaku. Oleh itu, Mahkamah Syariah berkuasa mendengar dan memutuskan tuntutan puan.

Dalam kes Moriazi Mohamad lawan Ajmawati Attan, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa membicarakan tuntutan hutang piutang, walaupun di sana tiada peruntukan khusus mengenainya.

Tuntutan hutang piutang itu terbit daripada perkahwinan mereka, disebabkan mereka berkahwin, maka berlakulah transaksi antara mereka termasuk berniaga dan pinjam meminjam modal dan sebagainya, hatta kepada hutang piutang.

Oleh kerana peruntukan khusus tidak wujud dalam mana-mana undang-undang bertulis, maka dalam hal ini, Mahkamah Syariah boleh menggunakan peruntukan hukum syarak. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2003 menjelaskan dalam seksyen 245(2) bahawa jika wujud lacuna (lompang) atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh enakmen ini, mahkamah hendaklah memakai hukum syarak.

Oleh demikian, berdasarkan peruntukan undang-undang yang disebut di atas dan kes Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang diputuskan itu, puan boleh menuntut hutang dibuat suami di Mahkamah Syariah dan bukan di Mahkamah Sivil. Puan dinasihatkan mengemukakan saksi, bukti dokumen dan sebagainya bagi menyokong keterangan ketika membuat ganti rugi. Beban untuk membuktikan bahawa suami berhutang terletak pada bahu puan.

Berhubung had masa pula, berbeza tuntutan hutang di Mahkamah Sivil yang hanya boleh dibuat dalam tempoh enam tahun daripada tarikh keingkaran, di Mahkamah Syariah dan dalam hukum syarak tidak memperuntukkan masa seperti itu. Ini bermakna tiada had masa bagi tuntutan di Mahkamah Syariah. Perkara itu walaupun sudah lama berlalu, puan masih lagi boleh membuat tuntutan itu di Mahkamah Syariah.

Tuntutan hutang juga tidak akan memprejudiskan tuntutan lain yang puan failkan terhadap bekas suami seperti mutaah dan harta sepencarian. Tuntutan itu adalah berasingan dan memerlukan pembuktian berlainan. Tuntutan itu adalah hak puan yang dinyatakan dalam hukum syarak dan dikanunkan sebagai undang-undang.

Oleh itu, puan tidak perlu risau berhubung perkara berkenaan. Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan tuntutan dan pembuktian dikemukakan di mahkamah.

Jawapan disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar. Sebarang persoalan boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Akta Guaman Syarie

Peguam Syarie Menulis:

Syor gubal akta martabat profesion peguam syarie
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

excopgsm@yahoo.com.


BANYAK pihak membicarakan mengenai keperluan akta yang mengawal selia dan memantau peguam syarie di negara ini yang dipanggil Akta Profesion Guaman Syarie. Umum mengetahui peguam syarie mempunyai peranan besar pembantu mahkamah menegakkan keadilan. Walaupun pihak yang bertikai boleh membawa kes mereka sendiri tetapi dengan pengetahuan yang kurang mengenai prosedur undang-undang, ada kalanya sesuatu per-mohonan tidak menepati kehendak sewajarnya. Oleh itu, peguam syarie adalah orang penting bagi membantu anak guam mengetengahkan tuntutan supaya sesuatu kes dibicarakan menepati prosiding ditetapkan undang-undang.

Buat masa ini setiap peguam syarie yang ingin beramal dan diterima masuk di mana-mana negeri di negara ini tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri yang ada. Kaedah itu pula berbeza-beza dan tidak seragam di antara negeri di Malaysia. Ada negeri meletakkan syarat yang ketat dan ada negeri lebih longgar syaratnya.

Sebelum ini, kita juga membaca di media, keluhan bakal peguam syarie mengenai kesukaran dihadapi dalam proses melengkapkan diri untuk diterima sebagai peguam syarie. Contohnya, pengalaman pahit seorang bakal peguam memohon menjadi peguam syarie di Selangor gagal kerana tiada latihan dalam kamar sedangkan dia lepasan syariah dan dikehendaki membuat penampalan di Mahkamah Syariah di seluruh negeri itu.

Begitu juga kesusahan bakal peguam syarie yang sudah menghabiskan masa hampir lima tahun belajar syariah, tetapi masih diwajibkan mempunyai Diploma Lanjutan Amalan Syariah. Sedangkan pelajar lepasan undang-undang sivil mempunyai pengetahuan syariah yang sedikit juga dikehendaki mengambil diploma sama.

Kepeguaman syarie dewasa ini sudah berkembang dengan baik. Kita dapati bilangan peguam syarie ditauliahkan semakin ramai. Begitu juga kes dibicarakan juga semakin banyak dengan fakta kes semakin rumit membabitkan tuntutan harta sepencarian serta mutaah mencecah jutaan ringgit.

Semua ini memerlukan khidmat peguam syarie untuk membantu pihak terbabit. Justeru, sudah tiba masanya kerajaan mempercepatkan penggubalan dan seterusnya mewartakan Akta Profesion Guaman Syarie itu.

Antara rasional perlu dipercepatkan akta itu adalah:

  • Kedudukan dan martabat peguam syarie dapat ditingkatkan sebagai pihak yang penting dalam melicinkan perjalanan proses keadilan di mahkamah. Taraf profesion peguam syarie juga akan lebih dimuliakan setanding kedudukan peguam cara dan peguam bela di Mahkamah Sivil yang dikawal selia di bawah Akta Profesion Undang-undang 1952. l Apabila wujudnya dan dikuatkuasakan akta itu, maka Majlis Peguam Syarie boleh ditubuhkan yang bertujuan mengawal selia pengeluaran sijil amalan untuk setiap negeri, menjaga rekod peguam syarie, memastikan penerimaan masuk peguam syarie yang selaras serta dapat menjaga kebajikan ahli seperti sahabat mereka peguam sivil.
  • Buat masa ini, jika ada peguam syarie terbabit dengan salah laku dan membuat sesuatu perkara yang tidak wajar seperti menipu anak guam, membawa pembuktian palsu, mengenakan caj tidak munasabah dan sebagainya, tidak ada badan tertentu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Dengan adanya Majlis Guaman Syarie yang diberi mandat oleh akta itu, nescaya ia membantu pelanggan membawa kes salah laku peguam syarie kerana badan ini akan mempunyai kuasa mengambil tindakan disiplin terhadap peguam terbabit. Badan itu juga berkuasa di sisi undang-undang untuk menarik kembali sijil beramal peguam syarie yang disabitkan dengan salah laku seperti berlaku terhadap peguam sivil di bawah seliaan Majlis Peguam mereka.
  • Kaedah pemilihan dan terima masuk peguam syarie boleh diselaraskan dan diseragamkan supaya tidak bersifat menganiaya bakal peguam syarie di negara ini.

Contohnya:

– Negeri Selangor di bawah Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri Selangor 1991 meletakkan syarat pemohon yang ditemuduga sudah mendapat latihan profesional yang diiktiraf majlis dalam kehakiman Islam. Ini bermakna pemohon perlu menghadiri latihan amalan guaman di firma guaman syarie dan sebagainya. Namun begitu, tempoh masa latihan tidak dinyatakan. Pemohon juga perlu mempunyai Diploma Lanjutan Syariah yang berkaitan seperti Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ), Diploma Syariah dan Amalan Undang-undang (DLSP), Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA) dan lain-lain selain mempunyai ijazah asas dalam bidang Syariah (LLB.S) atau Sarjana Muda Undang-undang (LLB). Pemohon juga perlu membuat tampalan di seluruh mahkamah di Selangor terlebih dulu sebelum majlis temu duga berlangsung.

– Negeri Kedah di bawah Peraturan-peraturan Peguam Syarie 1983 meletakkan hanya peguam bela dan peguam cara lepasan LLB saja yang layak memohon sebagai peguam syarie. Ini bermakna lepasan Syariah tidak dinyatakan di situ. - Wilayah Persekutuan hanya meletakkan Ijazah LLB atau LLB.S dan yang selayaknya berhak memohon dan tidak diwajibkan mempunyai Diploma Lanjutan Guaman Syarie.

– Ada negeri perlu menjalani peperiksaan khas dan selepas lulus peperiksaan, perlu lulus temu duga pula. Ada negeri yang memberi tauliah peguam syarie setiap tahun tetapi ada pula negeri sudah bertahun tidak mentauliahkan peguam syarie. Keselarasan syarat dan kelayakan untuk diterima masuk sebagai peguam syarie adalah satu keperluan supaya tidak menjadi bahan ketawa di negara ini. Melalui akta ini, tatacara yang selaras boleh diterima pakai di seluruh negara.

Contohnya jika diperlukan Latihan Amalan, apakah yang dimaksudkan latihan itu, apakah syarat firma yang boleh menerima pelajar dalam kamar (chambering), berapa lama tempohnya dan apakah master (majikan) perlu membuat laporan kepada Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri atau sebagainya. Jika menepati tempoh sembilan bulan seperti peguam sivil, apakah perlu ditemuduga lagi atau bagaimana? Semua akan dapat diselaraskan dan kebajikan bakal peguam syarie terutama mempunyai ijazah syariah tanpa LLB akan terbela.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com.
Cetak

Thursday, April 24, 2008

Cinta, Kahwin dan Cerai

Artikel ini telah disiarkan dalam Berita Harian pada 23 April 2008
__

Peguam Syarie Menulis:
Ibu bapa wajar bantu selamatkan perkahwinan anak
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

MUTAKHIR ini, akhbar menyiarkan pelbagai kisah artis Malaysia berkahwin beberapa bulan, kemudian mengalami masalah rumah tangga dan bercerai. Kisah perkahwinan dan perceraian artis pula memang disukai ramai kerana mereka adalah golongan selebriti yang dikenali. Seorang penulis ada menyebut bahawa tahun ini adalah tahun artis berkahwin dan bercerai. Namun, beliau menyatakan berkahwin dan bercerai bukan saja berlaku kepada artis tetapi kepada orang biasa juga. Agak menarik untuk dikupas.

Perkahwinan sememangnya menyatukan dua insan berbeza latar belakang, datang daripada dua keluarga berlainan dan dibesarkan dengan pendekatan berbeza oleh ibu bapa mereka. Maka, sudah tentu wujud perbezaan antara mereka sama ada daripada segi cara berfikir, pembawaan diri, penilaian terhadap sesuatu perkara dan pendekatan diambil apabila berdepan masalah.

Perbezaan itu seharusnya ditangani dengan baik, hati terbuka dan berlapang dada di antara pasangan berkahwin. Islam menekankan supaya suami melayani isteri dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang, bukan secara kekasaran atau kekerasan. Kedua-dua belah pihak disaran supaya bergaul, menjalinkan hubungan dengan baik dan harmoni. Ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang makruf.” - (Surah al-Nisaa’, ayat 19)

Kadang-kala kita melihat ada suami melayan isteri dengan ganas, pantang tersilap akan dimarah dan diherdik dengan kata-kata kesat walaupun di hadapan orang ramai. Bahkan ada yang dipukul dan lain-lain perlakuan tidak wajar.

Ini sebenarnya berlawanan dengan ajaran Rasulullah SAW. Baginda berjaya menzahirkan hubungan kekeluargaan yang sangat tulus dengan semua isterinya dan dinyatakan dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli (keluarganya) dan aku di kalangan kamu adalah orang yang paling baik dengan ahliku.” - (Riwayat Ibn Majah)

Apabila berlaku perbezaan, Islam menyarankan supaya kita melihat perbezaan itu daripada sudut positif sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikan mereka). Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan apa yang kamu bencikan itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah al-Nisa', ayat 35)

Jika isteri melakukan sesuatu perkara yang buruk dan berlawanan dengan syariah serta menderhaka kepada suaminya atau dipanggil nusyuz, maka apakah yang seharusnya dilakukan? Allah berfirman yang bermaksud: “Wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan diri daripada tempat tidur mereka, dan pukul mereka, kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya.” - (Surah al-Nisaa, ayat 35)

Pentafsir seperti al-Tabari menyebut jika rumah tangga dibina menghadapi masalah dan ia berpunca daripada sikap nusyuz isteri, maka hendaklah isteri itu diberi peringatan supaya kembali taat kepada Allah dan melaksanakan hak suami ke atasnya. Jika isteri nusyuz dengan meninggalkan tempat tidur, maka hendaklah ditegur dengan kata-kata nasihat seperti, “Bertakwalah kamu kepada Allah dan kembalilah ke katilmu.”

Tindakan kedua, jika isteri masih berlaku nusyuz ialah suami meninggalkannya dan tidak melakukan persetubuhan bersama isterinya. Dalam keadaan ini, al-Tabari mentafsirkan bahawa ada dua cara dibolehkan iaitu suami masih tidur bersama isteri di atas katil yang sama tetapi tidak melakukan persetubuhan. Cara kedua ialah suami meninggalkan isterinya iaitu tidak tidur bersama tetapi masih berada dalam ruang lingkup rumah yang didiami oleh pasangan terbabit.

Jika selepas dua tindakan dilakukan tetapi isteri masih tetap berlaku nusyuz, maka tindakan seterusnya ialah suami boleh memukul isterinya dengan pukulan yang tidak mencederakannya sehingga isteri berubah dan kembali taat kepada Allah dan suaminya. Jika isteri sudah kembali taat maka suami tidak boleh lagi mengambil tindakan seperti dinyatakan di atas.

Peruntukan pukul dijadikan alasan oleh sesetengah pihak sebagai bukti Islam menindas wanita kerana membenarkan suami memukul isteri. Sebenarnya, peruntukan itu adalah satu alternatif penguatkuasaan disiplin diperuntukkan sebagai jalan terakhir membentuk salah laku isteri jika ada.

Ia bukan galakan kerana jika begitu, sudah tentu ada ditunjukkan Nabi SAW mengambil tindakan itu ke atas isterinya. Realitinya, Nabi SAW sendiri tidak pernah memukul isteri Baginda, bahkan Baginda mengutuk mana-mana lelaki yang memukul isteri pada waktu siang dan menidurinya pula di waktu malam. Ini menunjukkan Nabi sangat menekankan rahmah, hubungan mesra dijalankan dan bukannya hubungan tegang dengan hukuman dan deraan.

Bagaimana jika salah laku atau permasalahan berpunca daripada suami ataupun berpunca daripada kedua-dua belah pihak suami dan isteri? Apakah yang harus dilakukan untuk menyelesaikannya? Menurut Ibn Kathir, ayat 34 surah al-Maidah sebenarnya adalah berkait rapat dengan ayat 35 surah sama iaitu Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan jika kamu khuatirkan ada perbalahan antara keduanya, maka kirimlah dari keluarga lelaki dan dari keluarga perempuan. Jika keduanya bermaksud mengadakan pembaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu.”

Wajar atau tidak ibu bapa campur tangan apabila sesuatu pasangan bergaduh dan hubungan menjadi tegang? Jawapannya adalah wajar demi kesejahteraan dua pasangan terbabit. Kemungkinan dengan campur tangan daripada keluarga, hubungan pasangan bermasalah boleh diselesaikan dan bahtera perkahwinan mereka dapat diselamatkan daripada karam.

Ini jarang berlaku dalam masyarakat kita. Selalunya yang kita dengar adalah apabila berlaku perselisihan, ada ibu bapa mengambil sikap berkecuali dan hanya menyebut, “Pandai-pandailah kamu selesaikan masalah rumah tangga kamu.” Pendekatan ibu bapa seperti ini adalah silap dan ia tidak menepati apa yang Allah sarankan.

Dalam setiap urusan perkahwinan, ibu bapa dan keluarga adalah antara golongan paling sibuk meraikan pasangan, justeru, apabila berlaku masalah, wajar ibu bapa berusaha menolong bagi menyelesaikan secara baik. Ibu bapa suami dan ibu bapa isteri perlu berbincang mengenai cara untuk menyelamatkan hubungan perkahwinan, bukannya menyalahkan pihak satu lagi.

Bahkan, jika ibu bapa gagal berperanan, maka, abang, kakak, bapa saudara dan lain-lain juga wajar menghulurkan tangan, mengambil tahu serta berusaha untuk menyelamatkan sesebuah ikatan perkahwinan yang dibina.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

AGM 7 PGSM

AGM ke 7 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pada 19 April 2008 yang lepas, AGM PGSM kali ke 7 telah berjaya diadakan dengan kehadiran mencukupi bilangan minimum korum untuk meneruskan AGM.
Banyak perkara telah dibincangkan dan cadangan penambah baikan untuk PGSM laksanakan di masa akan datang. PGSM mengucapkan terima kasih kepada Peguam-peguam yang telah hadir dan memerikan sokongan serta cadangan membina. Semoga kerjasama dan penglibatan anda semua diberkati Allah.

Friday, April 18, 2008

Feedback on the Resolution of the Seminar

Pihak Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah mengeluarkan kenyataan Media berhubung perbahasan mengenai Resolusi Seminar Semakan Semula Korpus Undang-undang dan telah disiarkan di dalam blog PGSM ini. Kenyataan tersebut mendapat feed back yang baik dari seorang blogger yang telah mengirimkan persoalan kepada Presiden PGSm, Hj Zainul Rijal berkenaan isu terlibat.

Dibawah ini disertakan persoalan tersebut dan jawapan yang telah disertakan untuk bacaan semua. Semoga perbincangan secara tertib dan tidak emosional dapat dijalankan antara semua pihak yang prihatin berhubung isu ini ke arah mencari penyelesaian dan perlaksanaan yang baik untuk masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Moderator
___________________________________

11/4/2008
To: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Kenyataan Media-Resolusi Seminar Semakan Korpus Undang-undang Islam

Dear Hj. Zainul,

Firstly, I do apologise for answering in English as your press statement is in BM and it would only be proper for me to comment in BM. However, my BM is not as fluent as it should be and I do hope you do not take offense to the form of this reply.

I take it first that you do not subscribe to the IKIM position (in their statement of 03/04/2008) that “The article in the STAR which reports that the seminar had proposed that non-Muslims caught committing khalwat with Muslims should also be sentenced accordingly but in the civil courts, is entirely erroneous. No such proposal was made, and therefore if what is reported in the Star as being comments allegedly made by Syariah Court of Appeal Judge, are also in error.”

Admitting to a lack of flair for writing on my part, I will only comment on your press statement of 04/4/2008 paragraph by paragraph.

1. Resolusi yang dikeluarkan hasil Seminar Semakan Semula Korpus Undang-Undang Islam Di Malaysia: Keperluan Dan Cabaran antara lain telah mengutarakan cadangan supaya penglibatan secara bersama antara orang Islam dan bukan Islam dalam sesuatu kesalahan atau jenayah syariah hendaklah dihukum dengan hukuman yang setimpal. Cadangan ini jika dilaksanakan akan memberi kesan umpamanya dalam kes khalwat di mana salah seorang pasangannya adalah bukan Islam, maka dia juga hendaklah didakwa dan dijatuhi hukuman sekiranya disabitkan bersalah. Namun seminar berpandangan pendakwaan tersebut hendaklah dilakukan di mahkamah sivil.

Comment:
You cannot prosecute a non-muslim in the civil courts for an offence which is an offence only in Syariah law and prosecutable only in the Syariah courts; not to mention that it is an offence if committed by Muslims only.

2. Golongan bukan Islam seperti Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Toaism serta beberapa NGO lain menentang keras cadangan ini dengan mengatakan undang-undang syariah tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan menafikan hak orang bukan Islam itu sendiri.

Comment:
I concur that Syariah laws cannot apply to non-Muslims.

3. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya resolusi yang dibincangkan oleh pakar-pakar perundangan dan syariah tanah air. Pakar-pakar yang mahir dalam bidang masing-masing ini sudah tentulah mengambil kira semua sensitiviti dan kedudukan undang-undang sebelum menggarapnya sebagai cadangan.

Comment:
This ASSUMES some sort of dialogue/consultation was conducted with the said consultative council and/or NGO. I unfortunately do not note any particular instance cited in the paragraph.

4. Sebenarnya tidak timbul isu mengenakan atau menguatkuasakan undang-undang syariah ke atas orang bukan Islam kerana pendakwaan akan dibuat di mahkamah sivil. Bukankan salah satu teras negara yang termaktub di dalam Rukun Negara ialah Kesopanan dan Kesusilaan? Oleh yang demikian undang-undang moral boleh digubal bagi menangani masalah moral masyarakat.

Comment:
(a) Again, you cannot prosecute a non-Muslim in civil courts for an offence which is an offence only in the Syariah courts, or an offence which is against the moral percepts of Islam.
(b) The Rukunegara is not a guiding principle when formulating laws that govern Malaysia as whole. The Rukunegara is a “a guideline in the country’s nation-building efforts”href="http://www.gov.my/MYGOV/BI/Directory/Government/AboutMsianGov/GovRukunegara">aguideline in the country’s nation-building efforts
(c) The Federal Constitution is the guideline for formulating laws in Malaysia - Article 4(1) “This Constitution is the supreme law of the Federation …”href="http://www.islamic-world.net/islamic-state/assessing_consti.htm">Article4(1) “This Constitution is the supreme law of the Federation …”
(d) Morality is not the sole basis of laws.
(e) Nothing is said about differing moral standards/emphasis among the various communities in Malaysia.

5. Apakah kita lupa bahawa membina masyarakat bermoral dan berakhlak mulia merupakan prinsip asas kenegaraan ini? Lantaran jika kita ingin menghapuskan undang-undang moral maka prinsip kelima Rukun Negara ini pun hendaklah ditiadakan.

Comment:
“Kesopanan dan kesusilaan” (Good Behaviour and Morality) can be achieved without the use of the law (punishement). In fact, it is better achieved when its percepts are internalised and acted on willingly in full understanding of its purpose; rather than by fear of punishment.

6. Jika kita menelusuri sejarah dan hakikat undang-undang jenayah pun kita akan dapati bahawa undang-undang jenayah ini sebenarnya berakar-umbi dari undang-undang mora. Undang-Undang sebenarnya bersandarkan moral manakala moral pula bersandarkan kepada agama. Umpamanya kesalahan membunuh secara tidak sah, sebelum ia memperundangkan atau ditaqninkan menjadi undang-undang jenayah, ia adalah kesalahan moral yang amat dibenci oleh masyarakat.

Comment:
(a) Not all criminal laws are based on morality. And not all religions have same standards on morality.
(b) Murder is a good example for the proposition that murder is immoral, laws should be moral and therefore murder should be unlawful. This logic sequence works because murder by the moral standards of almost all religion (I do not presume to know of all religion) is immoral. However, ‘khalwat’ is not immoral for most of the non-Muslim citizens of Malaysia. They might agree that it is ‘not proper’ or shameful, but not immoral; and certainly not unlawful.

7. Secara hipotetikal pula, sekiranya undang-undang moral ini dihapuskan, apa yang akan berlaku jika terdapat orang yang melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan mata kita atau keluarga kita? Biarkan sahaja mereka dengan hak asasi mereka? Biarkan sahaja anak-anak kita menonton aksi tidak bermoral itu? Apa yang hendak kita lakukan dalam keadaan kita tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencegahnya? Jika ia merujuk kepada isu hak asasi pelaku tersebut, bagaimana pula dengan hak asasi kita yang jijik terhadap perbuatan tersebut. Apakah hak kita untuk hidup dalam tenang tanpa melihat perbuatan seperti itu?

Comment:
(a) In no way do I equate ability to be lewd in public with human rights.
(b) The Penal Code does provide for punishment for some lewd acts (“perbuatan tidak senonoh”). Please see sections 268 & 290-294 Penal Code.
(c) Khalwat that is done in private cannot logically be seen and therefore the question of it being ‘jijik’ to children does not arise; and if done in public, they would come under the offence of public nuisance. There is already protection under the law against such lewd acts and such laws applies to everyone in Malaysia, regardless of religion.

8. Jika kita bercakap tentang hak orang bukan Islam untuk melakukan khalwat, berzina dan sebagainya, adakah mereka ini mempunyai hak untuk melanggar undang-undang syariah? Sekiranya salah seorang pasangan adalah bukan Islam, maka adakah mereka mempunyai hak untuk berzina sehingga melahirkan anak-anak luar nikah tanpa didakwa? Malah dalam beberapa agama selain Islam juga telah meletakkan perzinaan adalah suatu kesalahan yang berat.

Comment:
(a) Yes. Non-Muslims can go against Syariah laws because Syariah laws do not apply to non-Muslims. Non-Muslims can ‘berzina’ (commit adultery) and not be punished criminally for it because adultery is not a crime for non-Muslims. It is morally reprehensible, yes; but not a crime.
(b) If a Muslim & non-Muslim commit adultery and a child out-of-wedlock is born, it is not a crime. Granted, there will be administrative and social reprecussions (amongst other things), but it is not a crime under the general criminal law of Malaysia.
(c) May I have the reference where adultery is punished severely (criminally) in religions other than Islam? (“Malah dalam beberapa agama selain Islam juga telah meletakkan perzinaan adalah suatu kesalahan yang berat”)

9. Kenapa pula kita sering mengamalkan ‘double standard’ terhadap Islam? Apabila ia tidak berkaitan dengan Islam, kita amat mudah menerimanya tetapi tatkala nama Islam muncul maka kita resah, menentang dan menyangkal tanpa memberikan justifikasi yang adil terhadap Islam.

Comment:
I apologise for being a broken record, but I have absolutely no problems with the Syariah being applicable and enforceable to Muslims. I am, as a non-Muslim, however concerned when Syariah laws are proposed to be applied to non-Muslims.

10. Umpamanya, sekiranya seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung pergi ke Sabah atau Sarawak dan di sana beliau telah melakukan suatu kesalahan yang melanggar undang-undang adat peribumi Sabah dan Sarawak. Orang ini akan tetap dihukum melalui undang-undang adat tersebut walaupun beliau berasal dari Semenanjung. Ini tidak bermakna kita menjadikan beliau sebagai peribumi Sabah dan Sarawak. Begitu juga perbandingannya bagi undang-undang Islam dalam aspek yang terlalu sedikit ini, tidak bermakna menjadikan mereka orang Islam.

Comment:
(a) Your example of a non-native person breaching the native laws in Sabah and Sarawak and being subjected to those same laws is not on all fours with the issue at hand. Do permit me to comment as follows:-
(1) In Sabah, the governing provision is, I believe, Native Courts Enactment 1992href="http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=...&document=statelaws/nativecourtsen.htm">NativeCourts Enactment 1992,
(2) specifically, where one party is a native and another non-native, Section 6 (Jurisdiction of Native Courts) states that “(1) Every Native Court shall exercise original jurisdiction to the extent set forth and subject to the provisions to this Enactment to hear, try, determine and dispose of the following cases …

(b) cases arising from breach of native law or custom, religious, matrimonial or sexual, if the written sanction of the District Officer acting on the advice of two Native Chiefs has been obtained to the institution of the proceedings, where one party is a non-native”(3) Section 6 thus preserves a form of filter/check & balance in the form of the written sanction of the District Officer where one party is a non-native before the native laws are applied to him/her.

(4) Your proposal of applying Syariah to non-Muslims proposes no such filter, and more importantly, goes against the tenor of the 9th Schedule of the Federal Constitution.(b) I, unfortunately, am not able to comment on the Sarawak situation.

11. Pengenaan tindakan terhadap orang bukan Islam dalam hal yang berkaitan dengan orang Islam adalah kena pada masanya bagi mengelakkan keresahan di kalangan orang Islam sendiri. Ia sebenarnya tidak langsung memaksa orang bukan Islam menganut agama Islam. Malah ia selari dengan Rukun Negara menekankan peri pentingnya kesopanan dan kesusilaan disemat di dalam diri setiap warganegara Malaysia. Ia adalah jati diri rakyat Malaysia.

Comment:
But you ARE in turn causing anxiety (“keresahan”) to non-Muslims by seeking to impose the Muslim standards on us. Non-Muslims may agree to many parts of the Syariah, but not to all of it. Khalwat is one area where there is, as is quite obvious from the opposition to its implementation on non-Muslims, disagreement.

12. Cadangan seminar ini juga tidak berkaitan dengan persoalan Perlembagaan kerana orang bukan Islam ini hanya akan didakwa di mahkamah sivil bukannya di mahkamah syariah.

Comment:
But the proposal to apply Syariah laws, even in the civil courts, on non-Muslims automatically raises constitutional issues.

13. PGSM mendesak agar semua pihak berlaku adil dalam memberi pendapat dan tidak membuat serangan melulu tanpa justifikasi yang wajar terhadap Resolusi Seminar Penyemakan Korpus Undang-undang Islam yang telah diisytiharkan itu.

Comment:
Could you please email me a full copy of the resolutions from the seminar?
Thank you.
Jason Kay
http://jasonkaykl.blogspot.com/


____________________________
April 11, 2008 6:04 PM

Answers provided by Hj Zainul, Presiden of PGSM
17 April 08

Hi Jason,
Very Good day to you Jason.

Thank you for your view posted in our blog. I must admit that I learned a lot and appreciate your view. Your argument manifests mature discussion and avoids unnecessary emotional arguments.

Yes, I do not subscribe to IKIM DG position. I was one of the panels involved in formulating the resolutions. I was there, the DG was not there but he denied it was a resolution. Even if he disagrees with the resolution he can say so but should not deny that it was one of the resolutions.

I am of the opinion that non-Muslims should not be prosecuted in Syariah Courts. They should also not be prosecuted in civil court if it is not an offence. On this score I agree with you, Jason.

Nevertheless, it should not be so if the act involves Muslims. (Please note that the resolutions passed not restricted to offence of khalwat only, there are other offences such as destroying or defiling place of worship (s11); Contempt of religious authority (s12), defiance of court order (s15) etc.) Khalwat is the only example picked up by the press.

When the act involves Muslims, then I think the non Muslim should also be punished in civil court for ‘encouraging’ , (bersubahat) and participating with the Muslims to commit Islamic offence. However, law has to be legislate for this to take effect. At present we can’t enforce it.

Section 31 of the Syariah Criminal Enactment provides for indecent acts in public places, if the acts were done by a Muslim with a non Muslim, the Muslim will be charged under section 31 but I think the non-Muslim should also be charged under the Penal Code as you suggested. Please again do not confine our argument to khalwat case only because the resolution did not confine to khalwat. The press is the one who highlighted khalwat.

It is the general policy of the nation that our citizens must respect the law. And we should not see law refers to Sivil law only. Law includes Islamic laws passed by relevant legislatives bodies. I cannot imagine if a non-Muslim work in concoction with a Muslim to defy Islamic laws. In this event, I believe that both of them must be punished.

You replied to my example on native law in Sabah. Yes there are filter / check and balance be written sanction by the DO. The same can apply here. The civil court can be better filter than the DO. That is the reason why I said it must be done in civil court. If I propose it to be done in syariah court, definitely most of the non-Muslims will disagree and will say the syariah court as bias. We have to draft the law carefully so as not to upset Muslims and non-Muslims alike.

As to the Rukun Negara, I am fully aware that the Rukun Negara has no legal force. I never say that Rukun Negara is a guiding principle when formulating laws that govern Malaysia as a whole. What I question is that why Tan Sri Ghazali Shafie formulated the Rukun Negara in 1969 and made it as a policy of the nation. Scrap it out if we do not give any value to it.

I cannot agree with you that morality is not the sole basis of laws. It is only one of the considerations when formulating laws. I must admit also that there are different moral standards among communities in Malaysia. I may propose that all the personal laws of other communities than the Muslim’s be recognized as laws. Should they infringe the personal law, they should be prosecuted according to their own personal law. I am ok with it.

Please do not fear Islamic law because if it being applies in its entirety- fairness will prevail. Islamic law will not be enforced to non Muslim. The problem in Malaysia is that the government picks and choose which Islamic law they want to enforce and which they want to disregard. This is the problem that we face.

Jason, if I may suggest you, please read the philosophy of Islamic laws especially the law relating to crime, burden of proof and independence of Islamic judiciary, you will appreciate further on the Islamic law.

On you request for reference where adultery is punished severely in other religion than Islam here are the reference (I also include the position in Islam):-

Approach not adultery: for it is a shameful deed and an evil, opening the road to other evils. 1. Islam. Qur'an 17.32

Let marriage be held in honor among all, and let the marriage bed be undefiled; for God will judge the immoral and the adulterous. 2. Christianity. Hebrews 13.4

We find that to every sin God is long-suffering, except to the sin of unchastity. Rabbi Azariah said, "All things can God overlook save lewdness." 3. Judaism. Midrash, Leviticus Rabbah 23.9

Be sure of this, that no fornicator or impure man... has any inheritance in the kingdom of Christ and of God. 4. Christianity. Bible, Ephesians 5.5

Neither fornicate, for whosoever does that shall meet the price of sin--doubled shall be the chastisement for him on the Resurrection Day. 5. Islam. Qur'an 25.68-69

Violating and misusing love is the gravest of all crimes. Abusing love is a greater crime than cutting the universal root of life [murder]. 6. Unification Church . Sun Myung Moon, 3-20-77

Both learning and the practice of the Teaching are lost to him who is given to sexual intercourse. He employs himself wrongly. That is what is ignoble in him. 7. Buddhism. Sutta Nipata 815
Sutta Nipata 815: Cf. Sutra of Forty-two Sections 25, p. 929.

A wise man has nothing to do with lust. Lust is nothing but death, and lack of it is serenity. How can one who perceives this indulge in wanton behavior? 8. Jainism. Acarangasutra 2.61

Four misfortunes befall a careless man who commits adultery: acquisition of demerit, disturbed sleep, third, blame; and fourth, a state of woe. There is acquisition of demerit as well as evil destiny. Brief is the joy of the frightened man and woman. The king imposes a heavy punishment. Hence no man should frequent another man's wife. 9. Buddhism. Dhammapada 309-10

When a family declines, ancient traditions are destroyed. With them are lost the spiritual foundations for life, and the family loses its sense of unity. Where there is no sense of unity, the women of the family become corrupt; and with the corruption of its women, society is plunged into chaos. Social chaos is hell for the family and for those who have destroyed the family as well. 10. Hinduism. Bhagavad Gita 1.40-42

Immorality in the house is like a worm in the vegetables. 11. Judaism. Talmud, Sota 3b

Do not approach thy neighbor's wife or maids. 12. Taoism. Tract of the Quiet Way

Let those who cannot find a match keep chaste till God give them independence by His grace. 13. Islam. Qur'an 24.33

Whoever has illicit affairs with the wives of his relatives or friends, either by force or through mutual consent, he is to be known as an outcast. 14. Buddhism. Sutta Nipata 123

The philanderer lusting after numerous women does not give up seeking in others' homes. What he does daily only brings regrets-- In sorrow and greed he is shriveled up. 15. Sikhism. Adi Granth, Dhanasari, M.5, p. 672

A man should not think incontinently of another's wife, much less address her to that end; for such a man will be reborn in a future life as a creeping insect. He who commits adultery is punished both here and hereafter; for his days in this world are cut short, and when dead he falls into hell. 16. Hinduism. Vishnu Purana 3.11

The lips of a loose woman drip honey, and her speech is smoother than oil;but in the end she is bitter as wormwood, sharp as a two-edged sword.Her feet go down to death; her steps follow the path to Sheol;she does not take heed to the path of life; her ways wander, and she does not know it.... Drink water from your own cistern, flowing water from your own well.Should your springs be scattered abroad, streams of water in the streets?Let them be for yourself alone, and not for strangers with you.Let your fountain be blessed, and rejoice in the wife of your youth,a lovely hind, a graceful doe. Let her affection fill you at all times with delight,be infatuated always by her love. Why should you be infatuated, my son, with a loose woman and embrace the bosom of an adventuress? For a man's ways are before the eyes of the Lord, and he watches all his paths. The iniquities of the wicked ensnare him, and he is caught in the toils of his sin. He dies for lack of discipline, and because of his great folly he is lost. 17. Judaism and Christianity. Proverbs 5.3-23

If you are handsome, do not go astray after lewdness, but honor your Creator, and fear Him, and praise Him with the beauty which He has given you. 18. Judaism. Pesikta Rabbati 127a

The body is not meant for immorality, but for the Lord... Do you not know that your bodies are members of Christ? Shall I therefore take the members of Christ and make them members of a prostitute? Never! Do you not know that he who joins himself a prostitute becomes one body with her? For, as it is written, "The two shall become one flesh." But he who is united to the Lord becomes one spirit with him. Shun immorality. Every other sin which a man commits is outside the body; but the immoral man sins against his own body. Do you not know that your body is a temple of the Holy Spirit within you, which you have from God? 19. Christianity. 1 Corinthians 6.13-19________________________________________
1 Corinthians 6.13-19: Cf. 1 Corinthians 3.16-17, p. 211, on the sacredness of the human body as God's temple. Paul is quoting Genesis 2.24, p. 252. Vinaya Pitaka: The Vinaya Pitaka is the standard text of monastic discipline for Theravada monks.

Qur'an 24.30-32: Wearing the veil by Muslim women was instituted in the Qur'an as a practical protection against the temptation to adultery.

Offering presents to a woman, romping with her, touching her ornaments and dress, sitting with her on a bed, all these are considered adulterous acts. 20. Hinduism. Laws of Manu 8.357

A monk who, with sexual desire and a perverse intention, contacts a woman, holding her hand or holding a braid of her hair or rubbing against any part of her body, commits an offense, requiring formal meetings of the Order for its exoneration. 21. Buddhism. Vinaya Pitaka

Because the daughters of Zion are haughty and walk with outstretched necks,glancing wantonly with their eyes, mincing along as they go, tinkling with their feet; the Lord will smite with a scab the heads of the daughters of Zion ,and the Lord will lay bare their secret parts. 22. Judaism and Christianity. Isaiah 3.16-17

Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Lo! God is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers... or children who know naught of women's nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto God together, O believers, in order that ye may succeed. 23. Islam. Qur'an 24.30-32

A master has said, "He who beholds a beautiful woman should say, 'Blessed be He who hath created such in His universe.'" But is even mere looking permitted? The following can surely be raised as an objection: "Thou shalt keep from every evil thing" [Deuteronomy 23.10] implies that one should not look intently at a beautiful woman, even if she be unmarried, nor at a married woman, even if she be ugly, nor at a woman's gaudy garments, nor at male and female asses or at a pig and a sow or at fowls when they are mating. 24. Judaism. Talmud, Aboda Zara 20ab

The lawful thing which God hates most is divorce. 25. Islam. (Saying of Prophet Muhammad)Hadith of Abu Dawud Aboda Zarah 20ab: Cf. Treatise on Response and Retribution, p. 932. Hadith of Abu Dawud: The Islamic law on divorce is found in Qur'an 2.226-32.

There a waiting period of four months is prescribed, to allow the decision to be reconsidered. Malachi 2.14-16: Christian and Jewish marriage is not like a secular contract which can be annulled at will; it is a covenant to which God is witness and third partner. Laws of Manu 9.95, 101: Divorce is permitted, but it is not done by virtuous people. According to Narada Dharma Sutra 12.92-100 and Laws of Manu 9.76-81, a man may divorce his wife on the grounds of adultery, profligacy, procuring an abortion, drunkenness, malicious speech, or failure to produce a male heir. A woman may divorce her husband if he becomes a religious ascetic, is impotent, is expelled from his caste, or is long absent. A waiting period of one to eight years is normally required.

The Lord was witness to the covenant between you and the wife of your youth, to whom you have been faithless, though she is your companion and your wife by covenant.... "For I hate divorce," says the Lord. 26. Judaism and Christianity. Malachi 2.14-16

The husband receives his wife from the gods; he does not wed her according to his own will; doing what is agreeable to the gods, he must always support her while she is faithful. "Let mutual fidelity continue until death;" this may be considered as a summary of the highest law for husband and wife. 27. Hinduism. Laws of Manu 9.95, 101

And Pharisees came up and in order to test him [Jesus] asked, "Is it lawful for a man to divorce his wife?" He answered them, "What did Moses command you?" They said, "Moses allowed a man to write a certificate of divorce, and to put her away." But Jesus said to them, "For your hardness of heart he wrote you this commandment. But from the beginning of creation, 'God made them male and female.' 'For this reason a man shall leave his father and mother and be joined to his wife, and the two shall become one flesh.' So they are no longer two but one flesh. What therefore God has joined together, let not man put asunder." And in the house the disciples asked him about this matter. And he said to them, "Whoever divorces his wife and marries another, commits adultery against her; and if she divorces her husband and marries another, she commits adultery." 28. Christianity. Mark 10.2-12 ________________________________________Mark 10.2-12: In the parallel attestation in Matthew 19.3-9, there is an exception for 'unchastity.' Current biblical scholarship does not see this exception as sanctioning divorce on the grounds of marital infidelity. 'Unchastity' is not the same word as adultery; it is thought to refer to the incestuous relations practiced by some pagans before their conversion to Christianity. Jesus is quoting Genesis 1.27, p. 282 and Genesis 2.24, p. 252. Lotus Sutra 14: The 'five kinds of unmanly men' includes homosexuals, hermaphrodites, eunuchs, and those suffering from various kinds of impotence. The Sangha did not want anyone to join the order as an escape; it likewise barred from membership debtors who wanted to renege on their debts and young novices who did not have their parents' permission. Qur'an 29.28-29: This passage refers to the story of Sodom and Gomorrah .

According to the Bible (Genesis 19.4-11), when two angels came to Lot's home to warn him of the city's impending destruction, the mob demanded that Lot give the men over to them, that they might rape and sodomize them. Lot defended them and offered his daughters instead; at which point the mob sought to lay hands on Lot , but the angels rescued him. Romans 1.26-27: The 'due penalty' probably refers to venereal disease.

In addition, there is the spiritual damage to the personality of one who engages in such behavior.You shall not lie with a male as with a woman; it is an abomination. 29. Judaism and Christianity. Leviticus 18.22

The bodhisattva does not approach the five kinds of unmanly men in order to be friendly with or close to them. 30. Buddhism. Lotus Sutra 14 And Lot said to his people, "You commit lewdness, such as no people in creation ever committed before you. Do you indeed come in unto males?" 31. Islam. Qur'an 29.28-29

God gave them up to dishonorable passions. Their women exchanged natural relations for unnatural, and the men likewise gave up natural relations with women and were consumed with passion for one another, men committing shameless acts with men and receiving in their own persons the due penalty for their error. 32. Christianity. Romans 1.26-27

Lastly, I hope my explanation above clarifies the issue.
May God bless us all.
Hj Zainul Rijal
President PGSM

p/s We don’t have the soft copy of all the resolutions. All of them are with IKIM. We will try to get it soon.

April 18, 2008 9:14 AM

Dilema Saudara Baru

Peguam Syarie Menulis:

Risiko mualaf dedah status agama kepada keluarga
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


KERAJAAN Persekutuan dilaporkan berhasrat memperkenalkan peraturan baru mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam supaya memaklumkan kepada keluarga masing-masing berhubung langkah berkenaan. Hasrat diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap perlu bagi mengelak masalah berbangkit berhubung taraf dan hak anak individu berkenaan serta kesulitan lain selepas mereka meninggal dunia.

Hasrat Kerajaan Persekutuan itu mendapat reaksi pelbagai daripada kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli agama dan ahli politik. Sebahagian menyokong, sebahagian lain tidak bersetuju. NGO Islam arus perdana juga tidak bersetuju jika peraturan itu dilaksanakan, begitu juga beberapa mufti seperti Mufti Perak dan Mufti Perlis.

Secara idealnya, memaklumkan keputusan memeluk Islam adalah baik kerana ia adalah anjakan paradigma memberi kesan kepada kehidupan mualaf itu. Namun, kita mesti mengkaji aspek praktikal dan keselamatan sama ada perkara sedemikian wajar dilaksanakan. Ia boleh menghakis hak kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika sesuatu peraturan menafikan hak dijamin oleh Perlembagaan, maka peraturan sedemikian tidak elok digarap.

Seperkara lagi ialah hal-ehwal berkenaan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri seperti termaktub di bawah Jadual Kesembilan Senarai Kedua Perlembagaan Persekutuan. Justeru, untuk peraturan itu dilaksanakan, cadangan perlu mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
Sebagai mualaf yang baru berjinak-jinak dengan agama Islam, pegangan agama kebanyakan mereka selalunya masih pada peringkat awalan dan belum mantap lagi. Ia mudah digoyahkan oleh pelbagai faktor seperti keluarga dan rakan. Memang kita sering mendengar daripada saudara baru, apabila keluarga mengetahui mereka memeluk Islam, pelbagai cara dilakukan supaya mereka kembali ke agama asal.

Ada dilaporkan ahli keluarga mengancam membunuh diri jika mualaf itu meneruskan hasrat memeluk Islam. Ini menimbulkan dilema di kalangan mualaf. Malah, ada dilaporkan keluarga mengancam keselamatan mualaf kerana dianggap menconteng arang di muka keluarga. Tentulah keselamatan menjadi risiko jika keluarga diberitahu dan keimanan mereka juga masih lagi pada tahap awalan. Persoalan berbangkit, sejauh mana kerajaan dapat menjamin keselamatan mualaf jika mereka dipaksa mengisytiharkan bahawa sudah memeluk Islam kepada keluarga?

Penulis memang bersetuju keputusan saudara baru memeluk Islam adalah suatu perkara besar dan membawa kesan berkekalan. Oleh demikian, memang perlu mereka memaklumkan kepada keluarga, tetapi biarlah mereka memilih cara dan masa bagaimana perkara itu patut diberitahu. Mereka yang faham isi hati dan reaksi ahli keluarga terhadap keputusan dibuat. Undang-undang tidak harus mencampuri hal berkenaan apatah lagi jika pemberitahuan menjadi prasyarat untuk memeluk Islam.

Sudah tentu dalam keadaan ini dakwah Islam menjadi sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya mengakibatkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada agama suci ini. Jika ia menjadi syarat selepas lafaz syahadah dilakukan, apa pula kesannya apabila perkara itu tidak diberitahu sedangkan syahadah sudah diterima. Dari sudut hukum, mereka sudah Islam cuma keperluan peraturan saja tidak mencukupi.

Dalam hal sedemikian, sekiranya saudara baru ini meninggal dunia, ia akan menimbulkan polemik lebih besar lagi. Kita kerap memperkatakan mengenai hak keluarga yang masih belum Islam dalam hal berkaitan tetapi selalu meminggirkan persoalan utama mengenai hak mualaf itu sendiri. Janganlah merobek hak yang dijamin oleh Perlembagaan dengan pelbagai peraturan yang boleh menjejaskan keselamatan mereka. Hormatilah pilihan mualaf seperti orang Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam menganut Islam.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, dilaporkan berkata, Perlembagaan dengan jelas menyatakan pemelukan Islam anak di bawah umur mestilah mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa. Mahkamah hendaklah tidak membenarkan pemelukan Islam anak di bawah umur oleh sebelah pihak sama ada ibu atau bapa saja. Pandangan ini tersasar daripada hakikat kebenaran berdasarkan keputusan kes mahkamah dalam kes Nendhuchilan dan juga Subahsini lawan Saravanan.

Dalam kes Subahsini umpamanya, Mahkamah Persekutuan memutuskan pemelukan Islam secara unilateral ini bukan suatu penyalahgunaan proses dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh demikian, Perlembagaan Persekutuan sendiri membenarkan perkara ini dilakukan.

Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavasan pula menyarankan pihak berkuasa agama memaklumkan pengislaman saudara baru kepada keluarga mereka secara alternatif. Perkara itu juga perlu diteliti kerana hakikatnya sebarang surat, saman, sepina atau dokumen yang dihantar pihak berkuasa agama Islam awal-awal lagi dibantah oleh pihak bukan Islam. Dalam banyak keadaan, sebahagian orang bukan Islam mempertikaikan segala tindakan pihak berkuasa agama. Bagaimana pula saranan Ambiga boleh menyelesaikan 'kemelut' ini?

Sering kali mualaf dituduh mahu melarikan diri daripada tanggungjawab kekeluargaan terhadap keluarga yang masih belum Islam. Tohmahan itu tidak benar kerana pemelukan Islam adalah hidayah daripada Allah. Malah, walaupun sudah Islam, saudara baru masih tidak putus hubungan dengan keluarga asal walaupun berbeza agama. Tidak langsung timbul persoalan melarikan diri daripada tanggungjawab.

Jika orang bukan Islam tahu, sebenarnya ada hak dan bantuan lebih baik untuk mereka melalui undang-undang Islam, sudah tentu permasalahan itu tidak ditimbulkan. Penulis berpandangan saudara baru perlu memaklumkan status agama mereka, tetapi keperluan itu tidak wajar dijadikan peraturan sehingga menyukarkan atau mengancam keselamatan mereka. Biarlah mereka menentukan bila ingin memaklumkan status Islam mereka itu. Jangan dipaksa kerana ia tidak selaras dengan hak kebebasan beragama.

Penulis menyarankan kerajaan memikir semula hasrat itu yang akan memberi kesan terhadap dakwah Islam di Malaysia. Peraturan yang ada sudah agak menyusahkan saudara baru, apatah lagi jika pelbagai peraturan lain pula diwajibkan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Cerai di Luar Negara

Hak Muslim:
Mahkamah Syariah tempatan boleh sah talak
Oleh: Siti Razasah Abd Razak


Soalan:
ADIK saya bernikah di Selangor dan kemudian mengikut suaminya yang bertugas ke Arab Saudi. Selepas dua tahun di sana, mereka kembali ke Malaysia. Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suaminya menyuruh adik saya pulang ke rumah ibu kami dan meminta menunggu sehingga beliau datang dengan alasan ada urusan penting perlu diselesaikan. Dua minggu kemudian, suaminya menyerahkan sijil perceraian berbahasa Arab yang didaftarkan di Arab Saudi dan sekeping cek bernilai RM30,000. Tarikh sijil perceraian didaftarkan adalah dua minggu sebelum mereka pulang ke Malaysia. Walaupun sehingga kini adik saya cuba menghubungi suaminya, beliau hanya mendiamkan diri. Persoalannya, mengapakah perceraian itu didaftarkan secara rahsia di Arab Saudi dan apakah yang perlu dilakukan oleh isteri? Mengikut pengiraan kami, tarikh tamat edah adalah pada 5 Mei 2008. Adakah RM30,000 itu boleh dianggap sebagai sagu hati dan bolehkah isteri menuntut sagu hati tambahan kerana suami mampu memberi lebih daripada itu dan sikap berdiam diri beliau sehingga kini. Bolehkah isteri menuntut harta sepencarian dalam tempoh dua tahun perkahwinan?

Abang prihatin,
Gombak,
Selangor

Jawapan:

Tahniah di atas keprihatinan terhadap permasalahan rumah tangga adik saudara. Sikap ini wajar dicontohi saudara lelaki yang lain apabila saudara perempuan dilanda masalah rumah tangga, bukannya membiarkan mereka bersendirian menderita.

Beberapa isu perlu diberi perhatian dalam permasalahan ini, iaitu sama ada perceraian di Arab Saudi sah ataupun tidak dan jika ia sah, sama ada sijil cerai di Arab Saudi boleh diterima sebagai sijil cerai yang sah ataupun tidak di Malaysia? Adakah pihak-pihak perlu mendaftarkan semula perceraian itu di Malaysia? Bagaimana pula dengan tuntutan selepas perceraian? Sama ada cek RM30,000 itu boleh dianggap sebagai mutaah atau sagu hati?

Saudara menyatakan pasangan adik dan suaminya bernikah di Selangor, namun tidak dinyatakan di manakah mereka tinggal kini. Suami sudah mendaftarkan perceraian di Arab Saudi tanpa pengetahuan isteri walaupun mereka bernikah di Selangor, Malaysia.

Diandaikan suami adalah warga negara Malaysia dan adik saudara tinggal di Selangor, maka undang-undang yang terpakai adalah undang-undang Malaysia iaitu Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (dirujuk sebagai EUKIS 2003) selaras Seksyen 4 EUKIS 2003 iaitu, "Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal di negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin di negeri Selangor tetapi tinggal di luar negeri itu."

Apabila adik saudara menerima sijil perceraian berbahasa Arab dari Arab Saudi, beliau perlu mendaftarkan perceraian itu di Bahagian Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk daerah tempat tinggalnya di Selangor.

Namun, Ketua Pendaftar hendaklah berpuas hati bahawa mahkamah sudah membuat perintah muktamad berhubung perceraian itu kerana Seksyen 56 EUKIS 2003 memperuntukkan: "Tiada apa-apa lafaz talak atau perintah perceraian atau pembatalan boleh didaftarkan melainkan Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa mahkamah sudah membuat perintah muktamad berhubung dengannya."

Mahkamah yang dirujuk dalam Seksyen 56 ini ialah Mahkamah Syariah tempat tinggal adik saudara. Maka, adik saudara perlu membuat pengesahan perceraian itu di Mahkamah Rendah Syariah daerah tempat tinggalnya mengikut Seksyen 57 EUKIS 2003.

Pendaftaran permohonan pengesahan perceraian menyediakan tiga salinan dokumen seperti pernyataan tuntutan, kad pengenalan beliau (jika alamat tempat tinggal tidak sama dengan alamat di kad pengenalan, dapatkan surat pengesahan anak kariah tempat tinggalnya), sijil perakuan nikah serta sijil perceraian Arab Saudi itu.

Mahkamah akan menghantar satu salinan saman dan pernyataan tuntutan kepada suaminya untuk hadir ke mahkamah mengesahkan perceraian dalam tempoh 21 hari daripada tarikh pendaftaran kes. Jika ketika perbicaraan suami mengaku sudah melafazkan cerai dan lafaz itu sah mengikut rukun talak, mahkamah boleh mengesahkan perceraian di Arab Saudi itu. Walau apapun, pengakuan suami tetap diperlukan bagi mengesahkan perceraian itu.

Jika suami tidak dapat dikesan, saksi yang mendengar dan mengetahui mengenai lafaz cerai boleh disapina untuk memberi keterangan di mahkamah. Apabila mahkamah mengesahkan perceraian, mahkamah turut memerintahkan tempoh edah bekas isteri. Selagi dalam tempoh edah, pihak-pihak masih boleh rujuk semula dan perlu didaftarkan di Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk pejabat agama daerah tempat tinggal isteri.

Jika tiada rujuk dalam tempoh edah, selepas sijil perceraian Selangor dikeluarkan, bekas isteri berhak membuat tuntutan nafkah edah, nafkah tertunggak, mutaah atau sagu hati termasuk harta sepencarian selama tempoh dua tahun perkahwinan. Berlandaskan kepada peraturan, harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Seksyen 122 (1) EUKIS 2003 memperuntukkan: "Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu."

Pemberian cek RM30,000 itu tidak boleh dikira sebagai sagu hati kerana ia tidak diperintahkan oleh mana-mana mahkamah dan tiada perjanjian pihak-pihak mempersetujuinya sebagai sagu hati. Maka, bekas isteri masih boleh menuntut mutaah atau sagu hati mengikut jumlah dianggap wajar dan mampu dibayar oleh bekas suami.

Mahkamah yang berhak menuntut jumlah mutaah sepatutnya untuk bekas isteri selepas mendengar dan meneliti keterangan pihak-pihak. Semoga saudara istiqamah membantu adik perempuan hingga kesemua tuntutannya selesai di mahkamah.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.

Thursday, April 10, 2008

Filem Fitna

Peguam Syarie Menulis: Disiarkan dalam Berita Harian 9 April 08
________________

Penerbit Fitna putar belitkan ayat al-Quran
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim



PENYIARAN filem pendek Fitna yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dan mengajar keganasan dibantah seluruh umat Islam di dunia. Hasil kerja seorang ahli parlimen Belanda, Gert Wilders atas nama kebebasan bersuara membawa satu agenda jahat memburukkan Islam dan menimbulkan keresahan dalam perhubungan antara agama. Bagi yang prihatin, keharmonian antara penganut agama adalah suatu yang suci dan perlu dijaga.

Justeru, umat Islam di beberapa negara menunjukkan bantahan dengan pelbagai cara menzahirkan penentangan serta rasa tidak setuju terhadap penyiaran filem pendek itu. Kita tidak menghalang kebebasan bersuara tetapi kita menentang penyalahgunaan kebebasan itu sehingga memburukkan agama lain termasuklah Islam.

Sesetengah negara Islam menunjukkan bantahan terhadap kebiadaban itu dengan tindakan memboikot barang dihasilkan dari Belanda. Kita bersetuju dengan pemboikotan, semoga ia memberi kesan halus kepada mana-mana pihak bahawa keharmonian antara agama di seluruh dunia perlu dipertahankan.

Usaha memburukkan Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam mempertahankan diri apabila diperangi dijadikan dasar bahawa Islam menyuruh penganutnya berlaku ganas. Ia akhirnya boleh membawa kepada perasaan takut orang bukan Islam terhadap Islam dan merebak sehingga menghasilkan perasaan benci pula kepada umat Islam.

Jika diperhatikan, bermula dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu serangan ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York sehinggalah pengeboman 7 Julai 2005 di London, kemudian di Mesir, Turki, diikuti beberapa insiden di seluruh dunia, meninggalkan titik hitam kepada sejarah tamadun moden manusia. Simptom 'Islam-phobia' atau ketakutan kepada Islam dan umatnya disebarkan dan Muslim terus dipersalahkan serta terus dikaitkan dengan keganasan yang berlaku.

Penyiaran filem pendek Fitna adalah kesinambungan menyalahkan umat Islam atas keganasan yang berlaku dan dasar analisis mereka adalah Islam mengajar umatnya berbuat begitu. Selama bertahun lamanya, media Barat menunjukkan imej negatif mengenai orang Islam sebagai pengganas dan masyarakat belum bertamadun. Bahkan, atas alasan menangani keganasan jugalah Amerika masuk dan menyerang Afghanistan serta Iraq.

Adakah benar Islam mengajar keganasan? Apakah benar umat Islam orang yang keras dan ganas kerana agama mendidiknya begitu? Apakah Islam mengamalkan sikap tertutup sehinggakan umatnya tidak boleh duduk semeja untuk berbincang atau berdialog dengan lain-lain agama?

Islam adalah agama mengajak kepada perdamaian dan hidup secara harmoni. Bukan saja kepada sesama pengikutnya bahkan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Perkataan Islam itu sendiri datangnya daripada kalimah 'salama' yang bermaksud aman, sejahtera, patuh dan penyerahan diri. Perasaan toleransi sesama manusia juga menjadi tumpuan penting dalam ajaran Islam.

Islam tidak menganjurkan keganasan dan tidak mengajar umatnya membenci penganut agama lain sebagaimana digambarkan media barat dan filem Fitna itu. Bahkan, umat Islam diminta untuk berurusan secara harmoni dengan bukan Islam dan melayani mereka dengan baik. Islam turut menyentuh umatnya beramal dengan sifat lemah lembut, berbincang dan berdialog dengan baik, waras dan tersusun.

Islam turut menekankan konsep persaudaraan dan ukhuwah yang baik. Allah sendiri bersifat dengan sifat mutlak yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani terhadap hamba-Nya. Allah tidak menyuruh umat Islam melakukan keganasan dan kekerasan. Tetapi pada masa yang sama al-Quran mengajar setiap kita mempunyai maruah, harga diri dan kesabaran kita juga ada tahapnya. Apabila agama dan maruah umat Islam dicerobohi dan diperangi, kita berhak mempertahankan diri.

Apakah mungkin apabila harta benda kita dirompak, kita hanya berdiam diri dan melihat saja? Apakah mungkin apabila anak perempuan kita dirogol, kita melihatnya dengan pandangan sayu tanpa bangun mempertahankan hak? Adalah suatu yang tabii bagi insan untuk bertindak apabila hak dan harga dirinya dicabuli.

Dalam hal ini, apabila Islam diperangi, maruah agama dicemari, maka Islam meletakkan peruntukan bahawa umat Islam boleh bangun bertindak apabila agama dan maruah diri dicabul. Namun begitu, kita dilarang mengikut emosi membabi buta dan melampaui batasan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan perangilah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Kerana Allah menyukai orang yang tidak melampaui batas." - (Surah al-Baqarah, ayat 190)

Ini menunjukkan ayat al-Quran yang dipetik dalam filem Fitna sebenarnya menyentuh mengenai peruntukan mempertahankan diri selepas kita diperangi. Penerbit filem itu silap kerana menjadikan ayat ini sebagai dasar hujahnya bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya memerangi dan melakukan keganasan. Jika dirujuk kepada sejarah silam, Rasulullah SAW menekankan konsep bermaafan, lemah lembut, menjaga akhlak dan tingkah laku hatta ketika berada di medan perang.

Apabila Baginda SAW menghantar tentera mempertahankan maruah agama, Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: "Janganlah kamu membunuh orang tua yang uzur dan jangan kamu membunuh kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah melampaui batas. Kumpulkanlah harta perang, buatlah kebaikan, berlaku ihsanlah sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan." - (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam adalah ajaran yang positif, bersifat terbuka dan menggalakkan perdamaian serta kemaafan. Keterbukaan Islam ditunjukkan apabila Islam bukan saja menganggap semua Muslim sebagai saudara, bahkan Islam turut bersedia menerima orang bukan Islam yang tidak membenci dan memerangi Islam sebagai umat yang satu dan hidup bersama secara harmoni.

Islam juga melarang sama sekali umatnya memburukkan agama lain dan menghina tuhan agama lain kerana ia boleh membawa tindakan balas sehingga Allah pula dihina oleh penganut agama lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya menghina Jesus yang dimuliakan orang Kristian, begitu juga Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina Gautama Buddha, menghina mana-mana agama tetapi mengajak perbincangan ke arah keharmonian hidup sesama insan.

Apa yang diketengahkan adalah perbincangan, dialog perbandingan agama dengan mengemukakan hujah dan keterangan mengenai kebenaran Islam tanpa menghina mana-mana agama. Oleh itu, adalah silap mana-mana pihak menganggap Islam ajaran mengajak kepada keganasan dan kekerasan, sedangkan Islam menganjurkan perdamaian, ketulusan hati, kemaafan, toleransi dan lemah lembut dalam melayani sesama manusia.

Penulis adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Friday, April 4, 2008

Kenyataan Media-Resolusi Seminar Semakan Korpus Undang-undang Islam

Kenyataan Media Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Berkenaan Resolusi Seminar Semakan Korpus Undang-undang Syariah
Oleh:
Hj Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PGSM

Resolusi yang dikeluarkan hasil Seminar Semakan Semula Korpus Undang-Undang Islam Di Malaysia: Keperluan Dan Cabaran antara lain telah mengutarakan cadangan supaya penglibatan secara bersama antara orang Islam dan bukan Islam dalam sesuatu kesalahan atau jenayah syariah hendaklah dihukum dengan hukuman yang setimpal. Cadangan ini jika dilaksanakan akan memberi kesan umpamanya dalam kes khalwat di mana salah seorang pasangannya adalah bukan Islam, maka dia juga hendaklah didakwa dan dijatuhi hukuman sekiranya disabitkan bersalah. Namun seminar berpandangan pendakwaan tersebut hendaklah dilakukan di mahkamah sivil.

Golongan bukan Islam seperti Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Toaism serta beberapa NGO lain menentang keras cadangan ini dengan mengatakan undang-undang syariah tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan menafikan hak orang bukan Islam itu sendiri.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya resolusi yang dibincangkan oleh pakar-pakar perundangan dan syariah tanah air. Pakar-pakar yang mahir dalam bidang masing-masing ini sudah tentulah mengambil kira semua sensitiviti dan kedudukan undang-undang sebelum menggarapnya sebagai cadangan.

Sebenarnya tidak timbul isu mengenakan atau menguatkuasakan undang-undang syariah ke atas orang bukan Islam kerana pendakwaan akan dibuat di mahkamah sivil. Bukankan salah satu teras negara yang termaktub di dalam Rukun Negara ialah Kesopanan dan Kesusilaan? Oleh yang demikian undang-undang moral boleh digubal bagi menangani masalah moral masyarakat.

Apakah kita lupa bahawa membina masyarakat bermoral dan berakhlak mulia merupakan prinsip asas kenegaraan ini? Lantaran jika kita ingin menghapuskan undang-undang moral maka prinsip kelima Rukun Negara ini pun hendaklah ditiadakan.

Jika kita menelusuri sejarah dan hakikat undang-undang jenayah pun kita akan dapati bahawa undang-undang jenayah ini sebenarnya berakar-umbi dari undang-undang mora. Undang-Undang sebenarnya bersandarkan moral manakala moral pula bersandarkan kepada agama. Umpamanya kesalahan membunuh secara tidak sah, sebelum ia memperundangkan atau ditaqninkan menjadi undang-undang jenayah, ia adalah kesalahan moral yang amat dibenci oleh masyarakat.

Secara hipotetikal pula, sekiranya undang-undang moral ini dihapuskan, apa yang akan berlaku jika terdapat orang yang melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan mata kita atau keluarga kita? Biarkan sahaja mereka dengan hak asasi mereka? Biarkan sahaja anak-anak kita menonton aksi tidak bermoral itu? Apa yang hendak kita lakukan dalam keadaan kita tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencegahnya? Jika ia merujuk kepada isu hak asasi pelaku tersebut, bagaimana pula dengan hak asasi kita yang jijik terhadap perbuatan tersebut. Apakah hak kita untuk hidup dalam tenang tanpa melihat perbuatan seperti itu?

Jika kita bercakap tentang hak orang bukan Islam untuk melakukan khalwat, berzina dan sebagainya, adakah mereka ini mempunyai hak untuk melanggar undang-undang syariah? Sekiranya salah seorang pasangan adalah bukan Islam, maka adakah mereka mempunyai hak untuk berzina sehingga melahirkan anak-anak luar nikah tanpa didakwa? Malah dalam beberapa agama selain Islam juga telah meletakkan perzinaan adalah suatu kesalahan yang berat.

Kenapa pula kita sering mengamalkan ‘double standard’ terhadap Islam? Apabila ia tidak berkaitan dengan Islam, kita amat mudah menerimanya tetapi tatkala nama Islam muncul maka kita resah, menentang dan menyangkal tanpa memberikan justifikasi yang adil terhadap Islam.

Umpamanya, sekiranya seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung pergi ke Sabah atau Sarawak dan di sana beliau telah melakukan suatu kesalahan yang melanggar undang-undang adat peribumi Sabah dan Sarawak. Orang ini akan tetap dihukum melalui undang-undang adat tersebut walaupun beliau berasal dari Semenanjung. Ini tidak bermakna kita menjadikan beliau sebagai peribumi Sabah dan Sarawak. Begitu juga perbandingannya bagi undang-undang Islam dalam aspek yang terlalu sedikit ini, tidak bermakna menjadikan mereka orang Islam.

Pengenaan tindakan terhadap orang bukan Islam dalam hal yang berkaitan dengan orang Islam adalah kena pada masanya bagi mengelakkan keresahan di kalangan orang Islam sendiri. Ia sebenarnya tidak langsung memaksa orang bukan Islam menganut agama Islam. Malah ia selari dengan Rukun Negara menekankan peri pentingnya kesopanan dan kesusilaan disemat di dalam diri setiap warganegara Malaysia. Ia adalah jati diri rakyat Malaysia.

Cadangan seminar ini juga tidak berkaitan dengan persoalan Perlembagaan kerana orang bukan Islam ini hanya akan didakwa di mahkamah sivil bukannya di mahkamah syariah.
PGSM mendesak agar semua pihak berlaku adil dalam memberi pendapat dan tidak membuat serangan melulu tanpa justifikasi yang wajar terhadap Resolusi Seminar Penyemakan Korpus Undang-undang Islam yang telah diisytiharkan itu.

Sekian
Hj Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PGSM
4 April 2008

Thursday, April 3, 2008

Notis AGM PGSM ke 7

Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(Shariah Lawyers Association of Malaysia)



Sekretariat PGSM
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Jalan Damansara,
50675 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2274 1499
Fax : 03-2274 1499

Web site : www.pgsm.org.my
Ruj. Kami : Bil.(01)dlm.SUA/2008 (MAT ‘08)


1 APRIL 2008 bersamaan 24 Rabiulawal 1429H


Yang Bijaksana
Semua Ahli-Ahli
Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Tuan/Puan,

Per : NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KALI KE-7

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PGSM Kali Ke-7 akan diadakan seperti berikut :-



Tarikh : 19 April 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi (Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Mahkamah Syariah
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Sehubungan ini, Tuan/Puan dijemput hadir ke Mesyuarat tersebut. Agenda Mesyuarat, Laporan Tahunan & Penyata Kira-Kira dilampirkan.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang usul untuk dibahaskan, sila kemukakan secara bertulis dan usul tersebut hendaklah diserahsampaikan ke Sekretariat PGSM di alamat tersebut di atas, atau faxkan ke No. 03-22741499 atau e-melkan ke maa46050@yahoo.com sebelum 10 April 2008.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”

Yang benar,

t.t
...............................
MUSA BIN AWANG
Setiausaha Agong

Siapa Menteri Besar?

Artikel ini belum dikeluarkan dalam mana-mana akhbar.. Sepatutnya disiarkan dalam Berita Harian 2 April tetapi tidak disiarkan...
Satu pandangan Presiden PGSM berkenaan Kemelut Perundangan dalam pemilihan Menteri Besar, Kuasa siapa?
____________________________


Siapa Menteri Besar: Kuasa Siapa Membuat Pilihan
Oleh: Zainul Rijal Abu Bakar

Negara kita menyaksikan beberapa insiden kemelut perundangan yang melanda selepas Pilihan raya Umum ke 12 baru-baru ini. Ia termasuklah mengenai urusan pelantikan Menteri Besar di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Walaupun ia telah dapat diselesaikan, kesan dari apa yang berlaku ini akan terus diperkatakan oleh rakyat jelata, ahli akademik dan juga pengamal undang-undang. Ia juga akan sentiasa diingati oleh parti-parti siasah pada pilihan raya yang akan datang.

Di negeri Perlis, walaupun Barisan Nasional menang besar namun calonnya untuk jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan daripada Raja. Perkara yang sama juga berlaku di Negeri Terengganu. Akhirnya perkenan Raja Perlis dan Majlis Pemangku Raja Terengganu dituruti.

Manakala di negeri Perak pula, Pemangku Raja, Raja Dr Nazrin enggan menggunakan budi bicara baginda melepaskan syarat bahawa seorang Menteri Besar hendaklah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Walaupun selepas daripada itu terdapat ‘pergeseran’ calon Menteri Besar antara PAS dan PKR, namun baginda telah menitahkan kesemua ADUN dari Barisan Rakyat untuk menulis persetujuan melantik Menteri Besar dari kalangan ADUN PAS. Oleh yang demikian Menteri Besar dapat dilantik walaupun bukan dari kalangan parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Tiada pelantikan jawatan Timbalan Menteri Besar dari kalangan bukan Melayu sebagaimana yang diuar-uarkan.

Pada masa sama di negeri Selangor, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia juga melalui Setiausaha Sulit Baginda menegaskan pelantikan Timbalan Menteri Besar juga hendaklah dari kalangan ADUN yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Akibatnya sehingga kini masih belum dilantik Timbalan Menteri Besar Selangor walaupun DAP dikatakan beria-ia inginkan kerusi tersebut.

Negeri Pulau Pinang pula menyaksikan ADUN dari DAP telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan dua orang Timbalan Ketua Menteri telah dilantik masing-masing seorang Melayu dan seorang berketurunan India. Negeri yang tidak mempunyai Raja Melayu ini dapat melantik Ketua Menterinya dengan kadar yang agak cepat kerana Yang Di-Pertuan Negeri tidak mempunyai peranan yang banyak dalam memilih Ketua Menteri sebagaimana yang dimiliki oleh Raja-Raja Melayu.

Melihat kepada apa yang berlaku, timbul persoalan tentang bagaimana sebenarnya kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu. Apakah Raja-Raja Melayu hanya bertindak atas nasihat sahaja dan benarkah had kuasa baginda dikongkong setakat upacara keagamaan dan adat Melayu sahaja. Tindakan Raja-Raja Melayu di atas beleh dikatakan manifestasi kepada campur tangan Raja-Raja Melayu dalam urusan pentadbiran termasuklah pelantikan Menteri Besar. Dari sudut perundangan, Menteri Besar adalah jawatan amat penting bagi mentadbir sesebuah negeri kerana beliau juga merupakan ‘Ketua Pegawai Eksekutif’ sesebuah negeri.

Bertitik tolak dari isu ini, timbul satu lagi persoalan sama ada campur tangan ini mempunyai asas perundangan ataupun sebaliknya.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Tubuh kebanyakan negeri Yang Di Pertuan Agong dan Sultan boleh melantik Perdana Menteri/ Menteri Besar yang pada pertimbangan baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri. Dalam hal yang demikian, kuasa melantik Perdana Menteri/Menteri Besar sebenarnya terletak di tangan Yang Di Pertuan Agong/Sultan. Perlu juga kita ambil perhatian bahawa Duli-Duli Yang Maha Mulia ini tidak boleh di bawa ke mana-mana mahkamah dalam menjalankan tugas rasmi baginda.

Oleh itu dari sudut perundangan, adalah jelas bahawa tiada sesiapapun boleh mempersoal, memperkecil ataupun melanggar titah perintah Duli-Duli Yang Maha Mulia ini dari sudut keabsahan dan kedudukannya.

Ketika isu ini diperbahaskan, ada suara yang mengatakan bahawa undang-undang ini adalah undang-undang lapuk dan perlu dipinda. Ia dipelopori oleh sebahagian orang yang tidak berpuas hati tentang kedudukan perundangan pada masa ini. Sebenarnya tidak timbul isu bahawa undang-undang ini adalah undang-undang lapuk atau ketinggalan zaman, Penulis melihat keadaan ini menzahirkan pandangan jauh golongan nenek moyang kita terdahulu, seolah-olah mereka telah dapat meneka apa yang akan terjadi pada suatu masa kelak.
Campur tangan Raja-Raja adalah amat perlu dalam banyak perkara bagi melindungi dan memelihara agama Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini. Ini sejajar dengan sumpah Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki tahta baginda yang bersumpah dengan nama Allah akan mempertahan dan memelihara Islam di Malaysia.

Pada masa dahulu ahli masyarat mungkin terlepas pandang terhadap undang-undang ini kerana negara tidak diharungi oleh tsunami politik sebagaimana melanda pada 8 Mac 2008 lalu. Pada masa tersebut langsung tidak ada isu tentang calon Menteri Besar di sesebuah negeri, kalau adapun ia dapat diselesaikan secara dalaman tanpa perlu merujuk dan mengkaji kedudukan undang-undang.

Hakikatnya, tidak boleh diterima akal bagaimana seorang Menteri Besar yang tidak diperkenan oleh Sultan dapat mengatur pembangunan negeri dan memelihara kedudukan Islam. Sultan dan Menteri Besar adalah dua komponen penting yang berperanan besar dalam memajukan sesebuah negeri.

Malahan adalah tidak adil juga sekiranya Menteri Besar bukan seorang Melayu Islam kerana jawatan tersebut banyak melibatkan hal ehwal pentadbiran agama Islam dan adat Melayu di negeri terlibat. Majlis-Majlis Agama juga akan terkesan dalam situasi ini apabila Menteri Besarnya adalah dari kalangan bukan Islam.

Peruntukan Undang-undang yang sedia ada harus diperkukuhkan bagi menentukan kepentingan orang Melayu/Islam sentiasa dilindungi berdasarkan sejarah tanah air.
Raja-Raja Melayu sebenarnya adalah benteng terakhir bagi kemuliaan Islam dan kedudukan orang Melayu. Walaupun Raja-Raja Melayu tidak mencampuri urusan politik kepartian, baginda perlu dalam semua keadaan meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya sejajar dengan sumpah baginda mempertahan dan memelihara Islam.

Menelusuri sejarah Raja-Raja Melayu pula, adalah jelas rakyat jelata mentaati Raja-Raja Melayu tanpa berbelah bahagi. Baginda Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa yang amat luas sebelum kedatangan penjajah. Sedikit demi sedikit penjajah telah menghakis kuasa Raja-Raja Melayu. Walaupun begitu peranan Raja-Raja Melayu tidaklah boleh dinafikan.
Dalam hal ehwal Islam, Raja-Raja Melayu adalah ketua agama bagi negeri mereka. Raja-Raja Melayu pula mendapat nasihat daripada Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab menasihati Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan agama Islam. Di sini peranan Majlis Agama Islam adalah penting bagi memberi nasihat kepada baginda dan Majlis Agama Islam mestilah benar-benar bebas, profesional dan betul dalam menggarap dan memberi nasihat kepada baginda.

Penulis tidak berhasrat untuk berpihak kepada mana-mana kepartian, tetapi apa yang penting adalah kedudukan undang-undang diperjelaskan dan yang paling penting ialah ketinggian Islam dapat diperkukuhkan dalam apa jua cara yang dibenarkan oleh Undang-Undang.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com/.



Nafkah Anak

Hak Muslim disiarkan dalam Berita Harian 3 April 2008
__________________________


Bapa wajib kerja untuk bayar nafkah anak
excopgsm@yahoo.com.


Soalan

APAKAH keputusan akan dibuat mahkamah atas tuntutan nafkah anak jika tuntutan itu melebihi kemampuan pendapatan saya iaitu RM1,400. Tuntutan yang dibuat, iaitu nafkah setiap anak RM500 seorang setiap bulan (jumlah keseluruhan RM1,500 sebulan); perbelanjaan sekolah RM200 setiap anak serta perbelanjaan Hari Raya RM1,000. Apakah mahkamah menentukan bayaran nafkah anak mengikut kemampuan seseorang atau ada garis panduan menetapkan bayaran itu dan apa akan jadi jika saya tidak dapat membayar tuntutan yang ditetapkan mahkamah?
Bapa tak mampu,
Kuala Lumpur


Jawapan

ISLAM mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa. Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya" (Surah al-Talaq: ayat 6)

Kami percaya saudara memahami konsep kewajipan menyediakan nafkah itu, cuma persoalan saudara adalah berkaitan dengan kemampuan saudara melebihi daripada permintaan atau keperluan anak seperti yang dituntut oleh ibunya. Namun, jika bapa masih hidup, ada kemudahan kewangan dan berkemampuan berusaha serta bekerja, fuqaha sepakat mewajibkan bapa membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa walaupun ibu kepada anak itu.

Maka tiada alasan seseorang bapa berdalih tidak mampu menyara anaknya kerana gaji kecil. Setiap bapa pada masa kini akan sedaya upaya berusaha mendapatkan rezeki lebih untuk menyara anaknya, melainkan dia bercerai dengan ibu kepada anaknya menggunakan helah berpendapatan kecil dan tidak mampu menyara anak seperti dituntut.

Garis panduan yang digunakan oleh mahkamahmerujuk peda kemampuan bapa berdasarkan hadis Rasulukllah SAW diriwayatkan Aishah ra katanya: "Hindu binti Utbah berkata; Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang lelaki bakhil dan tidak tidak pernah memberi aku harta yang mengcukupi untuk aku dan anak aku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Ambillah harta (Abu Sufyan) apa yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu dengan baik."

Berdasarkan hadis itu jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan seorang bapa walau dalam apa juga keadaan. Jika bapa tidak memberi nafkah, maka ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak itu. Inilah menunjukkan ibu boleh menuntut nafkah anak dengan menyenaraikan setiap keperluan bulanan anak itu ke mahkamah.

Jika ia tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membiayai nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang menganggur dan mengharapkan ibu membayar keperluan anak adalah lelaki yang tidak amanah dan berdosa mengabaikan tanggungjawabnya.

Oleh itu, ibu akan cuba membuktikan kepada mahkamah bapa berkemampuan bukan setakat dengan gaji bulanan malah merujuk juga wang simpanan di mana-mana akaun bank bapa, tabung haji, insurans bulanan, koperasi dan sebagainya. Mahkamah biasanya mengambil pendekatan membandingkan keperluan nafkah anak dengan kemampuan defendan untuk menentukan suatu nilai bagi nafkah anak.

Alasan pendapatan dipotong untuk membayar pinjaman peribadi, kad kredit, insurans diri atau tabungan haji bukanlah alasan yang kukuh untuk menentukan ketidakmampuan bapa. Mahkamah akan merujuk fiqh aulawiyyad dalam bab yang manakah satu perlu diutamakan di antara membayar pinjaman peribadi atau kad kredit dengan membayar nafkah anak yang hakiki, perlulah diutamakan yang wajib iaitu memberi nafkah kepada anak.

Kegagalan melaksana perintah mahkamah yang menetapkan nilai yang wajib bayar kepada anak boleh menyebabkan saudara dikenakan saman Penghutang Penghakiman di mana ibu boleh menuntut hutang iaitu bayaran nafkah anak yang tertunggak dibayar dengan mendapatkan Perintah Pemotongan pendapatan majikan saudara.

Jika saudara tiada majikan atau tidak bergaji tetap, tindakan penghinaan perintah mahkamah boleh dikenakan terhadap saudara yang boleh dikenakan hukuman penjara. Ibu itu juga boleh memohon penguatkuasaan perintah nafkah itu dikenakan terhadap saudara dengan menjual harta saudara yang sama nilainya dengan hutang nafkah tertunggak anak. Ingatlah, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah SWT nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)( Surah Anfaal ayat 60).


Jawapan soalan oleh Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.

Wednesday, March 26, 2008

Peranan Kerajaan Semarak Islam

Peguam Syarie Menulis disiarkan dalam Berita Harian pada 26 Mac 2008:

Kerajaan dipilih perlu terus semarak ajaran Islam
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


TANGGAL 8 Mac 2008 akan terpahat dalam sejarah kenegaraan Malaysia. Rakyat Malaysia sudah membuat pilihan melalui Pilihan Raya Umum Ke-12. Walau apapun keputusannya, keputusan rakyat perlu dihormati. Inilah kehendak rakyat walaupun ia diratapi sebahagian pemimpin dan dialu-alukan oleh sebahagian yang lain.

Hari-hari seterusnya pula sentiasa dinantikan rakyat kerana mereka ingin tahu siapakah akan dilantik menerajui kepemimpinan pada peringkat Pusat dan negeri. Jemaah menteri pada peringkat Pusat sudah diumumkan. Di sesetengah negeri pula kita terkejut dengan pemilihan Menteri Besar kerana tidak mengikuti amalan konvensional yang diamalkan selama ini.

Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersikap non partisan dan tidak memihak kepada politik kepartian, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) terpanggil untuk mengupas isu politik negara berkisar kepada sifat pemimpin yang dipilih serta kebertanggungjawaban mereka terhadap Islam.

Setiap pemimpin dipilih hendaklah berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai pegangan mereka. Terkeluar daripada landasan Islam hanya akan meminggirkan pemimpin daripada arus perdana. Pemimpin yang adil juga amat ditunggu oleh rakyat. Keadilan mesti dilakukan kepada rakyat dan pemimpin itu sendiri.

Nilai dan kehendak Islam hendaklah sentiasa dititikberatkan dalam pentadbiran kerana Islam menjadi paksi kepada kekuatan negara seperti yang tersurat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Begitu juga Undang-Undang Tubuh di kebanyakan negeri yang menjelaskan perkara sama.

Kesempatan mengendalikan Kursus Acara Mal untuk Pendakwa Syarie, Pegawai Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama anjuran Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam selama tiga hari di Bandar Seri Begawan, saya terkesan apabila dimaklumkan keseluruhan Brunei bebas arak. Ini bermakna tiada arak dijual di seluruh negara kesultanan Melayu itu.

Saya dapat berasakan keamanan sebenar di sana. Tidak berasa jijik terhadap orang mabuk kerana tiada orang yang mabuk di sana. Malah, sebuah hotel bertaraf enam bintang yang saya lawati juga tidak menjual arak. Saya begitu teruja dengan keadaan itu yang selama ini saya hanya membayangkan bahawa tanpa arak sesebuah hotel tidak akan maju. Hotel yang saya maksudkan masih dikunjungi rakyat asing termasuk pelancong dari Barat.

Pelancong dari luar bukan datang ke situ semata-mata untuk minum arak yang sudah tentunya memang mudah didapati di negara asal mereka. Apa yang mereka cari ialah kelainan daripada apa yang ada di negara mereka seperti keramahan rakyat, perpaduan, adat resam dan mungkin mereka boleh belajar mengenai Islam daripada kerana di tempat asal mereka Islam sering dimomok dan disalah tafsir oleh golongan tertentu.

Brunei adalah tamsil yang baik boleh kita ikuti kerana pemimpin negara itu menyuntik Islam dalam pentadbiran mereka dan pada masa sama tidak menolak kemajuan. Begitu juga kontroversi bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang sering melanda negara kita dapat diselesaikan dengan baik di Brunei.

Umpamanya dalam hal ehwal undang-undang keluarga Brunei, Bab 5 Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1999 menyatakan, peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam terpakai dalam sebarang hal di mana sekurang-kurangnya satu pihak menganut agama Islam dan sekurang-kurangnya salah satu pihak, sama ada atau tidak dia menganut agama Islam, bermukim atau bermastautin di negara itu, tetapi bermukim di luar negara.

Tiada mahkamah selain daripada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mendengar atau memutuskan apa-apa tuntutan atau prosiding di mana sekurang-kurangnya salah satu pihak menganut agama Islam dan berkaitan dengan apa-apa perkara berbangkit dalam undang-undang keluarga itu.

Rakyat bukan Islam di Brunei tidak membantah pengenaan undang-undang ini ke atas mereka kerana mereka tahu ia bukan bertujuan untuk menukar kepercayaan agama mereka kepada Islam. Malah, mereka juga sedar undang-undang Islam menawarkan penawar lebih baik kepada pihak yang bertikai berbanding undang-undang sivil.

Saya juga dimaklumkan peserta kursus bahawa seorang ahli perniagaan Brunei yang tidak beragama Islam ketika membuat upacara perasmian gedung beli-belah menjemput orang Islam berzikir dan berselawat ketika upacara itu. Alangkah harmoninya keadaan sebegini.

Rahsia kejayaan Brunei ini mesti dirungkaikan supaya Malaysia dapat mempelajari kejayaan Brunei dalam aspek ini. Pemimpin Malaysia yang dipilih perlu ikhlas mendengar suara rakyat dan memastikan kehendak rakyat dipenuhi dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang meletak tinggi kedudukan Islam.

Islam tidak sama dengan kedudukan agama lain, namun itu tidak bermakna penganut agama lain disekat daripada menganut atau mengamalkan agama mereka. Menjadi tanggungjawab pemimpin dan rakyat Malaysia untuk membetulkan persepsi salah orang bukan Islam terhadap Islam.

Kita harus menongkah arus Islamphobia yang digelombangkan sebahagian masyarakat dan pemimpin Barat. Kedudukan Islam dijelaskan Mohd Noor Abdullah dalam penghakiman beliau dalam kes Meor Atiqulrahman Ishak lawan Fatimah Sihi.

Dalam penghakimannya beliau menyatakan: “Peruntukan Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.” Bermakna Islam adalah agama utama di antara agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti yang termampu dilakukan kerajaan sekarang, dan agama lain hendaklah diatur suai dan dituju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman, damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam.

Dengan kedudukan penghakiman yang tidak pernah dilawan mahkamah atasan, jika umat Islam berjaya menzahirkan kecantikan dan keindahan Islam, tidak mustahil orang bukan Islam akan dapat menilainya dan menerima kebaikan Islam seperti Yahudi dan Nasrani bernaung di bawah kerajaan Islam pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Tanggungjawab yang kita galas ini semakin hari semakin berat. Janganlah tunggu sehingga kudrat kita sudah tidak berdaya menanggungnya, barulah hendak berbuat sesuatu. Sama-samalah kita kembali kepada kegemilangan Islam.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Thursday, March 20, 2008

Pesanan Untuk Suami

Hak Muslim disiarkan dalam Berita Harian pada 20 Mac 08:


Bakal suami perlu persediaan minda, fizikal
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim


Soalan


SAYA seorang lelaki yang tidak konsisten mengerjakan sembahyang. Kadang-kadang saya terlalu sibuk dengan kerja atau tersangat letih, saya akan tinggalkan solat begitu saja. Kadang-kadang saya berasa bersalah, tetapi ia selalu terjadi. Saya ada juga keluar berhibur di Hard Rock Cafe dengan tunang dan kawan-kawan. Dalam masa lima bulan lagi, saya akan berkahwin, tetapi beberapa minggu ini saya selalu terfikir mengenai perkahwinan saya nanti. Saya khuatir tidak dapat memimpin keluarga dengan baik selepas perkahwinan. Persoalan yang selalu bermain di fikiran ialah bagaimana keperibadian suami yang patut ditonjolkan kepada isteri. Tambahan pula pengetahuan agama saya agak kurang. Harap tuan dapat memberi nasihat.


Bakal Suami,

Kuala Lumpur.


Jawapan


Terlebih dulu saya ucapkan tahniah kerana saudara sendiri yang ingin berubah dan memikirkan tentang kekhuatiran yang bakal terjadi. Sebagai Muslim, hakikat yang tidak mampu kita tolak adalah kita mesti menyerah diri kepada Allah dan berusaha sedaya upaya mengikut perintah-Nya.

Namun begitu, ada juga di kalangan orang Islam yang suka mengabaikan perintah Allah, meninggalkan solat sesuka hati, tidak memegang amanah, suka minum arak, berzina dan sebagainya. Pada masa sama, tidak ramai orang yang hatinya bercahaya dan berasa bersalah apabila mengabaikan perintah-Nya. Semoga kita semua dibimbing dan diberi petunjuk oleh Allah.


Saudara akan berkahwin tidak lama lagi. Oleh sebab saudara tidak menyebut mengenai bakal isteri, kami andaikan saudara mungkin akan berkahwin dengan wanita yang saudara sukai atas dasar suka sama suka.


Jika ianya benar, bakal isteri saudara sudah tentu telah mengenali kehidupan saudara sebelum ini dan dia mungkin sudah menerima keadaan saudara seperti sekarang ini. Justeru, apabila saudara ingin berubah, maka dia juga perlu saudara bawa bersama dalam perubahan itu.


Bahtera perkahwinan selalu diuji dengan ujian yang pelbagai. Ada yang ketika bercinta seumpama pasangan kekasih hebat, serasi dalam semua perkara tetapi apabila berkahwin, lain pula yang berlaku. Kerana itu orang tua-tua berpesan, warna diri kita atau siapa sebenarnya kita akan terzahir hanya selepas perkahwinan.


Adalah penting bagi saudara mempunyai iman dan ketundukan yang kuat kepada Ilahi bagi memimpin keluarga kelak. Sebagai suami, saudara menjadi ketua keluarga dan diamanahkan Allah untuk memimpin isteri serta mencorakkan perjalanan keluarga. Peranan itu amat besar dan memerlukan persediaan minda, fizikal di samping kewangan yang baik untuk menjayakan urusan nafkah kepada ahli keluarga.


Saudara harus tingkatkan ilmu agama supaya dapat menghayati prinsip agama, solat jangan sama sekali diabaikan kerana ia perisai iman kita. Pelajari halal haram serta peka terhadap keperluan mempunyai ilmu agama.


Imam Syafei pernah menyebut, "Seorang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan mampu memberi sesuatu." Ini bermaksud, jika saudara tidak ada ilmu agama, tidak kuat menjaga halal haram, tidak patuh urusan solat dan rukun Islam, bagaimana saudara dapat memberi tunjuk ajar kepada orang lain sama ada isteri, anak dan keluarga. Sama seperti orang yang tidak tahu membaca al-Quran, bagaimana dia mampu mengajarkan anaknya membaca al-Quran? Untuk mampu memberi sesuatu, kita mesti mempunyainya terlebih dulu.


Kami sarankan saudara berusaha menyusun jadual harian supaya ada masa diperuntukkan untuk mempelajari agama. Selalulah ke masjid, solat jemaah dan mempelajari ilmu agama di sana, bertanya kepada yang fasih serta membaca buku agama yang bertepatan. Saudara juga mungkin boleh menambah ilmu secara formal seperti menghadiri kelas setiap hujung minggu untuk mendapat Sijil Agama sama ada Syariah dan Usuluddin daripada mana-mana pusat pengajian ilmu diadakan di sekitar saudara seperti di Universiti Malaya dan sebagainya.


Saudara harus memiliki hati lembut dan peka akan perasaan isteri. Berusaha meringankan beban isteri dan pandai memujuk tatkala beliau berduka. Saudara juga perlu menjaga keharmonian rumah tangga dan menjaga rahsia suami isteri. Rahsia tidak seharusnya disebarkan kepada pihak ketiga sama ada di kalangan rakan taulan ataupun saudara mara terdekat. Jika kedua belah pihak pandai menjaga rahsia rumah tangga, maka akan muncullah perasaan saling percaya mempercayai antara suami dan isteri.


Saudara wajar menjelaskan kepada bakal isteri mengenai hasrat membina rumah tangga yang baik supaya dia juga turut terbabit ke arah kebaikan dan tidak terkejut selepas berkahwin nanti.


Katakanlah dia juga tidak begitu kukuh amalan solatnya, memakai pakaian tidak menutup aurat, sukakan tempat hiburan dan sebagainya, mungkin dia menolak jika selepas berkahwin saudara mendesaknya untuk berubah secara mendadak.


Dalam membina rumah tangga bahagia, rahmat Allah adalah prasyaratnya. Maka, saudara mesti membimbing isteri bersama-sama kerana Allah menyayangi pasangan yang saling bantu-membantu untuk meningkatkan hubungan dengan Allah serta patuh kepada ajaran Rasul-Nya.


Selain itu, saudara juga hendaklah memuliakan keluarga kedua-dua belah pihak. Layan keduanya dengan adil dan terhormat. Jika saudara melawat ibu bapa sendiri, maka saudara juga mesti melawat ibu bapa sebelah isteri. Jika saudara memberi wang setiap bulan kepada ibu bapa sendiri, maka berilah juga kepada ibu bapa mentua. Islam mengajar kita untuk menjaga kebajikan dan meraikan semua pihak kerana ia akan mengeratkan tali persaudaraan. Dengan memuliakan keluarga isteri akan terciptalah ikatan atau jalinan kemesraan yang kukuh.


Jika berlaku perselisihan dan masalah selepas berkahwin, saudara mesti meletakkan perkataan talak jauh-jauh. Jangan begitu mudah mengucapkan lafaz cerai kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan suami isteri walaupun ia dilakukan dalam keadaan marah ataupun bergurau.


Dalam membuat keputusan, saudara amalkan kaedah berbincang atau 'bermusyawarah' dengan isteri. Ini sangat penting supaya perkembangan urusan keluarga diketahui bersama termasuklah urusan kewangan, pembelian harta, pembayaran bil, pemberian wang kepada ibu bapa, tatacara mendidik anak dan jadual keluarga.


Dengan selalu berbincang, isteri akan berasa dirinya serta pendapatnya dihargai. Berilah pertimbangan sewajarnya terhadap setiap cadangan diberikan oleh isteri anda dan jangan bersifat mementingkan diri sendiri. Semoga anda berjaya menjadi suami yang baik dan mendapat rumah tangga yang diberkati.



Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim. Semua persoalan boleh dikirim ke excopgsm@yahoo.com dan boleh layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Bapa Wajib Beri Nafkah

Peguam Syarie Menulis 19 Mac 08:

Bapa wajib beri nafkah walaupun sudah bercerai
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip


APABILA sesuatu kes perceraian selesai dibicarakan di Mahkamah Syariah, ia selalunya membawa kepada tuntutan seterusnya iaitu nafkah untuk anak sama ada masih bayi atau sudah bersekolah oleh bekas isteri dan ini merupakan satu fenomena biasa. Apatah lagi dalam banyak kes, selalunya anak akan tinggal bersama ibu atau keluarga sebelah ibu sedangkan nafkah yang diperlukan datangnya daripada sebelah bapa. Bukan sedikit bapa yang lari dan cuai dalam menjaga kebajikan anak dengan baik selepas berlaku perceraian.

Dalam Islam adalah menjadi kewajipan bapa untuk menyediakan nafkah bagi anaknya sebagaimana wajib ke atasnya menyediakan nafkah terhadap isterinya. Fuqaha bersepakat jika bapa masih hidup dan ada kemudahan kewangan serta berkemampuan berusaha dan bekerja, maka wajib atasnya membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan ke atas bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Manakala dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aishah katanya: "Hindun Binti Utbah berkata: Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang lelaki yang bakhil dan tidak pernah memberikan aku harta yang mencukupi untuk aku dan anak aku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Ambillah (harta Abu Sufyan) apa yang mencukupi untuk kamu dan anak-anak kamu dengan baik."

Berdasarkan hadis itu jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan bagi seorang bapa walau dalam apa juga keadaan sekali pun. Dan jika bapa tidak memberi nafkah, maka ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak itu.

Dalam kitab Fiqh al-Manhaj, terjemahan kitab feqah Mazhab Syafie, bab nafkah, ada menyatakan kewajipan memberi nafkah terhadap anak adalah berdasarkan kepada syarat nafkah usul (ayah, datuk) kepada furuk' (anak, cucu). Usul dimaksudkan dengan bapa dan datuk (usul keturunan) yang wajib memberi nafkah kepada anaknya dan cucunya hingga ke bawah (furu' keturunan).

Oleh itu, bapa adalah orang yang bertanggungjawab membiayai nafkah seseorang anak sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Jika anak itu tidak mempunyai bapa, maka datuk iaitu ayah kepada bapa wajib mengambil tanggungjawab berkenaan. Begitulah seterusnya berdasarkan hubungan usul yang terdekat dengan furu'.

Selanjutnya, firman Allah yang bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya." (Surah At-Talaq, ayat 6) Ayat itu menjelaskan mengenai kewajipan bapa membayar upah menyusukan anaknya. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama untuk dilaksanakan oleh bapa. Ibu tidak dibebankan dengan tanggung jawab itu tetapi apa yang diberikan jika ada dianggap pemberian sumbangan bagi membantu suami.

Justeru, apabila seorang bapa mempunyai harta kekayaan, wajib ke atasnya membiayai nafkah anaknya dengan hartanya. Jika ia tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membiayai nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang menganggur dan mengharapkan ibu membayar keperluan anak adalah lelaki yang tidak amanah dan berdosa mengabaikan tanggung jawabnya.

Bahkan, dalam kitab Fiqh al-Manhaj menjelaskan kewajipan memberi nafkah seorang bapa terhadap anaknya dan begitulah sebaliknya tidak akan terjejas sekali pun mereka adalah berlainan agama.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Seksyen 74 secara khusus memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan kes itu berdasarkan peruntukan berikut:
· Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya:
· Jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
· Jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;
· Dalam mana menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri
· Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain;
· Apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligami di bawah seksyen 23.

Oleh demikian, seorang bapa beragama Islam tetap wajib memberikan nafkah terhadap anaknya walaupun si anak bukan beragama Islam dan dalam keadaan tertentu seperti bapa sudah uzur, anak yang beragama Islam wajib pula memberikan nafkah terhadap bapanya walaupun tidak beragama Islam.

Dalil harus memberikan nafkah kepada usul walaupun bukan Islam (musyrik) ialah berdasarkan hadis diriwayatkan Asma' Binti Abu Bakar katanya: "Ibuku datang menemuiku dan dia masih lagi tidak memeluk Islam (musyrik).

Ketika itu perjanjian damai di antara orang Islam dan kafir Quraisy telah termeterai (masa di antara perjanjian Hudaibiah dan Pembukaan Makkah). Aku meminta fatwa daripada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ibuku datang sedangkan dia membenci Islam. Adakah aku perlu menghubungkan silaturahim dengannya. Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah."

Kesimpulannya, walau apa juga keadaan sekalipun, seorang bapa tetap berkewajipan menunaikan tanggungjawab terhadap anaknya. Ia adalah satu kewajipan yang dibebankan kepada bapa dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain untuk menanggung nafkah anak melainkan bapa tidak ada atau tidak mampu barulah kewajipan itu berpindah kepada datuk dan saudara lelaki sebelah bapa.

Penulis adalah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com/.

Kenyataan Media PGSM-Kabinet Baru

Sekretariat PGSM
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Jalan Damansara, 50675 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2274 1499. Fax : 03-2274 1499 Web-site : www.pgsm.org.my

Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(Syariah Lawyers Association of Malaysia)



===============================================================

KENYATAAN MEDIA (PRESS RELEASE) SEMPENA PEMBENTUKAN KABINET MALAYSIA 2008


PGSM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia sempena pembentukan kabinet Malaysia yang baru.

PGSM juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik. Semoga mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan jaya dan efisien, untuk faedah seluruh masyarakat Malaysia umumnya, dan maslahah umat Islam khususnya.

Sebagai sebuah persatuan yang menaungi semua Peguam Syarie di Malaysia, kami mengharapkan barisan Menteri kabinet yang baru, terutama Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berkaitan dengan portfolio kehakiman dan perundangan, dapat memainkan peranan yang aktif, inovatif dan agresif dalam usaha menambahbaikkan sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia, terutama sistem perundangan dan kehakiman yang berteraskan Syariah.

Datuk Dr Zahid Hamidi adalah lulusan sekolah agama dan seorang yang tegas dalam pendiriannya. Kami yakin beliau boleh mempertahankan kedudukan Islam dalam Kabinet, serta memberi penjelasan sebenar tentang Islam. Dengan pengalaman Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai pensyarah, dan pernah memikul portfolio ini sebelumnya sebegai Setiausaha Parlimen, kami juga percaya beliau dapat memainkan peranan dalam menyuburkan syiar Islam di Malaysia secara lebih menyeluruh.

Pihak PGSM bersedia berkerjasama dengan Datuk Dr Zahid dan Dr Mashitah dalam memartabatkan Islam di negara ini.


Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah :-

Mendaulatkan Islam melalui undang-undang dan pelaksanaannya.

Islam adalah sebagai agama rasmi negara menurut Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dilihat sebagai tafsiran bersifat ’ceremonial’ sahaja, tetapi perlu diaplikasinya dalam aspek yang lebih menyeluruh. Antaranya :-

(1.1) Peranan penting Islam dalam negara perlu dipertegaskan dan menolak tafsiran
Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

(1.2) Mendakwa mana-mana pihak yang mempersendakan Islam, menurut
peruntukan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

(1.3) Mempertahan dan memperkasakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan.

(1.4) Menggubal dan mewartakan undang-undang menghalang kegiatan penyebaran
agama bukan Islam di kalangan umat Islam, di Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau
Pinang dan Wilayah Persekutuan, selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan
Persekutuan.

(1.5) Meningkatkan tahap keberkesanan dan profesionalisme agensi-agensi Islam
kerajaan dalam mendaulatkan Islam di Malaysia.

(1.6) Menggubal Akta Makanan dan Pemprosesan Halal bagi memperketatkan syarat
dan penguatkuasaan perihal makanan halal.

(1.7) Menyamatarafkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil dari segi
perjawatan, penggajian dan kedudukan.

Melipatgandakan usaha untuk menyeragamkan sistem kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia, yang berkaitan institusi kekeluargaan, mal dan jenayah Islam.

Semasa kerajaan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II tahun 1993, pelbagai pro dan kontra diutarakan oleh ahli-ahli politik, akademik, pengamal undang-undang dan sebagainya.

Pada 14 Oktober 1994, Syed Hamid Albar (ketika itu Menteri Undang-undang) semasa membentangkan suatu kertas kerja ada memberi kenyataan yang disiarkan dalam NST pada keesokan harinya (15 Otkober 1994) menyatakan bahawa, "kerajaan pusat akan mengambil langkah untuk memperkenalkan satu undang-undang dengan meneliti kepelbagaian undang-undang Islam yang dipakai di negeri-negeri dan undang-undang Islam tidak sepatutunya dilihat sebagai urusan negeri kerana itu boleh menimbulkan perbezaan undang-undang antara negeri. Untuk itu kerajaan pusat akan menghubungi kerajaan negeri dan pakar dalam bidang Syariah sebelum memperkenalkan satu undang-undang baru.”

Selepas lebih 13 tahun, isu tersebut senyap dan sunyi. Adalah wajar isu ini ditimbulkan semula supaya satu usaha diperingkat nasional boleh dibuat bagi memperkenalkan undang-undang Islam yang seragam antara negeri-negeri.

Memperluaskan bidangkuasa Mahkamah Syariah, antaranya ;

(2.1) Mencadangkan pindaan kepada Senarai 2 Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan bagi meluaskan bidangkuasa Mahkamah Syariah.

(2.2) Akta Mahkamah Syariah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (disemak 1988) perlu disemak semula dan dipinda. Perlu dimasukkan satu peruntukan bahawa ’orang bukan Islam yang terlibat sama sebagai pasangan dalam kes-kes jenayah Syariah boleh dikenakan hukuman seperti pesalah orang Islam. Pelaksanaan undang-undang Islam di dalam masyarakat bukan Islam, Islam menetapkan bahawa ia hendaklah dilaksanakan semua bidang undang-undang Islam termasuk jenayah, sivil dan keluarga. Cuma undang-undang keluarga diberi pilihan sama ada mereka ingin mengikut undang-undang Islam atau undang-undang keluarga mereka. Firman Allah s.w.t "dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka...” – al-Maidah ayat 49.

(2.3) Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (disemak 1988) perlu disemak semula dan dipinda. Seksyen 2 memperuntukkan ”Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang dalam sebuah negeri dan diberi kuasa ke atas orang-orang yang menganut agama Islam mengenai mana-mana perkara yang disenaraikan dalam senarai 2, senarai negeri jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan terhadap ajaran-ajaran Islam oleh orang-orang yang menganut agama itu seperti yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang negeri ; dengan syarat bidangkuasa itu tidak boleh dijalankan mengenai mana-mana kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara untuk masa lebih 3 tahun atau dengan denda melebihi 5 ribu ringgit atau sebat lebih daripada 6 pukulan atau dengan gabungan mana-mana hukuman itu”.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan had hukuman kepada pesalah jenayah Syariah perlu ditambah daripada 3 ; 5 ; 6, kepada 6 ; 10 ; 12, iaitu 6 tahun penjara atau denda melebihi 10 ribu ringgit atau sebat tidak lebih 12 pukulan.

Merealisasikan penggubalan Akta Profesion Peguam Syarie bagi mengawalselia semua Peguam Syarie yang beramal di Mahkamah Syariah seluruh negara, sepertimana Akta Profesion Peguam (LPA) yang menaungi dan mengawal selia Peguambela dan Peguamcara seluruh negara.

Mencari titik pertemuan dan kaedah terbaik untuk menyelesaikan konflik perundangan dan pertindihan bidangkuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Kami pengamal undang-undang Syariah di Malaysia amat mengharapkan barisan kabinet yang baru ini dapat mengadakan pembaharuan positif ke arah menambahbaik sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia, terutama sistem perundangan dan kehakiman Syariah.

Sekian, untuk siaran.

Yang benar,




MUSA BIN AWANG
Setiausaha Agong
Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
019-3870105

Wednesday, March 19, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(Syariah Lawyer Association of Malaysia)
d/a Sekretariat PGSM, Annex Building, Jalan Damansara, 50676, Kuala Lumpur.
Tel/Faks : 03-2274 1499.

=============================================================================


SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H
SETIAUSAHA AGONG PGSM

Insya-Allah, pada hari Khamis 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiul Awal 1429H, kita akan menyambut ulang tahun keputeraan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Telah lebih 1492 tahun Baginda meninggalkan kita umat Islam. Walau bagaimanapun, sinar kesyumulan Islam yang dibawa Baginda masih mekar di taman hati kita sebagai umat kesayangan Baginda. Firman Allah SWT :

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya".(QS. Al-Hasyr:7)

Di antara kebiasaan kaum Muslimin yang dilakukan pada perayaan maulidur rasul antara lain keluar secara berombongan (berarak) mengelilingi kota atau bandar dengan membawa bunga manggar, berbaju kurung Melayu sambil berselawat ke atas Baginda SAW secara beramai-ramai.

Merayakan peringatan maulid tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, begitu pula para sahabat yang mulia, tabi'in dan tabi'it tabi'in. Tapi kegiatan yang berbentuk perayaan ini muncul di masa berikutnya(masa Fathimiyyin, di Mesir) yang sangat jauh dari masa Rasul.

Dalam hal ini, kita perlu bertanya kembali kepada diri kita, apakah kita melakukan perkara-perkara yang disebutkan di atas dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah atau sekadar satu tradisi tahunan?

Apa pun yang kita lakukan, janganlah sampai di luar sedar kita telah meniru budaya atau perbuatan orang kafir (tasyabbuh bil kuffar) kerana Allah SWT telah melarang perkara ini sebagaimana dalam hadith riwayat Imam Ahmad dari Abi Ma'mar, ia berkata :-
"Sesaat kami bersama-sama Ali ra, kemudian lalu (iring-iringan) jenazah (seorang Yahudi). Lalu beberapa orang berdiri memberi hormat, berkata Ali, 'Siapa yang memberi fatwa kepada kalian untuk melakukan hal itu?' mereka menjawab, "Abu Musa". Berkata Ali, sesungguhnya Rasul melakukannya hanya sekali. Beliau dulu pernah meniru Ahli Kitab, kemudian setelah dicegah beliau menghentikannya."

Banyak cara kita boleh memuliakan Nabi Muhammad s.a.w, dan ia boleh dilakukan sepanjang masa, bukan pada hari-hari atau perayaan-perayaan tertentu sahaja. Memuliakan Nabi Muhammad SAW adalah dengan mengikuti sunahnya. Firman Allah SWT : "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihimu..." (QS. Ali 'Imran: 31)

Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW. Baginda s.a.w bersabda :- "Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku."(HR. Malik dan Al-Hakim)

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa kelahiran Rasulullah SAW ini. Memetik nukilan yang bermanfaat yang mengupas rahsia dan perkara tersirat di sebalik kelahiran Rasulullah SAW yang tersirat di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu:
Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan. Ertinya sewaktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaan-Nya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah. Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

Semoga kita mendapat kemuliaan dan keampunan sempena hari kelahiran junjungan besar s.a.w ini.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1429H
MUSA AWANG
Setiausaha Agong
Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Penglibatan PGSM

Penglibatan PGSM bukan sahaja terhenti di negara ini sahaja, tetapi akan turut melibatkan diri dalam apa jua usaha ke arah memperkesakan dan memertabatkan Syariah di mana-mana sahaja. Berita terkini, PGSM telah diminta untuk sama-sama terlibat dalam usaha memperkasakan perundangan Syariah di Brunei pada 16-19 Mac 2008. PGSM diwakili oleh Presiden, Hj Zainul Rijal, Timb Presiden PGSM, En Isa Abd Ralip dan juga Dr Naim Mokhtar, Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Brunei online melaporkan -http://www.brunei-online.com/bb/tue/mar18h13.htm
_______________

Mal course opens at Syariah Courts
By Za'im Zaini



Efforts towards improving the capabilities of government personnel must be continued in order to ensure progress that is in line with the country's aspiration.

This was said by Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Religious Affairs Dato Paduka Haji Ishaaq Haji Abdullah during the opening ceremony of "Mal" courses for officers at the Islamic Legal Unit yesterday at the multipurpose hall, Syariah Courts in the capital.

The deputy permanent secretary, who was present as the guest of honour, hoped course participants would take the opportunity to pick up knowledge applicable in the workplace.

Earlier, a welcoming speech was made by Islamic Legal Unit Director Haji Tasim bin Haji Akim.
The objective of the course is to expose the participants to the legal unit and the procedures of Mal practice at Syariah Courts.

On hand to facilitate the course are Malaysian Syariah Lawyers Association President Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar and his deputy Mohd Isa bin Abdul Ratlip, and Syariah judge in Malaysia Dr Mohd Naim bin Mokhtar.

The closing ceremony for the course is expected to be held on March 19.

Friday, March 14, 2008

Daftar Nikah Sindiket

Hak Muslim: Suami mahu tahu prosedur sahkan nikah sindiket
Oleh: Siti Razasah Abd Razak

Soalan

SAYA tertarik dengan isu kepentingan pengesahan nikah yang dipaparkan dua minggu lalu. Di sini saya ada soalan lanjut berkaitan pengesahan nikah di mana, adakah pernikahan sindiket juga perlu disahkan? Jika pernikahan sindiket atau tanpa kebenaran pihak agama di Malaysia yang dilakukan di luar negara perlu disahkan, apakah prosedur yang perlu diikuti untuk mengesahkannya? Bilakah sijil kelahiran anak hasil pernikahan itu boleh didaftarkan?
Suami Insaf,
Kuala Lumpur

Jawapan

Terima kasih atas tindak balas saudara untuk bertanya lebih lanjut berkaitan isu pengesahan nikah. Untuk maklumat, sama ada pernikahan itu dilakukan dalam mahupun di luar negara, jika tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah tempat bermastautin, pernikahan yang dilangsungkan perlu disahkan dan didaftarkan di Malaysia. Begitu juga nikah sindiket yang dilakukan di Malaysia, perlu disahkan dan didaftarkan.

Prosedur bagi permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah adalah berbeza antara negeri bergantung kepada enakmen pentadbiran dan undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing. Bagi saudara yang tinggal di Kuala Lumpur, permohonan untuk mengesahkan pernikahan perlu dimulakan dengan Notis Permohonan dan Afidavit yang menyokong permohonan itu.

Bersama permohonan itu perlu dilampirkan salinan kad pengenalan kedua-dua pihak yang bernikah, salinan sijil nikah di mana tempat pernikahan dijalankan serta salinan surat pengesahan daripada Pendaftar Nikah negeri yang mengeluarkan sijil nikah itu untuk mengesahkan mengikut rekod mereka. Jika tiada sebarang catatan bagi sijil nikah itu, pihak Pendaftar Nikah negeri akan mengeluarkan laporan menyatakan bahawa pernikahan itu tiada dalam rekod pendaftaran pernikahan dan sijil nikah itu adalah palsu.

Contohnya, pasangan yang bernikah di Perak dan mendapat sijil nikah kononnya dimeterai Pendaftar Nikah di Perak tetapi apabila diajukan berkaitan status sijil nikah mereka, didapati sijil nikah itu palsu dan pernikahan mereka tidak pernah didaftarkan di negeri berkenaan. Jika pernikahan dijalankan di luar negara seperti di Thailand, surat pengesahan daripada Konsulat Malaysia di wilayah Thailand hendaklah diperoleh terlebih dulu dan dilampirkan bersama dalam permohonan.

Kebiasaannya, Konsulat Malaysia di wilayah di mana sijil nikah Thailand dikeluarkan mensyaratkan setiap pasangan hendaklah menyerahkan kepada pihak Konsulat Malaysia salinan dokumen yang diakui sah oleh peguam bela dan peguam cara di Malaysia seperti salinan kad pengenalan pihak yang bernikah, sijil nikah wilayah Thailand, salinan pasport perjalanan jika ada serta menyertakan sejumlah bayaran pemprosesan bagi mendapatkan surat pengesahan sijil nikah daripada Majlis Agama Islam wilayah berkenaan.

Apabila semua dokumen lengkap, pihak yang memohon digalakkan menyertakan senarai butir peribadi saksi yang perlu disapina ke mahkamah untuk perbicaraan kes pengesahan nikah.
Saksi hendaklah terdiri daripada mereka yang turut serta pada majlis akad nikah pasangan atau mereka yang yakin dan percaya pernikahan sudah dilangsungkan antara pasangan itu. Gambar pernikahan dan pasport yang menunjukkan mereka pergi ke luar negara untuk melangsungkan pernikahan juga boleh disertakan dalam permohonan.

Permohonan itu hendaklah didaftarkan di Mahkamah Syariah iaitu tempat salah satu pihak bermastautin. Dalam tempoh 21 hari daripada tarikh pendaftaran kes, pihak-pihak akan diberikan tarikh sebutan kes kali pertama ataupun terus kepada perbicaraan, bergantung kesesuaian masa dan juga dokumen yang difailkan.

Ketika perbicaraan, pihak-pihak dan saksi akan disoal perkara berkaitan rukun nikah serta lain-lain pengesahan dokumen yang dilampirkan. Oleh itu, salinan asal semua dokumen berkaitan hendaklah dibawa ketika ke mahkamah. Jika mahkamah berpuas hati dengan segala keterangan lisan dan keterangan dokumen selaras hukum syarak yang mengesahkan pernikahan itu, mahkamah boleh memutuskan pernikahan adalah sah menurut hukum syarak dan hendaklah didaftarkan di Bahagian Pendaftaran Nikah Cerai Rujuk tempat pihak bermastautin.

Jika sebaliknya, mahkamah akan memutuskan pernikahan itu sama ada fasik atau tidak sah dan pihak-pihak boleh diperintahkan supaya menfarakkan atau memutuskan pernikahan itu. Mereka perlu bernikah semula menurut hukum syarak dan mematuhi rukun nikah ditetapkan. Bagi pernikahan disahkan mahkamah, selepas mendapat perintah perlu merujuk ke Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah di pejabat agama kerana pihak Penguatkuasaan Syariah akan menyoal siasat mereka sekali lagi dan memanjangkan kes ke bahagian Pendakwaan Syariah.

Mereka akan didakwa di bawah kesalahan nikah tanpa kebenaran pihak berkuasa. Ini perlu dilakukan demi memastikan kes jenayah syariah atas kesalahan pernikahan tanpa kebenaran pasangan didengar cepat di Mahkamah Syariah. Apabila kes jenayah syariah selesai diputuskan iaitu sama ada pasangan dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali, barulah pernikahan boleh didaftarkan dengan menyerahkan salinan resit bayaran denda ke Bahagian Pendaftaran Nikah, Majlis Agama Islam tempat pasangan bermastautin.

Selepas denda dijelaskan barulah sijil nikah Malaysia dikeluarkan dan pasangan boleh mendaftarkan sijil kelahiran anak hasil daripada pernikahan itu di Jabatan Pendaftaran Negara. Isu mengatakan setiap pasangan dan saksi yakin pernikahan itu adalah sah dan memadai sijil nikah tempat di mana pernikahan itu dijalankan dimajukan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mempercepatkan proses sijil kelahiran anak adalah tidak wajar disalah tafsirkan kerana hanya Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa menentukan sah pernikahan dan taraf anak.

Segala tatacara perlu diikuti semua pasangan demi menjamin kredibiliti Undang-undang Syariah Malaysia serta memartabatkan sistem perundangan syariah sedia ada supaya dihormati semua pihak. Jika setiap pihak memfailkan permohonan dengan segera dan disertakan segala dokumen yang perlu, ia tidak akan melambatkan proses mahkamah. Sesungguhnya meletakkan sesuatu isu itu pada tempat sewajarnya untuk didengar dan diputuskan.

Jawapan disediakan Exco Koordinasi dan Modul Dakwah Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Siti Razasah Abd Razak.
Cetak artikel Hantar

Wednesday, March 12, 2008

Taat Suami

BH 5 Mac 08

Peguam Syarie Menulis:
Wanita wajib taat suami selagi tak langgar syarak
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip


KISAH segelintir wanita sudah berkahwin yang sanggup diusung lelaki lain untuk berhibur hingga ke bilik tidur yang didedahkan akhbar begitu mengejutkan. Malah, mereka sanggup bertukar pasangan antara satu sama lain, sentiasa terbuka menerima kenalan baru untuk dijadikan pasangan. Ini perkara serius yang tidak wajar dipandang ringan walaupun ia dikatakan sebagai kes terpencil. Walau apa alasan mereka seperti tidak puas atau tidak menerima nafkah batin daripada suami, perlakuan sedemikian bukan jalan singkat yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah. Menurut tokoh agama, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan isteri yang menjalin hubungan bersama lelaki lain tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja tidak bermoral, malah lebih teruk daripada nusyuz iaitu tidak menghormati atau ingkar kepada suami. Seorang isteri sewajarnya tidak memandang lelaki lain selain suaminya.

Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.

Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.
Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Oleh itu, dapat dilihat di sini pentingnya isteri mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya." (Surah an-nisa', ayat 33)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh."

Tidak ada peruntukan khusus dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau pun Akta Undang-undang Keluarga Islam terhadap dakwaan nusyuz. Cuma dinyatakan mengenai aspek peruntukan nafkah terhadap isteri yang nusyuz mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan: "Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain;
· Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;
· Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
· Apabila dia enggan bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab sah mengikut hukum syarak."

Berdasarkan peruntukan itu, seorang isteri adalah tidak berhak menerima nafkah daripada suaminya jika beliau enggan mengikut perintah sah suaminya dengan melakukan satu atau semua perkara di atas. Namun demikian, mengikut peruntukan sama, seorang isteri tidak dikatakan nusyuz melainkan perbuatannya disahkan mahkamah terlebih dulu. Bagaimanapun, Seksyen 60 (3) Enakmen yang sama memperuntukkan: "Selepas saja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz."

Oleh itu, walaupun isteri nusyuz atau enggan mengikuti perintah sah suaminya, tetapi kemudian dia bertaubat dan menurut semula kehendak suaminya, tidaklah dianggap nusyuz lagi dan dalam keadaan ini suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Tindakan dilakukan wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan.

Perilaku itu sewajarnya dibendung bukan di kalangan isteri saja, malah kepada pasangan mereka. Perbuatan mereka memberi kesan buruk kepada diri, agama dan masyarakat dan permasalahan ini akan menjadi lebih rumit jika isteri tadi mengandung serta melahirkan anak di luar nikah. Adalah diingatkan kepada mereka, pulanglah ke pangkuan suami serta ke jalan yang benar. Jika sudah terlanjur, maka kembalilah kepada Allah dengan bertaubat nasuha serta berniat dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya. Zina sangat besar dosanya dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Firman Allah bermaksud: "Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan." (Surah al-Isra, ayat 32)

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Suami Ada Hubungan Luar

Hak Muslim:

Wanita ada hak pertahan maruah di sisi suami
Oleh: Nurhidayah Hashim

ADIK perempuan saya sudah berkahwin selama lima tahun bersama seorang anggota beruniform. Sejak tahun lepas, beliau selalu mengadu bahawa suaminya mempunyai hubungan luar dan mereka sering bergaduh. Katanya, apabila dia bertanyakan mengenai perempuan itu, suami akan memarahinya, memanggilnya dengan panggilan kasar seperti perempuan tidak sedar diri, perempuan pelacur dan sebagainya. Ada juga mereka bergaduh sehingga pukul memukul. Minggu lalu, saya membawa adik ke klinik kerana dipukul teruk dan ditampar di pipi sehingga lebam. Saya kasihankan adik tetapi tidak tahu apa yang patut dilakukan. Apatah lagi adik saya risau jika ibu bapa mengetahui rumah tangganya bermasalah kerana mereka berkahwin dulu atas dasar suka sama suka. Apakah yang boleh saya lakukan?
Kak Long,
Selangor.


Jawapan
Tindakan puan yang sangat prihatin terhadap adik yang bermasalah, adalah usaha yang sangat terpuji. Adik puan wajar bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai tempat untuk mengadu. Sebenarnya permasalahn adik puan bermula bermula daripada isu hubungan luar suami dengan perempuan lain yang membawa kepada masalah yang lebih besar dan saling berkait.

Permasalahan dan pergaduhan serta pukul memukul adalah rentetan yang berlaku sebagai kesinambungan perselisihan atas isu itu. Perkahwinan memang selalu diselang-seli dengan perselisihan, tetapi apabila membabitkan pergaduhan besar seperti maki hamun, menggunakan perkataan menghina yang tidak sepatutnya, apatah lagi pukul memukul, maka ia bukan perkara biasa lagi. Suami adik puan sudah melakukan tindakan yang tidak wajar dan berlawanan dengan prinsip peranan, tanggungjawab serta penunaian hak di antara suami isteri. Saya menasihatkan supaya puan memberi bantuan moral di samping sokongan lain sebagai orang terdekat supaya adik mampu berusaha menyelesaikan masalah dengan baik.

Jika puan berpendapat adik ipar puan boleh dibawa berbincang, saya sarankan puan mengambil peranan itu. Kemungkinan ada perubahan yang boleh berlaku, Nasihat adik ipar dengan baik, ingatkan dia dosa yang dilakukan dan kedudukan adik puan sebagai isterinya yang sah. Puan boleh mengingatkannya bahawa perkahwinan adalah hubungan kasih sayang atau mawaddah dan rahmah. Jika tujuan perkahwinan sudah tidak dapat dicapai dan mungkin menimbulkan mudarat kepada pihak sama ada isteri atau suami, maka pada ketika itu, kemungkinan perceraian adalah jalan terakhir yang wajar disarankan.

Oleh kerana adik puan dan suami selalu bergaduh, pukul memukul apabila isu hubungan luar ditimbulkan, bahkan membawa kepada maki hamun dengan perkataan tidak baik, sudah tentu sebarang usaha untuk menasihati suami jika dilakukan oleh adik puan secara sendiri akan berakhir dengan pergaduhan juga. Jika puan sebagai kakak tidak mampu menasihati suami, puan boleh mencadangkan kepada adik tadi supaya berusaha meminta bantuan daripada pihak ketiga seperti kenalan rapat suami, keluarga suami, pakar kaunseling di tempatnya bekerja atau sesiapa saja yang suami hormati.

Ibu bapa puan sewajarnya mengetahui masalah ini kerana mungkin mereka boleh menolong mengatasinya dengan lebih baik. Bagaimanapun, adik puan perlu berhati-hati memilih perantara atau orang tengah supaya ia tidak akan diperbesar dan menimbulkan kekecohan. Perantara itu mestilah orang yang boleh dipercayai dan tidak menghebohkan perkara itu kepada orang lain. Perantara juga perlu tahu peranan yang hendak dimainkan dan boleh memberikan nasihat kepada suami secara berkesan.

Carilah perantara yang sesuai bagi membantu menyelamatkan rumah tangga. Apa yang penting, adik puan sendiri tidak boleh duduk menangisi apa yang berlaku tanpa sebarang usaha untuk membaikinya kerana Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita tidak berusaha membaikinya. Jika segala daya usaha sudah dijalankan, tetapi keadaan masih tidak berubah atau menjadi lebih negatif dan membawa mudarat lebih besar, maka kami cadangkan supaya adik puan memikirkan kebajikan dirinya dan anak jika terus bertahan dalam rumah tangga sebegini.

Adik puan wajar mendapatkan nasihat undang-undang daripada mana-mana orang yang ahli seperti peguam syarie. Apabila beliau selalu dipukul, ditampar dan dihina dengan panggilan tidak munasabah seperti dinyatakan, maka ia adalah alasan yang diterima syarak untuk perkahwinan itu dipisahkan.

Puan boleh merujuk kepada Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 di mana alasan itu diterima sebagai dasar untuk memohon fasakh. Jika adik puan masih ingin bertahan dalam rumah tangga itu, maka mungkin ada beberapa cadangan lain yang boleh difikirkan olehnya. Contohnya jika suami layak dan berkemampuan serta boleh berlaku adil, mungkin adik puan mungkin boleh menyarankan suaminya berkahwin lain dengan syarat tertentu seperti diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam.

Selepas berusaha, berserahlah dan mohon bantuan daripada Allah. Ajaklah adik puan untuk selalu mendekatkan diri dengan Allah dan berdoalah kepada-Nya semoga Allah membuka hati suami dan menanam benih kesedaran dalam jiwanya untuk berubah. Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan apa yang mampu dihadapi olehnya saja.

Kami menasihati adik puan dan wanita lain supaya mengambil tahu dan mempunyai ilmu mengenai hak masing-masing di sisi undang-undang syariah supaya kebajikan dan keselamatan terpelihara. Jika keadaan menjadi lebih berbahaya dan adik puan berasa khuatir keselamatannya akan terancam, beliau boleh memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mendapat perintah tegahan bagi menghalang suami daripada mengganggu, memukul atau mencederakannya.

Kami juga menasihati beliau supaya membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan serta laporan perubatan apabila keadaan memerlukan. Ia mungkin berguna sebagai bahan bukti untuk dikemukakan kepada mahkamah pada kemudian hari.

Kesimpulannya, jika matlamat perkahwinan itu tidak dapat dicapai selepas segala usaha dilakukan dan keselamatan terancam, mungkin jalan terbaik ialah berpisah. Namun, berusahalah sedaya upaya terlebih dulu untuk mencari jalan terbaik menjernihkan suasana dan kembali kepada syariat. Semoga masalah beliau dapat diatasi dengan baik.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim. Semua persoalan boleh dikirim ke excopgsm@yahoo.com dan boleh layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Li'an

Peguam Syarie Menulis:

Laknat menimpa jika berdusta ketika li'an
Oleh Mohamad Isan Abd Ralip

KEBELAKANGAN ini banyak timbul isu atau kes di Mahkamah Syariah berkaitan kecurangan suami mahupun isteri dan kesan daripada kecurangan itu menyebabkan kebanyakan daripada mahligai yang dibina musnah atau hancur di pertengahan jalan. Kesan daripada kecurangan itu juga menyebabkan kepercayaan pada pihak suami atau isteri akan tergugat sehingga timbul kes di mana seorang suami sanggup menuduh isterinya melakukan zina atau menafikan kandungan yang dikandung isteri bukan darah dagingnya. Tuduhan seorang suami bahawa isterinya berzina atau menuduh anak yang bakal dilahirkan itu adalah bukan darah dagingnya satu tuduhan yang serius dan amat berat dalam Islam.

Jika berlaku, suami perlu membuktikan isterinya sudah berzina dan ini menjadi beban kepadanya melainkan beliau sendiri nampak dengan mata kepalanya atau dapat mengemukakan saksi di mahkamah yang boleh memberi bukti isterinya melakukan zina. Sebaliknya, jika suami tidak melihat kejadian itu ataupun tiada saksi yang menyaksikan isteri berzina, suami diharuskan oleh hukum syarak untuk menuduh isterinya berzina atau menafikan nasab yang dikandung adalah anaknya dengan cara berli'an.

Li'an adalah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

Li'an adalah jalan terbaik jika suami yakin bahawa anak yang bakal dilahirkan isterinya bukan daripada darah dagingnya. Dengan itu, suami perlu bersumpah di hadapan mahkamah bahawa anak itu bukan anaknya dan jika ia berbohong maka Allah akan melaknatnya. Sumpah dibuat dengan nama Allah dan si suami menyebut: "Saya naik saksi atas nama Allah bahawa isteri saya sudah melakukan zina" atau "Saya naik saksi atas nama Allah bahawa anak yang dikandung bukan dari benih saya."

Sumpah itu hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si suami akan melafazkan: "Sesungguhnya Allah melaknat saya jika saya berdusta" dan sumpah ini hanya diulang sekali saja. Bagaimanapun, tuduhan suami hanya akan bersabit selepas isteri tidak mahu bersumpah. Jika isteri sanggup bersumpah maka segala tuduhan suami dengan sendirinya akan tertolak. Sama seperti suami, isteri perlu bersumpah dan sumpah dibuat dengan nama Allah.

Isteri menyebut: "Saya bersaksi kepada Allah, saya tidak berzina" atau "Saya bersaksi kepada Allah, kandungan ini dari benih suami saya." Sumpah itu juga hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut dan akhir sekali si isteri akan melafazkan: "Bahawa suami saya berdusta, dan kemurkaan Allah ke atas saya jika suami saya bercakap benar" dan sumpah ini hanya diulang sekali saja.

Dari segi hukum syarak, li'an memberi impak besar kepada hubungan suami isteri di mana hubungan mereka sebagai suami isteri akan berakhir dan mereka tidak boleh merujuk semula. Disebabkan ia termasuk dalam kategori bain kubra ia adalah satu bentuk perceraian yang tidak boleh dirujuk sampai bila-bila. Selain daripada itu, anak tidak boleh dinasabkan kepada suami dan hendaklah dinasabkan semata-mata kepada ibunya. Suami juga tidak diwajibkan membayar nafkah anak.

Daripada sudut jinayat syariyah pula, suami akan gugur had qazaf (tidak dikenakan 80 kali sebatan atas tuduhan itu) jika beliau bersumpah, manakala bagi si isteri pula wajib dikenakan had zina (rejam) jika isteri tidak sanggup untuk bersumpah. Allah berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang menuduh isterinya (dengan berzina) tetapi mereka tiada mempunyai saksi kecuali dirinya sendiri maka kesaksiannya ialah empat kali bersumpah dengan Allah bahawa ia seorang yang benar.

Dan yang kelima bahawa laknat Allah atas dirinya jika ia dusta. Dan hukuman dapat tertolak dari isteri jika ia bersumpah empat kali dengan Allah bahawa suaminya itu dusta. Dan yang kelima bahawa kemurkaan Allah atas dirinya jika suaminya yang benar." (Surah al-Nur, ayat 6-9)

Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: "Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li'an mengikut hukum syarak di hadapan Hakim Syarie, apabila penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan, dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya."

Hakikatnya, bagi mengelakkan hal ini daripada berlaku adalah lebih baik suami tidak terus menuduh isteri berzina jika tiada bukti yang kukuh atau menafikan nasab anak dikandung isterinya. Jika beliau berasakan tiada sefahaman lagi selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan, talak adalah diha